orang tengah stalk

Monday, January 31, 2011

Bunyi Cengkerik..

Aku baru lepas tanya adik aku, Akmal Firdaus,

" Akmal, apa nama blog kak long? "

Lantas beliau menjawab dengan yakin,

" Pisang kering yang menyayangi hati sepi "

Kriikkk.. kriikkk.. kriikkk.. *bunyi cengkerik*

Pisang kering..



Pergi Ke Neraka..

Pagi tadi, aku tengah lepak baca newspaper sambil tunggu harta kesayangan aku iaitu kereta aku diservis. Tiba-tiba handphone aku menerima sms.. aku buka dengan penuh harapan supaya sms itu ialah dari mereka-mereka yang tidak annoying dalam hidup aku..

Owh yeah.. an sms from CELCOM..

Jgn lupa reload min RM10 X 3 lagi utk nikmati 100min PERCUMA ke nombor Celcom. Ingin berpeluang menangi hadiah wang tunai? Terus reload lagi!

PERGI KE NERAKA LA WOIIII!!! *go to hell* , memang takkan aku tergoda langsong kot.. silap orang yee.. annoying lagi adalah!!

Sekian..

Thursday, January 27, 2011

Entry Emo Tapi Bukan Aku Yang Emo..

Hari itu, tengah duduk dekat sofa sambil makan nasi, berdua dengan mama, tiba-tiba jaa dia emo.. dia dok sibuklah cerita anak kawan baik dia nak bertunang dengan arkitek dari JKR, owh, menantu kerja gomen, masa depan terjamin.. emo lagi, dok sibuk cakap, kalau aku tak nikah dengan orang kerja gomen, nanti anak aku susah nak dapat nak masuk asrama penuh, susah nak dapat tajaan JPA.. bla.. bla.. bla..

Emo lagi, dia dok sibuk mempertikaikan, kenapa selama 4 tahun aku belajar dekat universiti, tak dak seorang mamat pun yang berjaya mengorat aku ataupun aku yang mengorat mamat-mamat itu..

Emo lagi, dia boleh cakap, kalau dia jadi aku, dah lama dia mengorat doktor-doktor dekat UM time aku belajar dulu.. hahahaha.. lawaklah mamaku ini..

Aku diam jaa.. malas nak argue-argue.. i might worsen the situation.. so just diam jaa!!

Lepas ini kalau mama emo lagi, aku nak jawab macam ini,

" Ntahla ma, kak long lebih risau bila kematian kak long akan tiba dari bila perkahwinan kak long akan tiba.." <-- Agak-agak, boleh tempah penyepak tak?

Sekian..


Saturday, January 22, 2011

Biarkan..

Tengah-tengah bulan, poket kering-kontang, jalan-jalan bersama Hasrul di Mid Valley dan The Garden, sambil menoleh ke arah manusia-manusia dalam kedai Coach, biasalah The Garden kan banyak butik-butik yang jenis pintu kena staff depa bukakan kalau kita nak masuk..

Aku: You, kalau kita fikir-fikir balikkan, kenapalah kita nak cakap orang dalam kedai tu bodoh sebab beli bag-bag dekat Coach tu.. dia orang memang ada duit lebih, dan dia orang rasa macam biasa ja la kan..

Hasrul: Betullah.. duit terlebih-lebih sampai dah tak tahu nak buat apa..

haaaa.. samalah juga kalau ada orang yang lebih sengkek dari aku, tengok aku beli kasut dekat Vincci ke, Nose ke, mesti akan ada depa yang cakap, bodohnya lah beli kasut dekat situ, dah la mahal.. beli dekat tuttut ja kan murah lagi cantik.. sebab apa? sebab depa rasa tak mampu, level depa level tuttut jaa.. dan aku rasa level aku, paling-paling up pun, aku boleh beli dekat Charles & Keith.. itu pun tunggu gaji dulu laa.. lepas tu, kena makan malam dekat rumah setiap hari.. baru boleh cover balik.. :P

Biarlah manusia-manusia dalam kedai Coach ke, LV ke, Burberry ke, Tissot ke, Fendi ke, Biarlah, depa ada duit.. engkau tak mampu, berbelanja ikut kemampuan ja lah.. jangan nak dengki-dengki pula.. bersyukur dengan apa yang ada.. lega sangat.. tapi itulah, kejap je la pun kalau boleh motivate diri dengan ayat-ayat cliche sedemikian, selalunya akan marah-marah, sumpah seranah majikan sebab bagi gaji sikit tapi kerja macam hanjing.. kehkeh.. teruk-teruk.. karang kalau Allah tarik nikmat kerjaya hang tu, hang nak cekau duit dari mana? last-last, kasut Jukebox pun engkau tak mampu beli.. okay, aku macam rasa kasut-kasut dekat Jukebox itu murah.. huhu..

