orang tengah stalk

Monday, January 30, 2012

Siku Hitam

Aku mengaku yee dengan selamba aku mengaku yang aku mempunyai masalah siku hitam. Masalah siku menjadi hitam adalah kerana bahagian siku ialah bahagian yang paling kerap diberi tekanan seperti ketika aku buat kerja sambil berfikir dan menongkat dagu dengan comelnya. Tekanan yang berlebihan di kawasan siku inilah telah menyebabkan siku menjadi kering dan berwarna lebih gelap berbanding anggota badan lain yee.. lutut pun sama, kalau kau jenis yang selalu melutut, memang akan kitam jugalah lutut kau.. tapi sekarang memandangkan lutut aku ok, so aku nak cakap pasal siku hitamku..

Macam-macam aku buat untuk overcome masalah ni.. aku mandi dan sabun dan sental dengan berus kat bahagian siku, still tak hilang ternyata sia-sia.. aku letak lotion pun macam ternyata sia-sia..

Setelah berasa faktab dengan siku hitam ini, aku lama kelamaan putus asa lalu malas nak layan.. kau nak hitam kau hitamlah.. malas aku nak layan.. dalam kemalasan aku nak melayan tu kan, aku rajinkan jugalah lepas aku pakai toner dekat muka, aku sambung sapu toner menggunakan kapas yang sama ke siku aku.. aku buat macam tu setiap kali aku pakai toner.. rasanya baru lagi la kot aku start buat macam ni..

Kau orang nak tau, lama kelamaan, aku tengok siku aku semakin lama semakin tak hitam.. serious impressed gila ok.. aku sepatutnya ambil gambar before and after tunjuk dekat kau orang kan tapi sebab aku tak expect kan.. so kau orang percaya je la cerita aku ni.. tak percaya jugakan, mana-mana yang siku hitam tu cubalah try cara aku ni..

Aku pakai toner ni:

Yela.. dah berumur 25 tahun ke atas kan, kena la pakai anti-aging product.. eeee.. tak sesuai betul aku umur nak masuk 26 tahun ni.. macam terlalu comel untuk angka tu.. erghhh!!!

K bye!

p/s : ketiak hitam pun boleh jugak kot!


Saturday, January 28, 2012

Aku sedang berkecil hati ni.. so?

Ada jenis manusia yang mendampingi aku ialah daripada jenis yang berkeyakinan tinggi terhadap apa yang dimilikinya tak kiralah harta benda mahupun pasangan hidup mereka.. siang malam menjaja cerita kebahagiaan hidup mereka samaada menerusi perbualan bersama rakan-rakan mahupun mengupdate status di media massa.. sekali dua mungkin boleh diterima tekak.. terlalu kerap dilakukan, mampu mengundang rasa mual..

Ok, memandangkan ini blog aku, aku nak berkeyakinan tinggi juga laa dengan mengatakan yang aku ni memang boleh menjadi seorang pendengar yang baik dan mampu memberi respond terhadap penceritaan orang jenis ini.. walaupun mungkin pasangan kau tu tidak menepati langsung citarasa aku tapi aku tahu kau orang tengah deeply madly in love kann.. so faham lah.. bak kata papa aku, time bercinta, taik gigi rasa coklat.. wek!! serious aku tak rasa pun macam tu time tengah bercinta.. taik gigi will remain as busuk as taik gigi.. wek! Okay, tapi tu la.. aku nak cakap yang aku ni sangat-sangat baik hati dan mampu menerima cerita orang sebegini dengan redha.. haha!!

Ok.. aku ni dah la baik hati dengar cerita orang macam ni.. puaslah aku buat muka berminat walaupun ada masa aku tidak berminat.. kau nak tau apa yang buat aku sedih, it is when aku tak dapat apa yang aku bagi dekat dia in return.. bila turn aku nak cerita pasal aku pula, orang jenis ni nak tak nak jaa layan cerita aku.. dah la nak tak nak jaa layan, boleh lagi nak tambah-tambah cerita dia kira macam hidup dia lebih bagus dari aku.. okay.. bila aku dah rasa dia dah macam nak tak nak jaa layan aku, better aku stop bercerita and sebab tu aku tak suka nak jaja cerita aku sangat.. hmmm.. sedih laaa dengan orang macam ni..

Masalah dengan diri aku juga, aku memang kena sentiasa ingatkan diri aku, memberilah tanpa mengharapkan balasan.. sebab bila kita mengaharapkan balasan but then tiada balasan, memanglah sedih weh.. jangan letak apa-apa harapan terlalu tinggi kepada sesiapa pun..betul tak? Buat jaa dengan seikhlas hati di bawah lembayung pencerahan agung wajah berseri bercahaya..

