orang tengah stalk

Friday, May 3, 2013

Suami

Ok, entry ini mengenai my recent worry about being a wife..

Aku risau sangat kalau nak bercerita perihal suami aku kepada rakan-rakan rapat mahupun rakan-rakan suam-suam kuku..

Bukan apa, aku takut sangat kalau-kalau aku tak perasan, aku telah memburukkan suami aku depan orang orang lain, takut-takut aku telah membuka pekung di dada.. takut sangat.. berdosa..

Tapi, kadang-kadang sekadar mahu have fun la katakan, sekadar mahu share kisah rumah tangga bersama rakan-rakan, tercerita juga karenah-karenah yang pada kita, as his wife mungkin comel, tetapi takut juga kalau orang lain mempunyai perspektif yang kurang baik terhadap suami kita..

Contoh:

Situasi A :

Bedah : Suami i tu bukan boleh bawak berbincang.. semua dia je yang betul!
Mak Jah : Ish..ish..ish.. sama la suami i.. 

Situasi B :

Mak Jah : Suami i tu, malas buat kerja rumah, setahun sekali je cuci pinggan, semua i yg kena buat.
Bedah : sama la laki i!

Macam biasa sangat dengar ayat-ayat dalam situasi kat atas kan? 

Ok, apa aku nak merepek di sini, bila kita bercerita, kita boleh terima kekurangan suami kita, tapi setelah kita cerita, mungkin kita telah menyebabkan orang lain berpandangan negative terhadap suami kita, sedangkan dalam hati kita, suami kita ialah yang terbaik walaupun ada kekurangan sikit but kekurangan itu yang buat dia perfect.. lagi perfect bila kita suami isteri saling menerima dan bersabar dengan kekurangan masing-masing..

Tidakkah kita harus rasa bersalah jika kenyataannya suami kita amat baik dan sangat caring tetapi hanya kerana kita tidak berpuas hati dengan hanya seperkara dua kekurangannya, kita terus mengadu kepada rakan-rakan, dan rakan-rakan terus berfikiran yang tidak elok terhadap suami kita? kesiankan?

I am reminiscing my husband's innocent face now. 

Memburukkan suami ni sangat berdosa tau.. so better watch your mouth dan bercakap hanya apabila perlu.. :)

Kbye~

1 comment:

cimon said...

Btul3. Hal rumahtangga better keep in own house. Tp nk citer aktiviti rekreasi boleh aja. ^_^