Engkaulah bodoh kalau engkau cakap depa yang banyak duit tu bodoh.. so aku pun pernah bodoh jugalah.. huhu..

Sekian..

Sunday, January 16, 2011

Pleaselah Malas Nak Layan!

Aku dinner dengan adik aku dekat kedai char kuey tiaw belakang rumah lepas window shopping dekat jusco last week.

Sedang enak menjamu selera, adalah budak kecil ni, adalah dalam 4 tahun kot boleh tahan jugalah cute.. tengah nak show-off his skill bermain pedang power rangers..tak silap aku pedang dia ada bunyi-bunyi lagi.. dok pi hunus-hunus pedang power rangers dia dekat aku dengan muka ganas dia..

Aku perasan, mak dia dok pandang-pandang anak dia yang tengah nak attract attention aku... mungkin dalam hati mak dia "heyyy.. mesti awek tu nak kata anak aku comel lotey dengan action sedemikian.."..

Aku pula perlahan bisik dekat adik aku "Budak ni.. jangan haraplah aku nak layan dia.. malas aku.. menyampah jaa.. char kuey tiaw and satay lagi sedap".. lepas itu aku dengan tak senyum tak apa, okaylah jeling sikitlah.. aku buat-buat tengok TV.. Adik aku kata aku tak suka budak-budak..

Okay.. okay.. bukan aku tak suka budak-budak, aku cuma tak suka melayan budak- budak yang macam tu, aku tau, kalau aku layan budak tu, mesti melarat silap-silap aku kena jadi raksaksa dan dia terus menghunus pedang itu kepada aku.. last-last char kuey tiaw aku sejuk macam gitu-gitu jaa..

Yes.. aku memang selective untuk memberi layanan kepada kanak-kanak.. whenever I come across the situation 'aku dekat dengan kanak-kanak', aku akan monitor character kanak-kanak itu terlebih dahulu sebelum aku start untuk 'build the rapor' dengan mereka.. kalau macam agak tergedik-gedik, dahaga kasih sayang, serious aku malas nak layan, nanti aku nak kena layan dia jaa.. tak minat..!

Bukan tak suka budak-budak, yela kan, zaman sekarang ini lelaki suka perempuan yang bersifat sukakan kanak-kanak, ala-ala keibuanlah kan.. sampai kadang-kadang tu, buat-buatlah bersifat keibuan.. baru market.. :P tapi bukan akulah.. aku tak suka buat-buat.. aku suka, aku layan, tak suka, aku buat tak tahu..atau pun aku responlah ala kadar.. heheheh.. *senyum tawar*

Tak bolehlah nak senang-senang sayang sesuatu yang tidak mencuri hati aku... susah.. hmmm.. :|

Sekian..

Tuesday, January 11, 2011

Sebab Aku Memang Percaya Bahawa Akan Ada Hari..

Aku memang percaya bahawa suatu hari nanti akan ada hari, aku tidak akan disayangi oleh orang yang sekarang ini menyayangi aku..

Aku memang percaya bahawa suatu hari nanti akan ada hari, hubungan ini akan retak dek kerana kami sudah mula bosan dengan kehadiran masing-masing dalam hidup masing-masing..

Aku memang percaya bahawa suatu hari nanti akan ada hari, dia lebih selesa tanpa aku dalam hidup dia..

Aku memang percaya bahawa suatu hari nanti akan ada hari, aku bukan lagi makhluk ciptaan tuhan tercantik di hatinya..

Aku memang percaya bahawa suatu hari nanti akan ada hari, tuhan akan ambil orang-orang yang aku sayang dan menyayangi aku pergi jauh dari aku, lalu aku terkojol seorang diri jaa..

Senang cerita, akan boleh ada hari Allah akan tarik segala nikmat kegembiraan yang Dia pernah bagi ke aku.. takutnya.. sakitnya.. :(

Tapi aku lagi percaya bahawa Allah lebih mengetahui jalan ceritaNya.. Aku hanya harus berdoa dan tidak akan putus doa aku agar segala-galanya baik-baik aja dong..please Allah.. tiada tempat lain dah aku nak minta.. memang tak dak.. dan memang indah sangat-sangat bila mencintai cintaMu.. serious best..