Fine! Lepas ni malas dah aku nak tahu pasal orang macam ni lebih-lebih sangat sebab kau tu perfect sangatlah.. sentiasa inginkan kelainan dalam setiap apa yang kau lakukan.. aku ni typical jaa.. duit pun tak banyak.. gaji kecik jaa.. miskin tapi peduli hapa aku, aku nak kahwin juga.. Aku dah malas nak berpura-pura aku berminat dengan cerita-cerita kau.. sebab aku memang tak berminat.. aku tak berminat faham!

p/s : Aku tak berhati perut dan bf kau tak handsome langsung.. owh ye.. jangan terlalu yakin dengan apa yang kau ada dengan menjaja cerita kau sebab kita tak tahu future kita..dan mungkin ada hati-hati yang boleh terguris dengan cerita kau yang kau sendiri tak sedar.. just be thankful to Allah for whatever He gives you.. kbye!


Tuesday, January 24, 2012

Aku tak suka neslo!

Member aku tanya bila aku nak pakai tudung dan dia cakap bila dah nak kahwin ni lah masa yang terbaik untuk aku berhijrah.. okayyy.. aku sudah tersangat lali dengan soalan sebegini dan macam biasa aku tak dak jawapan untuk "bila kau nak pakai tudung? kenapa tak pakai tudung?" sebab aku tau kalau aku jawab memang aku hanya akan menampakkan kebodohan aku.. pakai tudung eh..eh.. silap.. tutup aurat tu wajib kot!!! ok jangan tanya lagi soalan tu kat aku.. thanks..

lepas tu aku cakap dekat kawan aku, sekarang ni macam-macam aku tengok dekat FB, alasan-alasan orang tak nak pakai tudung.. orang pakai tudung kondem orang tak pakai tudung, orang tak pakai tudung balas kondem mengondem.. kondem mengondem sesama mereka... so aku cakap kat kawan aku, aku nak pakai tudung saji jaa.. senang!

Okay.. serious please.. aku memang muak gila dengar orang cakap pasal benda ni.. aku muak gila tengok orang sekeliling ada yang berlagak bagus kondem orang macam-macam..

Okay mari jadi lebih serious lagi.. tutup aurat ialah wajib.. kenapa nak compare-compare dan mempersoalkan orang pakai tudung tapi perangai buruk lah.. orang tak pakai tudung tapi baik hati so whats the point pakai tudung laa.. hoi ngong!! sekarang ni sila jangan guna perkataan 'PAKAI TUDUNG' paham??!! sekarang ni sila guna 'tutup aurat'.. tutup aurat wajib..

Kawan aku cakap,

tutup aurat + akhlak buruk = kau minum neslo yang sangat sedap guna cawan kotor

tak tutup aurat + akhlak baik = kau minum neslo tak sedap gila dengan cawan bersih

tak tutup aurat + akhlak buruk = neslo tak sedap gila minum dalam cawan kotor.. yek!

ketiga-tiga tu kau tak nak kan? mestilah kau nak minum neslo sedap dengan cawan bersih kan? ni kawan aku yang cakap laaa.. aku absorb jaa..

Eh apa aku merepek tah.. bila aku nak tutup aurat ni? sila jangan tanya.. dan aku pun sila jangan tanya diri aku sendiri.. jawapannya.. rahsia ahhh!!! kang aku bagi tau bila kang jadi macam kes dato siti pulak.. malas aku!!!


Friday, January 20, 2012

Terima kasih banyak-banyak la kot..

Eh.. aku nak cerita jugak sebab aku tengah confuse ni.. aku rasalah kan, aku rasa je lah.. ada kakak orang tu macam nak carik pasal jaa dengan aku..

Kenapa dia pergi like gambar adik dia yang ada gambar aku dekat wall adik dia tu, erghh serious benci.. selang 4 minit lepas tu dia pergi like gambar aku bertunang pula lepas tu siap wish aku congrats dan semoga kekal ke jinjang pelamin dan bawa kebahagiaan bersamalah apa lah.. apa ni? confuse laa.. sebab kalau dekat fb aku, habis semua gambar aku dah remove siap dengan adik dia aku dah remove dan aku tak faham kenapa aku dapat notification bila dia like gambar tu kat wall adik dia tu..

Bak kata adik aku, remove terus jaa kalau dah bertindak annoying sedemikian.. bahaya sungguh la orang macam ni..

