orang tengah stalk

Monday, November 29, 2010

Rozmey dan Catherine

Kenapa kadang-kadang ada ibu bapa yang tidak merestui keputusan yang dibuat oleh anak-anak mereka? Kenapa?

Okay, aku memang selalu dengar, parents boleh rasa kira macam ada instinct terhadap sesuatu perkara yang berlaku dekat anak-anak dia dan impact yang bakal anak-anak mereka hadapi daripada keputusan yang dibuat.

Okay, to make my point more clear, aku bagi satu situasi yang aku kira dah biasa berlaku dalam masyarakat masa kini,

Rozmey ada teman wanita dan wanita ini kira tidak menepati langsung piawaian ibu bapa Rozmey, keluarga Rozmey merasakan yang Rozmey dan teman wanita dia macam langit dengan bumilah jurangnya.. teman wanita dia ini kira tak layak langsung dengan Rozmey.. parents Si Rozmey memang tahu yang Rozmey memang ada something dengan wanita ini tapi disebabkan mereka tidak menyukai wanita ini maka setiap kali kalau orang tanya Rozmey " Roz, bila mau langsung?" maka jawablah ibu bapa meraka, " tak jumpa lagi.."
Rozmey diam ja, tak sempat nak buka mulut nak jawab, nak kata sedih memang sedihla sebab macam terang-terangan kot tunjuk yang dia orang tak suka dengan wanita itu..

Kalau Rozmey keluar dengan Catherine (teman wanita), mesti nak kena dengar bebelan mak Rozmey dulu, bebelan pula, memang bebelan yang amat negative, " Abang Long takkan bahagia" laa..
" Mak tak restu.. kalau kahwin tak restu ni mesti ada yang tak kena.." laa.. "perempuan itu tak dak masa depan.." laa.. "perempuan tu kasar.." laa..
macam-macamlah bebelan negative yang menyedihkan hati dan kadangkala mencabar kejantanan dan bertambah berminyaklah rambut Rozmey .. tapi Rozmey diamkan ja.. dating tetap dating sebab memang best kot dating, macam lah kau orang tak pernah bercintakan? Rozmey malas nak menjawab, anak derhaka pula nanti..

Okay semua, berdasarkan situasi di atas, aku ada nasihat untuk kedua-dua pihak Rozmey dan parents dia juga. First aku nak nasihat parents dia dulu.

Buat ibu bapa Rozmey,

Saya rasa saya faham apa perasaan Rozmey, bukan dia minta pun semua ini berlaku dan dia memang dah tangkap cintan habis dengan Catherine, anda katalah perkara negative apa pun, memang tak lut nya.. anda pun pernah bercinta jugakan zaman muda-muda dulu.. maka saya rasa pak cik dan mak cik boleh faham unless anda memang tiada hati dan perasaan..

Saya faham anda mahu yang terbaik untuk Rozmey. Apa yang anda harus lakukan ialah, sentiasalah berdoa dan terus berdoa segalanya yang terbaik untuk Rozmey.. janganlah pressure Si Rozmey itu dengan segala macam bebelan negative.. penat-penat anda sembahyang, lepas sembahyang, doa kencang-kencang, Allah akan tolong punya..

Memang, aku pernah dengar dan aku yakin, restu Allah datangnya dari restu ibu bapa tetapi aku rasa banyak ibu bapa sekarang yang dah salah guna prinsip itu, senang-senang je kalau dia orang tak berkenan dengan pilihan anak dia, dia kata terus dia tak restu sebab nak takutkan anak dia, so that anak dia tak teruskan relationship dengan pasangan dia itu takut hidup tidak berkat.. kejam kot macam itu pak cik makcik uiii.. sepatutnya pada pendapat saya, anda doakan lah hanya yang terbaik untuk anak anda dan dari situlah Allah akan kurniakan hanya yang terbaik untuk anak anda dan saya rasa itulah sebenarnya prinsip restu Allah datang dari restu ibu bapa yang sebenarnya.. Allah maha mengetahui, jika memang tiada jodoh, Dia akan buat pasangan itu memang tiada jodoh.. maka doakankah anak-anak anda bertemu dengan jodoh yang baik dan boleh menbimbing sesama mereka..