Sekian..

P/S: Mood swings due to PMS agaknya aku ni.. huhu..

Friday, January 7, 2011

Ini Ialah Entry Yang Teramat Emo Dan Melampaui Batas Pemikiran Manusia Normal..

Semalam aku tengok movie Janin dengan kawan biasa dan kawan amat luar biasa. Dia belanja makan dan movie itu. Aku bawa perut jaa..

Secara keseluruhannya, JANIN ni biasa jaa laa.. bukan tak ok.. ok jaa.. banyak touching lah sebab toyol budak yang kuat curi itu macam cute-cute jaa dan dahagakan kasih sayang ibu, seram takdak sangat.. nak dekat

Wayang pukul 9.15pm.. lepas dinner, kami solat maghrib, lepas itu usha-usha baju-baju
*cerita nak confident jaa macam ada duit*..

Nak dekat 9pm baru kami ke GSC beli pop corn. Tengah sedap-sedap menonton dan menutup mata dan telinga akibat ketakutan, handphone gua bunyilah pula..

Orang yang telefon gua itu, marah gua bro.. marah gua sebab gua tengok wayang malam Jumaat bro.. pada dia, malam Jumaat kena buat amal ibadat baca yassin semua bro.. banyak kali jugalah dia cakap gua teruk.. sampai kawan-kawan gua pun kena teruk sekali.. yang paling gua emo, dia cakap gua tak ingat tuhan weh sebab gua tengok wayang malam Jumaat dow!! Gua tak ingat tuhan??!!! What the hell??!! lepas itu, tanya gua keluar berapa orang, gua cakap bertiga, dia kata gua tipu.. frekuensi suara dia time basuh gua semalam tak perlu gua describelah, kalah frekuensi bunyi Concorde.. Gua memang rasa nak buat kurang ajar gua je la kan hang up but gua betul-betul tak sampai hati.. dia hang up.. gua sambunglah tengok Janin.. tapi seriouslah gua rasa nak menangis kot..

Lu marah gua, point-point lu memang betul, gua boleh terima.. tapi cara lu marah gua, gua tak berapa berkenanlah..

LU INGAT GUA NI BOHSIA KEEE??!! LU INGAT GUA JENIS PEREMPUAN KELUAR PERGI CLUBBING, MINUM ARAK, CHECK IN HOTEL, HISAP DADAH SEMUA KE??!!

Gua tak buatlah semua itu.. gua wanita bekerjaya lulusan degreelah *ceehh.. degree je pun*, sembahyang gua jagalah!! Bukan nak show off, tapi gua baca je Al-quran laa.. tak kan gua nak panggil lu duduk depan gua time gua baca Al-quran baru lu nampak gua INGAT TUHAN??!!

Okay.. emo sangat.. pemanggil semalam, saya rasa, anda yang sepatutnya INGAT TUHAN bila bercakap dengan orang lain.. awak jangan ingat awak seorang jaa ada perasaan.. orang lain pun boleh terguris juga dengan kata-kata awak.. kalau awak ingat tuhan sangat.. awak berdakwahlah dengan cara yang betul sebijik macam cara Rasul S.A.W kita.. terutama kalau awak nak bercakap dengan manusia kepala batu macam saya..

Awak, kalau saya tak ingat tuhan, saya tak solat maghrib semalam wak.. kalau saya tak ingat tuhan takkan la saya masih boleh kawal itonasi suara saya bila berkomunikasi dengan awak selepas awak kata saya macam-macam..

Kalau awak tak percaya saya tengok bertiga semalam, inilah dia;


Nampak?? nampak tak wak?? 1+1+1=3..

Sekian..

p/s: Maaf sangat ye kawan-kawan, gaya bahasa saya akan menjadi kasar, kelat, payau dan berkuman sangat kalau saya amat berkecil hati.. tambah-tambah bila saya sudah lama memendam kesedihan..

hmm lagi satu nak tanya, correct me cepat-cepat yaa if i am wrong, baca yassin malam jumaat tu ialah bidaah hasanah ke? sila beritahu aku.. dah lama aku fikirkan benda ini.. sama-samalah kita menimba ilmu dan share.. sharing is caring :)



Wednesday, January 5, 2011

Akak Faham Dik..