Dia sentap ke aku tinggalkan adik dia? eh eh eh.. malas aku nak fikirlah tapi kalau dah berperangai pelik macam tu, aku pun boleh berfikiran pelik terhadap kau ok.. hmmmm.. may be ko memang ikhlas kan nak wish.. oklah oklah.. thank you ye kak.. (^_^)v

Thursday, January 19, 2012

Sekarang ni aku rasa nak tidur je..

Aku memang rasa penat nak mampos sekarang ni.. aku tak tau lah aku memang patut penat atau aku yang penat mengenangkan perkara-perkara yang tak patut pun aku penatkan..

Otak aku letih sangat fikir macam-macam.. deal dengan orang yang macam-macam.. perasaan berubah macam-macam..

Takpalah.. aku baru ja bagitau kawan aku tadi, apa yang Allah dah rangka tu ialah yang paling cantik sekali..


Saturday, January 14, 2012

Sila kahwin jika tidak mampu menahan ketampanan kekasih hati anda.. thanks!

Banyak juga blog-blog yang aku baca dok update persiapan perkahwinan depa.. Rasa semuanya lebih kurang sama jaa.. asal ada duit memang jalan! duit memang penting eh..

Aku pun gatal jugalah nak update boleh? nak rasa macam mana perasaan update-update ni.. tapi aku tak retilah nak go into deep telling everyone the every details sebab aku memang tak reti nak karang ayat..

Apa yang aku boleh update..

Kad kahwin I dah siap uollzzzz... baru pergi ambil tadi.. bayar habis terus.. senang dan lapang hati aku.. lepas satu beban hutang..

K bye!

Thursday, January 12, 2012

Jangkitan Pundi Kencing

Aku memang suka tahan kencing dari sekolah lagi.. berbuih-buih mulut orang nasihat aku masa tu, jangan tahan kencing tak elok tapi aku memang degil melampau sebab aku ni memang power.. pundi kencing aku memang power gila tahan air kencing masa tu..

Aku memang mengekalkan kepoweran aku menahan kencing dari sekolah ke matrikulasi sehinggalah ke universiti. Kalau travel jauh tu memang tak kencing langsung pun tak dak hal weh..

Sehinggalah pada suatu hari time aku tengah study week dekat UM, tiba-tiba ja aku rasa macam geli-geli jaa dekat bahagian pundi kencing.. rasa nak terkucil jaa.. aku pun pergilah kencing.. dah kencing pun masih rasa nak terkucil lagi.. rasa geli-geli nak terkucil dan memang tak boleh tahan.. memang sakit hati.. kencing pun nak taknak jaa keluar, ye la, bukan aku minum air pun tapi kenapa tah rasa nak terkucil.. aku pelik sangat sebab aku tak pernah rasa geli-geli macam ni.. bapak la tak selesa weh..

Ok.. aku masih boleh acting se'cool' yang boleh dengan kegelian pundi kencing itu until sebelah malamnya tiba-tiba perut aku dengan pinggang aku tiba-tiba sakit gila.. memang pelik.. ini memang sakit tahap senggugut tapi kali ni sakit bahagian bawah sikit dari perut atas sikit dari rahim.. rasa macam ada orang tengah picit-picit dan ramas-ramas dengan rakus pundi kencing aku.. aku pergi kencing tapi memang tak dak air kencing sangat.. sakit time kencing tu, memang berair mata weh!! sakit sangat.. aku memang lost.. aku tak tau nak mengadu dekat siapa time ni..

Aku call nenek aku laa apa lagi kan.. aku menangis-nangis mengadu kencing aku sakit gila.. aku pula call memang wrong timing betul.. nenek pula tengah mabuk makan mentarang busuk.. tengah loya-loya pun layan je la cucu dia yang menangis-nangis.. lepas cakap dengan nenek, aku pun tak perasan, tertidur sampai esok pagi, lepas tu tau-tau dah elok sikit, dah tak sakit macam malam semalam.. aku kemas-kemas bag baju kotor semua pagi-pagi buta lepas subuh, aku start kereta balik rumah, pergi klinik dengan nenek..

Aku sampai dekat klinik, aku mengadu dekat doktor, doktor alah biasalaa, kencing sakit ni bukan perkara baru dalam hidup beliau kan.. dia suruh aku pergi kencing dalam container lepas tu dia check urine aku.. jengjengjeng!! dia cakap air kencing aku kotor yee.. berkuman.. kuning..
dia cakap lagi, pundi kencing aku memang betul-betul dah kena jangkitan kuman.. doktor tu cakap lagi, selalunya perempuan baru kahwin dengan perempuan mengandung yang kena jangkitan ni.. lepas tu boleh dia tanya aku ni pernah ada mengamalkan sex rambang apa jadah tah.. memang aku lempang juga doktor ni karang.. aku yang suci dalam debu dan tidak jahilliah ini ada tanya soalan lagu tu.. bangang.. ok takpa laa.. doktor.. suka hati dia laa..

