orang tengah stalk

Monday, November 29, 2010

Rozmey dan Catherine

Kenapa kadang-kadang ada ibu bapa yang tidak merestui keputusan yang dibuat oleh anak-anak mereka? Kenapa?

Okay, aku memang selalu dengar, parents boleh rasa kira macam ada instinct terhadap sesuatu perkara yang berlaku dekat anak-anak dia dan impact yang bakal anak-anak mereka hadapi daripada keputusan yang dibuat.

Okay, to make my point more clear, aku bagi satu situasi yang aku kira dah biasa berlaku dalam masyarakat masa kini,

Rozmey ada teman wanita dan wanita ini kira tidak menepati langsung piawaian ibu bapa Rozmey, keluarga Rozmey merasakan yang Rozmey dan teman wanita dia macam langit dengan bumilah jurangnya.. teman wanita dia ini kira tak layak langsung dengan Rozmey.. parents Si Rozmey memang tahu yang Rozmey memang ada something dengan wanita ini tapi disebabkan mereka tidak menyukai wanita ini maka setiap kali kalau orang tanya Rozmey " Roz, bila mau langsung?" maka jawablah ibu bapa meraka, " tak jumpa lagi.."
Rozmey diam ja, tak sempat nak buka mulut nak jawab, nak kata sedih memang sedihla sebab macam terang-terangan kot tunjuk yang dia orang tak suka dengan wanita itu..

Kalau Rozmey keluar dengan Catherine (teman wanita), mesti nak kena dengar bebelan mak Rozmey dulu, bebelan pula, memang bebelan yang amat negative, " Abang Long takkan bahagia" laa..
" Mak tak restu.. kalau kahwin tak restu ni mesti ada yang tak kena.." laa.. "perempuan itu tak dak masa depan.." laa.. "perempuan tu kasar.." laa..
macam-macamlah bebelan negative yang menyedihkan hati dan kadangkala mencabar kejantanan dan bertambah berminyaklah rambut Rozmey .. tapi Rozmey diamkan ja.. dating tetap dating sebab memang best kot dating, macam lah kau orang tak pernah bercintakan? Rozmey malas nak menjawab, anak derhaka pula nanti..

Okay semua, berdasarkan situasi di atas, aku ada nasihat untuk kedua-dua pihak Rozmey dan parents dia juga. First aku nak nasihat parents dia dulu.

Buat ibu bapa Rozmey,

Saya rasa saya faham apa perasaan Rozmey, bukan dia minta pun semua ini berlaku dan dia memang dah tangkap cintan habis dengan Catherine, anda katalah perkara negative apa pun, memang tak lut nya.. anda pun pernah bercinta jugakan zaman muda-muda dulu.. maka saya rasa pak cik dan mak cik boleh faham unless anda memang tiada hati dan perasaan..

Saya faham anda mahu yang terbaik untuk Rozmey. Apa yang anda harus lakukan ialah, sentiasalah berdoa dan terus berdoa segalanya yang terbaik untuk Rozmey.. janganlah pressure Si Rozmey itu dengan segala macam bebelan negative.. penat-penat anda sembahyang, lepas sembahyang, doa kencang-kencang, Allah akan tolong punya..

Memang, aku pernah dengar dan aku yakin, restu Allah datangnya dari restu ibu bapa tetapi aku rasa banyak ibu bapa sekarang yang dah salah guna prinsip itu, senang-senang je kalau dia orang tak berkenan dengan pilihan anak dia, dia kata terus dia tak restu sebab nak takutkan anak dia, so that anak dia tak teruskan relationship dengan pasangan dia itu takut hidup tidak berkat.. kejam kot macam itu pak cik makcik uiii.. sepatutnya pada pendapat saya, anda doakan lah hanya yang terbaik untuk anak anda dan dari situlah Allah akan kurniakan hanya yang terbaik untuk anak anda dan saya rasa itulah sebenarnya prinsip restu Allah datang dari restu ibu bapa yang sebenarnya.. Allah maha mengetahui, jika memang tiada jodoh, Dia akan buat pasangan itu memang tiada jodoh.. maka doakankah anak-anak anda bertemu dengan jodoh yang baik dan boleh menbimbing sesama mereka..

