
Cara-cara membuat bread pudding setelah 100 kali percubaan baru macam agak-agak berjaya:
Bahan-bahan:
1 buku roti (lagi banyak roti lagi sedap kot..)
Satu kotak besar susu UHT ( Aku pakai susu Goodday)
Tepung jagung / tepung kastard
2 biji telur
1/2 cawan mentega.
Gula secukup rasa
Cara-cara membuat puding:
1) Kacau 2 biji telur sehingga kembang.
2) Panaskan susu UHT dicampurkan dengan 2 sudu besar gula (ikut selera masing-masing, kalau suka manis, letaklah 50 sudu besar gula ke..) dan mentega.
3) Campur telur dengan susu UHT yang dipanaskan tadi. Panaskan sehingga mendidih.
4) Carik-carikkan roti, letak dalam talam, kemudian tuangkan campuran susu di atas carikan roti, gaulkan sehingga semua permukaan roti ditelenggami susu.
5) Biarkan seketika sebelum dibakar.
6) Bakar selama 1 jam, dan selepas sejam, gunakan pencungkil gigi untuk memeriksa tahap kemasakan puding itu..
Cara-cara menbuat sos kastard (kalau puding dah cukup manis, sos tak perlu)
1) Panaskan susu UHT.
2) Masukkan satu sudu kecil tepung jagung/ kastard.
3) Gula secukup rasa.
4) Panaskan sehingga mendidih.
5) Tuangkan ke atas puding roti.
Hiasan di atas puding:
1) Kismis/ hirisan epal. Tabur selepas lebih kurang 30 minit bakar.
Siap!!
Sekian..
4 comments:
haahaha!!
chef anida semakin mengmbangkan sayap nya..:)
cik bulan, namun begitu, tetap tidak dpt menandingi ilmu masakan anda :)
resepi kek coklat takde ke? (^_~)
halamak, kek coklet x try lagi la awak.. nanti aku try dl.. kalau jd baru aku hebah2 kan..hehe..
Post a Comment