Ok.. setelah dikaji sedalam-dalamnya.. ini aku nak share dengan kau orang.. selepas aku kena penyakit ni, bila aku dah rasa azab sakit pundi kencing ni.. aku baru tahu yang bertapa pentingnya minum banyak air masak dalam kehidupan. Yang kedua jangan tahan kencing.. kenapa aku cakap macam ni? kerana, bila kau nak kencing, kau tahan, lama-lama akan ada gumpalan bakteria dekat hujung pundi kencing kau.. lama-lama (lama woo effect dia dekat aku,, dari sekolah sampai UM baru dia jadi!).. hujung pundi kencing kau akan menjadi bentan bak kata doktor tu la.. dia yang cerita dekat aku.. bentan dan longgar.. tu yang rasa nak terkucil memanjang tu sebab otot pundi kencing kau punya grib dah tak kuat.. kuman punya pasal la ni.. urine tu kan kuman kan.. so jangan tahan kencing.. buang kuman tu cepat-cepat dari badan kau..

cara nak buang pula ialah dengan meminum air yang sangat banyak.. samalah macam longkang tersumbat, kau kena alirkan air yang banyak dulu baru kau boleh buang sumbat dia tu kan lepas tu barulah lancar perjalanan air longkang tu.. sama la dengan kes kencing dan pundi kencing ni..

Balik dari klinik, aku kena makan antibiotik untuk cuci kuman tu dengan minum banyak air.. memang tak tahan weh.. ambil masa berhari-hari jugalah baru baik..

Ok.. itu serba sedikit pengalaman time belajar dekat UM dulu, aku terkena jangkitan kuman dekat pundi kencing hasil perangai aku tak suka minum air dan suka tahan kencing..

Sekarang ni aku dah kerja pun, aku masih susah nak kikis perangai tahan kencing dengan kurang minum air aku.. even sekarang ni pun aku tengah tahan kencing sebab nk post entry ni.. hahahahaha!!! tapi at least dah tak seteruk dulu..

Last week time tengah jalan-jalan di pasar malam, tiba-tiba rasa sakit pundi kencing.. aku tak terkejut langsung sebab seharian di office aku tak minum air masak.. memang sakit macam nak gila.. aku balik rumah, aku minum air banyak-banyak lepas tu aku kencing lepas tu terus ok.. fuhh.. nak tunggu baik tu, punyalah berpeluh-peluh aku tahan sakit.. nasib baik sekejap je.. tak macam first time dulu.. apa-apa pun, silalah minum air banyak-banyak yaa.. sangat bagus..

Owh, kesimpulannya..

tahan kencing tak bagus dan minumlah air banyak-banyak.. jangan mintalah sakit pundi kencing ni.. sangat sakit eh..

Bye!






Saturday, January 7, 2012

Sangat menyakitkan hati.. aku memang kena diam je la, kalau tak kau nampak aku teruk.. Allah je yang boleh sedarkan kau..

eeeee.. sakit sangat hati aku.. sedih sangat!

Bye!

Wednesday, January 4, 2012

Macam Pondan!

Pia tengah baca beautifulnara petang tadi, tengok beautifulnara sambil dia gelak-gelak kecil..

KiaKia merangkap rakan sekerja Pia peliklah tiba-tiba Pia gelak kan..

Pia tak sangup nak biarkan KiaKia dalam keadaan kehairanan dan tertanya-tanya, lalu pia bagitau KiaKia,

"hahahha... muka pian cecupak lepas suntik ni sebijik macam ex-bf i.. macam pondan.."

"ooooooooo.. yeke? nasib baiklah ex, biar je la jadi ex sampai bila-bila..hahah!!", balas KiaKia.




Sunday, January 1, 2012

2.0.1.2


Semalam pukul 12 aku tengah tidur, aku tidur dari pukul 10 lebih kot, dengar bunyi bunga api, aku terjaga sebab bising, aku buka mata sikit selama 8 saat lepas tu aku tidur balik.. malas aku nak layan..

Semuanya sama tahun ni..

Counting days, tunggu gaji masuk untuk bulan Januari, nak service kereta satu-satunya harta pusakaku and beli hantaran kahwin aku..

Babai..