orang tengah stalk

Tuesday, January 24, 2012

Aku tak suka neslo!

Member aku tanya bila aku nak pakai tudung dan dia cakap bila dah nak kahwin ni lah masa yang terbaik untuk aku berhijrah.. okayyy.. aku sudah tersangat lali dengan soalan sebegini dan macam biasa aku tak dak jawapan untuk "bila kau nak pakai tudung? kenapa tak pakai tudung?" sebab aku tau kalau aku jawab memang aku hanya akan menampakkan kebodohan aku.. pakai tudung eh..eh.. silap.. tutup aurat tu wajib kot!!! ok jangan tanya lagi soalan tu kat aku.. thanks..

lepas tu aku cakap dekat kawan aku, sekarang ni macam-macam aku tengok dekat FB, alasan-alasan orang tak nak pakai tudung.. orang pakai tudung kondem orang tak pakai tudung, orang tak pakai tudung balas kondem mengondem.. kondem mengondem sesama mereka... so aku cakap kat kawan aku, aku nak pakai tudung saji jaa.. senang!

Okay.. serious please.. aku memang muak gila dengar orang cakap pasal benda ni.. aku muak gila tengok orang sekeliling ada yang berlagak bagus kondem orang macam-macam..

Okay mari jadi lebih serious lagi.. tutup aurat ialah wajib.. kenapa nak compare-compare dan mempersoalkan orang pakai tudung tapi perangai buruk lah.. orang tak pakai tudung tapi baik hati so whats the point pakai tudung laa.. hoi ngong!! sekarang ni sila jangan guna perkataan 'PAKAI TUDUNG' paham??!! sekarang ni sila guna 'tutup aurat'.. tutup aurat wajib..

Kawan aku cakap,

tutup aurat + akhlak buruk = kau minum neslo yang sangat sedap guna cawan kotor

tak tutup aurat + akhlak baik = kau minum neslo tak sedap gila dengan cawan bersih

tak tutup aurat + akhlak buruk = neslo tak sedap gila minum dalam cawan kotor.. yek!

ketiga-tiga tu kau tak nak kan? mestilah kau nak minum neslo sedap dengan cawan bersih kan? ni kawan aku yang cakap laaa.. aku absorb jaa..

Eh apa aku merepek tah.. bila aku nak tutup aurat ni? sila jangan tanya.. dan aku pun sila jangan tanya diri aku sendiri.. jawapannya.. rahsia ahhh!!! kang aku bagi tau bila kang jadi macam kes dato siti pulak.. malas aku!!!


2 comments:

cimon said...

aku nak "like" advice kawan ko tuh lah.mmg classic.hehehe(^v^)

Anonymous said...

skrg bapak yg tanggung dosa..pas kawin suami lak yg tanggung..so, sama2 la pikir kn..jgn marah yer..:)