*Sekadar gambar hiasan, awek cun, balak macam kelakar sikit*

Khas untuk Adik yang sedang sangat in love itu,

Sejak semalam, akak dah 50 kali sekodeng blog awak.. Ramai betul followers awak. Tambah-tambah sejak bb awak famous ni kan.. tertonggeng-tonggeng sambut and tepis bola, akak memang suka cara permainan bb awak.. serious akak bangga time team Malaysia menang that day.. Akak tengok almost all your entries mesti ada je terselit bb awak.. You are really in love eh dik? It's ok, it's normal..

Adik, this is my only opinion, I really don't know your motive of doing that but I think you should stop being too expressive towards your bb in your blog.. Akak rasa it's not necessary to tell the world that he is yours, all the time almost in every blog entry sayang.. sikit-sikit je sudahlah..

You said you percaya jodohkan, but what you did macam tidak tele dengan kata-kata awak itu.. akak bukan tak suka, tapi bila akak baca entries awak, akak takut, kalau tiada jodoh (minta-minta takkan berlakulah..), nanti awak sakit sangat, merana jiwa raga, penat awak nak delete entry-entry awak yang penuh dengan kenangan bb awak itu.. again, boleh, tapi sikit-sikit je la eh sayang..

Akak rasa akak faham, mempunyai bb yang kacak dan menjadi perhatian ramai, membuatkan kita rasa tak keruan dan terancam.. ye la, bb handsomekan, petik jari 65875 perempuan datang.. bila-bila sahaja hati dan perasaan boleh berubah sebab banyak choices.. tiba-tiba je appreciation terhadap kita and the relationship selama ini boleh lenyap macam itu jaa.. banyak pilihan la katakan.. all you have to do now ye adik, just be the best of you and expect the unexpected :)

Sekian..

Penambahan: and adik, trust me, ini semua hanya satu fenomena and people will slowly forget about your bb and his contribution.. 'fenomena'.. faham tak? sekejap je semua ni.. jangan panic-panic sangat yee.. bawak bertenang.. inhaleeeeeeeeeeeeee.. exhaleeeeeeeeeeeeeeee.. inhale.. hhaaaarrrghhh!! *lepas kuat-kuat*

Monday, January 3, 2011

Resipi Puding Roti

Hehe.. suka aku bila kawan minta recipi puding roti dari aku.. terasa dihargai pula.. gambar puding roti dekat atas ialah gambar puding roti aku, that was my first attempt to have baked bread pudding.. sampai sekarang, adalah dalam 100 kali dah aku buat bread pudding.. asal macam tak berapa nak jadi, aku buat lagi, lagi dan lagi..sampai habis gas dekat dapur mak aku.. sampai nenek aku dah naik menyampah.. dia suruh masak recipi lain pula..hehehe..

Cara-cara membuat bread pudding setelah 100 kali percubaan baru macam agak-agak berjaya:

Bahan-bahan:

1 buku roti (lagi banyak roti lagi sedap kot..)
Satu kotak besar susu UHT ( Aku pakai susu Goodday)
Tepung jagung / tepung kastard
2 biji telur
1/2 cawan mentega.
Gula secukup rasa

Cara-cara membuat puding:

1) Kacau 2 biji telur sehingga kembang.
2) Panaskan susu UHT dicampurkan dengan 2 sudu besar gula (ikut selera masing-masing, kalau suka manis, letaklah 50 sudu besar gula ke..) dan mentega.
3) Campur telur dengan susu UHT yang dipanaskan tadi. Panaskan sehingga mendidih.
4) Carik-carikkan roti, letak dalam talam, kemudian tuangkan campuran susu di atas carikan roti, gaulkan sehingga semua permukaan roti ditelenggami susu.
5) Biarkan seketika sebelum dibakar.
6) Bakar selama 1 jam, dan selepas sejam, gunakan pencungkil gigi untuk memeriksa tahap kemasakan puding itu..

Cara-cara menbuat sos kastard (kalau puding dah cukup manis, sos tak perlu)

1) Panaskan susu UHT.
2) Masukkan satu sudu kecil tepung jagung/ kastard.
3) Gula secukup rasa.
4) Panaskan sehingga mendidih.
5) Tuangkan ke atas puding roti.

Hiasan di atas puding:

1) Kismis/ hirisan epal. Tabur selepas lebih kurang 30 minit bakar.


Siap!!

Sekian..