Jangan sesekali menghina anak orang lain.. tiada masa depan lah, si polan ini dengan si polan ini macam langit dengan bumilah, kalau nak cakap pasal masa depan, dalam sekelip mata je, dengan kuasa tuhan, Rozmey boleh terlibat dalam kemalangan jalan raya, putus kaki putus jari.. dah gelap masa depan, baik dari Catherine yang sebelum ini kononnya macam langit dengan bumi itu pun dah tak hingin dengan Si Rozmey kudung tu.. jadi pak cik dan mak cik, TOLONGLAH DOAKAN HANYA YANG BAIK-BAIK AJA UNTUK ANAK-ANAK ANDA.. dari situ datangnya restu anda dan seterusnya restu Allah Taala..

Buat Rozmey pula,

Buatlah solat istikharah, mohon petunjuk dari Allah, mohon Dia tunjukkan kalau-kalau Catherine itu benar-benar untuk engkau..

Kalau wanita itu untuk engkau, Alhamdullilah dan peliharalah kesucian hubungan itu tetapi jika tidak, mohonlah dijauhkan diri engkau dengan dia dengan cara yang tidak terlalu menyakitkan..

Sumpah, aku percaya dengan kuasa doa.. :)

Sumpah juga aku amat mengalu-alukan feedback dari kau orang juga.. kerana aku tahu orang lain juga ada pandangan masing- masing mengenai isu ini dan aku respect pandangan kau orang.. :)

Sekian :)

12 comments:

warisan melayu said...

weyyy...

jap...
entry ko ni byk yg leh kupas...

berkenaan dgn berlainan agama dan bangsa..

restu ibu bapa..restu keluarga...

Menyusur Akar Secara Senyap said...

wow! great idea rais, pas ni aku try k.. :)

Amira Fadzil said...

xleh blah weh rozmey! haha

papepun aku nk bg pendapat kat rozmey; cube la buat sesuatu utk mendapatkan restu ibu bape anda..spt cube mengambil hati mereke..cth mudah, kalau ibu bape rozmey tak suke rozmey kelua dating, so rozmey cube la kurangkan..mmg la dating tu best..tp bukankah itu akan menambahkan lg kebencian ibu bape Rozmey terhadap Catherine? Ibu bape Rozmey mungkin akan pk kan bende2 negatif terhadap Catherine spt "Catherine ni gedik n kaki kikis btol la, manjang nak jumpe Rozmey je"..Rozmey juge bersalah dlm hal ini..kerana if die dah tau ape yg ibu bape die tak suke, die patot cube membentuk Catherine supaye menjadi ape yg ibu bape die mahu..tak perlulah menjadi terlalu perfect..cukuplah menyedapkan hati ibu bape si Rozmey.

kpd Catherine juge; die patot cube juge mengambil hati ibu bape Rozmey..die tak patot mementingkan diri sendiri dgn mengharapkan Rozmey sentiase ade utk die..die patot pk yg Rozmey ini juge mempunyai family sendiri yg patot diluangkan mase bersame2..Catherine harus sentiase cube membanggekan family Rozmey agar ibu bape Rozmey blh mengharapkan Catherine utk menjage Rozmey kelak. Sesungguhnye ibu bape inginkan yg terbaik utk anak mereke. Jd Catherine harus cube jd yg terbaik itu!

****

aku tak tau ape aku tulis ni..aku malas nak check balik..ko tlg smpaikan ini pd Rozmey dan Catherine..

Amira Fadzil said...

taik gigi pun rasa chokelat kalu dah tengah kerja kilang chokelat

Amira Fadzil said...

yg ckp psl taik gigi tu papa weh..die x sign out acc aku

Menyusur Akar Secara Senyap said...

icik!! icik!! ape la ko ni..ko yg tulis pun ko x tau..huhu..

betol..amat berol point ko..i admit that i sokong u 90%.. ceh x nak kasi markah penuh sbb x semua perfect.. huhu..

