orang tengah stalk

Monday, January 3, 2011

Resipi Puding Roti

Hehe.. suka aku bila kawan minta recipi puding roti dari aku.. terasa dihargai pula.. gambar puding roti dekat atas ialah gambar puding roti aku, that was my first attempt to have baked bread pudding.. sampai sekarang, adalah dalam 100 kali dah aku buat bread pudding.. asal macam tak berapa nak jadi, aku buat lagi, lagi dan lagi..sampai habis gas dekat dapur mak aku.. sampai nenek aku dah naik menyampah.. dia suruh masak recipi lain pula..hehehe..

Cara-cara membuat bread pudding setelah 100 kali percubaan baru macam agak-agak berjaya:

Bahan-bahan:

1 buku roti (lagi banyak roti lagi sedap kot..)
Satu kotak besar susu UHT ( Aku pakai susu Goodday)
Tepung jagung / tepung kastard
2 biji telur
1/2 cawan mentega.
Gula secukup rasa

Cara-cara membuat puding:

1) Kacau 2 biji telur sehingga kembang.
2) Panaskan susu UHT dicampurkan dengan 2 sudu besar gula (ikut selera masing-masing, kalau suka manis, letaklah 50 sudu besar gula ke..) dan mentega.
3) Campur telur dengan susu UHT yang dipanaskan tadi. Panaskan sehingga mendidih.
4) Carik-carikkan roti, letak dalam talam, kemudian tuangkan campuran susu di atas carikan roti, gaulkan sehingga semua permukaan roti ditelenggami susu.
5) Biarkan seketika sebelum dibakar.
6) Bakar selama 1 jam, dan selepas sejam, gunakan pencungkil gigi untuk memeriksa tahap kemasakan puding itu..

Cara-cara menbuat sos kastard (kalau puding dah cukup manis, sos tak perlu)

1) Panaskan susu UHT.
2) Masukkan satu sudu kecil tepung jagung/ kastard.
3) Gula secukup rasa.
4) Panaskan sehingga mendidih.
5) Tuangkan ke atas puding roti.

Hiasan di atas puding:

1) Kismis/ hirisan epal. Tabur selepas lebih kurang 30 minit bakar.


Siap!!

Sekian..

4 comments:

BULAN said...

haahaha!!
chef anida semakin mengmbangkan sayap nya..:)

Hati Kering Yang Menyayangi Pisang Sepi said...

cik bulan, namun begitu, tetap tidak dpt menandingi ilmu masakan anda :)

cimon said...

resepi kek coklat takde ke? (^_~)

Hati Kering Yang Menyayangi Pisang Sepi said...

halamak, kek coklet x try lagi la awak.. nanti aku try dl.. kalau jd baru aku hebah2 kan..hehe..