Jangan sesekali menghina anak orang lain.. tiada masa depan lah, si polan ini dengan si polan ini macam langit dengan bumilah, kalau nak cakap pasal masa depan, dalam sekelip mata je, dengan kuasa tuhan, Rozmey boleh terlibat dalam kemalangan jalan raya, putus kaki putus jari.. dah gelap masa depan, baik dari Catherine yang sebelum ini kononnya macam langit dengan bumi itu pun dah tak hingin dengan Si Rozmey kudung tu.. jadi pak cik dan mak cik, TOLONGLAH DOAKAN HANYA YANG BAIK-BAIK AJA UNTUK ANAK-ANAK ANDA.. dari situ datangnya restu anda dan seterusnya restu Allah Taala..

Buat Rozmey pula,

Buatlah solat istikharah, mohon petunjuk dari Allah, mohon Dia tunjukkan kalau-kalau Catherine itu benar-benar untuk engkau..

Kalau wanita itu untuk engkau, Alhamdullilah dan peliharalah kesucian hubungan itu tetapi jika tidak, mohonlah dijauhkan diri engkau dengan dia dengan cara yang tidak terlalu menyakitkan..

Sumpah, aku percaya dengan kuasa doa.. :)

Sumpah juga aku amat mengalu-alukan feedback dari kau orang juga.. kerana aku tahu orang lain juga ada pandangan masing- masing mengenai isu ini dan aku respect pandangan kau orang.. :)

Sekian :)

Friday, November 26, 2010

Chocolate Cake Anyone?

Okay, I am going straight forward on this.

I would like to introduce you to the extremely delicious chocolate cakes home-baked by my auntie and her maid.

She has been selling and entertaining many orders of those cakes since last 3 years. 'Many orders' would mean the cakes are all delicous lah kan?

Attached herewith are the cakes!! WOW!! WOW!! I am drooling over here!! Slurpppp!!







RM 15 only...

RM 15 only... and I tell you, you will not regret to invest on this..


This is for only RM 40.

For those who interested, kindly tell me..

bye!

p/s: Macam bangang advertising skills aku!! hancur!! but kek ni memang seriously sedap la weh!


Friday, November 5, 2010

Nak Kena Penyepak?

Aku tak kisah kalau aku ditakdirkan jatuh cinta dan bersuamikan seorang perokok malah kadang-kadang aku rasa lelaki merokok ditambah pula dengan wajah mereka yang cute dan kacak gila, ianya agak comel untuk dilihat.. namun ini tidak bermakna aku suka akan asap rokok itu yee anak-anak sekalian..

Ada satu tabiat perokok yang aku amat tidak boleh terima dan mereka deserve untuk diberikan penyepak dimuka pada kelajuan tinggi..

Golongan ini ialah golongan ibubapa yang merokok depan anak-anak mereka.. paling menyayat hati kalau anak-anak dia orang itu kecil lagi, baru nak dapat kaki, masih innocent.. pernah aku nampak, seorang bapak siap dengan selamba badaknya petik lighter, rokok dekat bibir, anak dekat depan dia, tengah tengok bapak dia nak 'bunuh' dia.. lepas itu, rokok dekat jari sebelah tangan kiri, tangan kanan pimpin anak.. sedih sangatlah aku rasa.. tak tahulah kenapa..

Esok kalau anak engkau jadi perokok janganlah engkau menggelabah nak pergi cari rotan nak rotan buntut anak engkau sebab engkau pun sama kan, dan engkau pun tahu macam mana rasa 'nikmat' menjadi seorang perokok.. aku sepak muka engkau laju-laju baru engkau tahu..!

Nak merokok, carilah tempat dan masa yang sesuai.. pleaselah.. kesian dekat budak-budak kecil tu..dan, jangan merokok depan aku juga walaupun aku bukan budak-budak..

Sekian..

Wednesday, November 3, 2010