Dan aku rs Rozmey harus mempertimbangkan point2 ko ni, Rozmey tidak seharusnya tertewas dgn rindu dan godaan syaitan..dan kalo Catherine tu betul2 sayang Rozmey, die harus faham keadaan rozmey dan terima seadanya..

dah.. aku plak yg dah x phm ape aku tulis.. ko phm2 kan la..

Creamze said...

Ok for rozmey aku nak tau gak what da reason yg ortu(org tua rozmey) tak suka Catherine tuh(takkan kuar dating jer kot)mesti ada sebab laen neh seksi ker ape keh neh..Tapi kalu ortu rozmey tuh ada alasan yg terasa logik dan tulus, yg betul dek akal awat nak berontak2 neh... Becinta tuh mmgla seronok ada org sayang kita ada org amik berat tentang kita..Tapi suma tuh jangka pendek jer efeknye..padahal kenal baru bpe hari jer..Sedangkan ortu,siapa yg bisa cari galang gantinya dong(eh tercakap indon la fulak kehkeh)Kita takkan jumpa or cari org yg sma mcm ortu and sanggup jadi mcm ortu kita sepanjang hayat kita..So apakah balasan kita kepada ortu kita yg telah syg kita sepanjang hidup kita yg cuma sekali ini..(komen aku neh mcm berat sebelah lak kat ortu Rozmey)

Ok2 rileks, tapi kalu alasan yg ortu Rozmey bagi tuh coz sbb keegoisan (betul kah spel tu?)or atau kepercayaan ortu tu sendiri.. Apa kata Rozmey mintak la tolong org third party contohnya Pak Long ka? mintak tolong Maklang ka? org yg terdekat n rapat ngn ortu kita tak gitu abg Rozmey ?Maybe diaorg neh bleh pujuk2 ortu kita tapi make sure la third party neh bg support kat kita and restui hbngn kita yea... and akhirnya ortu kita pun bkenan utk memberi restunya juga...

K la abg rozmey slamat berjuang n goodluck wokey...

*Perkhawinan yg tak drestui neh slalunya nanti bila dapat anak ... mmg anak2 tuh tak menjadi lar...


p/s Rozmey nama macam Dr Rozmey penerbit Dua Alam tuh la hehe jgn mara k...

Menyusur Akar Secara Senyap said...

wow! thanks for the brilliant comment creamzeyglazat!! i admire your comment..

Mmmg aku sengaja guna nama Rozmey sbb aku mmg suka minum juzmate5 :P

farhan said...

to the couples: channel it the right way. parent tu bkn xsuke catherine tu, but myb the way they see it is on the other side..but then, both rozmey n cat has to make them see the bright side..kan kan kan..

btw goodluck with rozmey n cat.. :)

cimon said...

ofismate aku pernah citer yg mak mertua dia siap suruh awek adik ipar dia sain kontrak sebelum nak bertunang dek kerna cukup tak suka kat awek tu (xsuke sbb instict)eventhough ofismate ku tgk awek tu cun-melecun but a queen control (based on citer adik ipar dia sendiri) & until now, still diorang blum bertunang eventhough awek tu sanggup sain kontrak (tak tau pulak isi kandungan kontrak tersebut).

so...nasihat utk rozmey, sila nilai pasangan anda menggunakan akal bukan perasaan...mungkin ade betul ckap makbapak tuh...kene larr nilai dulu...& for the makbapak rozmey...sila nilai anak anda melalui kacamata orang luar juga sebelum mencompare2 dgn anak orang lain.

paham ke ko bebelanku nie?

Menyusur Akar Secara Senyap said...

Cimon!!! billiant point!! thanks yee :)

Farhan too, u got the point :)

Ikhsan Ismail said...

complex siott... rasa nak tarik rambut. ;p

wutever pun, rozmey x patut claim heriporter akan dipostpone utk bagi laluan pada 2 alam.