Aku memang suka tahan kencing dari sekolah lagi.. berbuih-buih mulut orang nasihat aku masa tu, jangan tahan kencing tak elok tapi aku memang degil melampau sebab aku ni memang power.. pundi kencing aku memang power gila tahan air kencing masa tu..
Aku memang mengekalkan kepoweran aku menahan kencing dari sekolah ke matrikulasi sehinggalah ke universiti. Kalau travel jauh tu memang tak kencing langsung pun tak dak hal weh..
Sehinggalah pada suatu hari time aku tengah study week dekat UM, tiba-tiba ja aku rasa macam geli-geli jaa dekat bahagian pundi kencing.. rasa nak terkucil jaa.. aku pun pergilah kencing.. dah kencing pun masih rasa nak terkucil lagi.. rasa geli-geli nak terkucil dan memang tak boleh tahan.. memang sakit hati.. kencing pun nak taknak jaa keluar, ye la, bukan aku minum air pun tapi kenapa tah rasa nak terkucil.. aku pelik sangat sebab aku tak pernah rasa geli-geli macam ni.. bapak la tak selesa weh..
Ok.. aku masih boleh acting se'cool' yang boleh dengan kegelian pundi kencing itu until sebelah malamnya tiba-tiba perut aku dengan pinggang aku tiba-tiba sakit gila.. memang pelik.. ini memang sakit tahap senggugut tapi kali ni sakit bahagian bawah sikit dari perut atas sikit dari rahim.. rasa macam ada orang tengah picit-picit dan ramas-ramas dengan rakus pundi kencing aku.. aku pergi kencing tapi memang tak dak air kencing sangat.. sakit time kencing tu, memang berair mata weh!! sakit sangat.. aku memang lost.. aku tak tau nak mengadu dekat siapa time ni..
Aku call nenek aku laa apa lagi kan.. aku menangis-nangis mengadu kencing aku sakit gila.. aku pula call memang wrong timing betul.. nenek pula tengah mabuk makan mentarang busuk.. tengah loya-loya pun layan je la cucu dia yang menangis-nangis.. lepas cakap dengan nenek, aku pun tak perasan, tertidur sampai esok pagi, lepas tu tau-tau dah elok sikit, dah tak sakit macam malam semalam.. aku kemas-kemas bag baju kotor semua pagi-pagi buta lepas subuh, aku start kereta balik rumah, pergi klinik dengan nenek..
Aku sampai dekat klinik, aku mengadu dekat doktor, doktor alah biasalaa, kencing sakit ni bukan perkara baru dalam hidup beliau kan.. dia suruh aku pergi kencing dalam container lepas tu dia check urine aku.. jengjengjeng!! dia cakap air kencing aku kotor yee.. berkuman.. kuning..
dia cakap lagi, pundi kencing aku memang betul-betul dah kena jangkitan kuman.. doktor tu cakap lagi, selalunya perempuan baru kahwin dengan perempuan mengandung yang kena jangkitan ni.. lepas tu boleh dia tanya aku ni pernah ada mengamalkan sex rambang apa jadah tah.. memang aku lempang juga doktor ni karang.. aku yang suci dalam debu dan tidak jahilliah ini ada tanya soalan lagu tu.. bangang.. ok takpa laa.. doktor.. suka hati dia laa..
Ok.. setelah dikaji sedalam-dalamnya.. ini aku nak share dengan kau orang.. selepas aku kena penyakit ni, bila aku dah rasa azab sakit pundi kencing ni.. aku baru tahu yang bertapa pentingnya minum banyak air masak dalam kehidupan. Yang kedua jangan tahan kencing.. kenapa aku cakap macam ni? kerana, bila kau nak kencing, kau tahan, lama-lama akan ada gumpalan bakteria dekat hujung pundi kencing kau.. lama-lama (lama woo effect dia dekat aku,, dari sekolah sampai UM baru dia jadi!).. hujung pundi kencing kau akan menjadi bentan bak kata doktor tu la.. dia yang cerita dekat aku.. bentan dan longgar.. tu yang rasa nak terkucil memanjang tu sebab otot pundi kencing kau punya grib dah tak kuat.. kuman punya pasal la ni.. urine tu kan kuman kan.. so jangan tahan kencing.. buang kuman tu cepat-cepat dari badan kau..
cara nak buang pula ialah dengan meminum air yang sangat banyak.. samalah macam longkang tersumbat, kau kena alirkan air yang banyak dulu baru kau boleh buang sumbat dia tu kan lepas tu barulah lancar perjalanan air longkang tu.. sama la dengan kes kencing dan pundi kencing ni..
Balik dari klinik, aku kena makan antibiotik untuk cuci kuman tu dengan minum banyak air.. memang tak tahan weh.. ambil masa berhari-hari jugalah baru baik..
Ok.. itu serba sedikit pengalaman time belajar dekat UM dulu, aku terkena jangkitan kuman dekat pundi kencing hasil perangai aku tak suka minum air dan suka tahan kencing..
Sekarang ni aku dah kerja pun, aku masih susah nak kikis perangai tahan kencing dengan kurang minum air aku.. even sekarang ni pun aku tengah tahan kencing sebab nk post entry ni.. hahahahaha!!! tapi at least dah tak seteruk dulu..
Last week time tengah jalan-jalan di pasar malam, tiba-tiba rasa sakit pundi kencing.. aku tak terkejut langsung sebab seharian di office aku tak minum air masak.. memang sakit macam nak gila.. aku balik rumah, aku minum air banyak-banyak lepas tu aku kencing lepas tu terus ok.. fuhh.. nak tunggu baik tu, punyalah berpeluh-peluh aku tahan sakit.. nasib baik sekejap je.. tak macam first time dulu.. apa-apa pun, silalah minum air banyak-banyak yaa.. sangat bagus..
Owh, kesimpulannya..
tahan kencing tak bagus dan minumlah air banyak-banyak.. jangan mintalah sakit pundi kencing ni.. sangat sakit eh..
Bye!
7 comments:
da besar panjang pon nak tahan2 kencing ke? ingatkan budak2 kecik jek ade perangai camgini.
hisshh (-.-")
p/s:g minum air msak byk2, xmenggemokkan pon...
sy alami cm awak.tp sy kua tminum air..cumanya bilik air ofc ni satu kena menahan..sampai sakit..
SAmeeee. Skg ni tgh sakit.. da 2 minggu sakit... Abis sgale ubt sakit stg blik. Nk kencing 2kali sesaat.. Sikse....
Info yang menarik. Terima kasih untuk perkongsian. :)
Dah 2 minggu sakit lg? Skang dah baik? Bape lame nak baik?
kalau i kena sakit ni, memang makan 2 minggu baru fully recover. Kena byk minum air. Air ni byk kebaikan nya. Cuma tak larat nak pergi toilet je la.. huhu..
klau minum air byk2 boleh fully recover takkk?? without g klinik.. rasa nye,, i pun alami simptom2 penyakit ni.. hurmmm.. but i hate klinik..
Post a Comment