orang tengah stalk

Monday, January 30, 2012

Siku Hitam

Aku mengaku yee dengan selamba aku mengaku yang aku mempunyai masalah siku hitam. Masalah siku menjadi hitam adalah kerana bahagian siku ialah bahagian yang paling kerap diberi tekanan seperti ketika aku buat kerja sambil berfikir dan menongkat dagu dengan comelnya. Tekanan yang berlebihan di kawasan siku inilah telah menyebabkan siku menjadi kering dan berwarna lebih gelap berbanding anggota badan lain yee.. lutut pun sama, kalau kau jenis yang selalu melutut, memang akan kitam jugalah lutut kau.. tapi sekarang memandangkan lutut aku ok, so aku nak cakap pasal siku hitamku..

Macam-macam aku buat untuk overcome masalah ni.. aku mandi dan sabun dan sental dengan berus kat bahagian siku, still tak hilang ternyata sia-sia.. aku letak lotion pun macam ternyata sia-sia..

Setelah berasa faktab dengan siku hitam ini, aku lama kelamaan putus asa lalu malas nak layan.. kau nak hitam kau hitamlah.. malas aku nak layan.. dalam kemalasan aku nak melayan tu kan, aku rajinkan jugalah lepas aku pakai toner dekat muka, aku sambung sapu toner menggunakan kapas yang sama ke siku aku.. aku buat macam tu setiap kali aku pakai toner.. rasanya baru lagi la kot aku start buat macam ni..

Kau orang nak tau, lama kelamaan, aku tengok siku aku semakin lama semakin tak hitam.. serious impressed gila ok.. aku sepatutnya ambil gambar before and after tunjuk dekat kau orang kan tapi sebab aku tak expect kan.. so kau orang percaya je la cerita aku ni.. tak percaya jugakan, mana-mana yang siku hitam tu cubalah try cara aku ni..

Aku pakai toner ni:

Yela.. dah berumur 25 tahun ke atas kan, kena la pakai anti-aging product.. eeee.. tak sesuai betul aku umur nak masuk 26 tahun ni.. macam terlalu comel untuk angka tu.. erghhh!!!

K bye!

p/s : ketiak hitam pun boleh jugak kot!


4 comments:

cimon said...

siku ko da tue kot...pasal tu pakai lotion tak sesuai.

hehehe (^v^)

Anonymous said...

kalau hati hita oleh tak pakai

Menyusur Akar Secara Senyap said...

hahahahaha.. kalau hati hitam kau sental je dgn toner aku ni.. sure mati keracunan..

Xde la.. kalau hati hitam, bersihkan hati dgn menunaikan kewajiban dan melatih diri berbuat amal kebaikan.. ikhlas kan diri dalam semua segi.. (ceh.. ala2 ustaz azhar idrus, eh tp betul la kan?? :P)

Anonymous said...

aku baru 28 tahun rambut masih hitam lagi,tapi aku tak suka rambut hitam aku suka rambut aku semua putih baru cum.tapi aku tak mahu pakai dai putih takut tak boleh bawa sembahyang....boleh tak aku pakai toner tadi.misai biar hitam baru nampak tampan dan kacak....kalau tak boleh pakai toner awak berilah tahu product apa yang saya nak pakai...... bye nida