orang tengah stalk

Friday, December 31, 2010

Pisang Sepi

Memandangkan aku cuti sepanjang minggu ini, maka kegilaan aku terhadap masakan agak memuncak.. tatkala pasukan Malaysia sedang ber'laser'an dengan pasukan Indonesia dekat Indon pada Piala Suzuki yang lepas, aku pula buat kek pisang dan ingredients dia kalau aku tengok, dah sama macam nak buat cekodok pisang sepi laa.. lebih kurang jaa.. dipersilakan lihat gambarajah di bawah dan nilailah sendiri betapa determined nya aku nak buat kek ini..

Aku guna 7 biji pisang, puas dah aku cari lesung batu nak lenyek pisang ni, tak jumpa, itu yang aku guna blender tu.. senang kerja aku, tambah air sikit, letak pisang terus blender sampai lumat.. lepas itu aku letak esen vanilla, secawan gula dan secubit garam dalam pisang sepi yang sudah dikisar tu.. wahh..!


Ramuan-ramuan aku susun baik punya atas meja, ala-ala rancangan masakan gitu.. aku kacau 2 biji telur sampai kembang, gaul sabati tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat (sebenarnya kalau dah ada baking powder, soda bikarbonat itu tak dak pun tak apa.. tapi kalau nak mantap bubuh ja dua-dua..).. lepas itu aku campur semua dalam lenyekan pisang itu (walaupun aku tak lenyek tapi aku blender.. cara orang malas.. huhu)..

Aku sebenarnya tak sure yang patutkah aku letakkan kek ini dalam peti sejuk atau tak, so aku main letak jaa.. ala-ala dalam rancangan masak-masak lah konon.. lepas dah sejuk, aku letak dalam oven, bakar selama 50-55 minit.. tryla 180-200 degree celsius sebab aku pun tak ingat dah about suhu ni.. try ja.. kalau hangus, kek hang yang hangus.. kehkeh..

Hasilnya.. tadaaa!!


Aku peliklah, kenapa kek aku tak nak mengembang dengan jayanya.. lepas itu pula, kalau engkau orang tengok kek pisang dekat kedai, ada garis-garis hitam dekat kek itu kan.. mungkin sebab aku blender pisang itu so dah hancur la garis hitam itu.. padahal yang hitam-hitam itulah yang mencantikkan rupa kek..

Menurut para juri yang menilai.. cehwah! mereka kata sedap tapi dah macam kek lapis Sarawak la pula.. ada pula yang kata dah macam kek pisang kukus.. ada yang kata macam kek gula hangus pun ada.. hehehehe.. tak apa.. sedap itu yang penting.. :)

Akan aku cuba lagi next time dan akan aku perbaiki kelemahan kek pisang sepi ini.. mungkinkah sebab pisang ini sepi? Maka dia tak naik? What the fish am I typing about?

Walaupun tak berapa jadi, habis jugalah kek ini, aku berikan kepada ahli keluarga, kawan-kawan dan kawan yang masing-masing sedang mengenali hati budi :B

haaaaaaa..

Ada satu lagi info dari mama aku yang aku nak share, kepada yang belum tahulah.. kalau engkau orang perasan dalam rancangan masakan, kadang-kadang , chef akan asingkan telur kuning dengan putih lepas itu dia kisar telur putih sampai kembang, ada yang pukul terus jaa dua-dua telur putih dan kuning itu sekali.. engkau orang tak pelik kah?(pada yang peliklah..).. bak kata mama, asingkan portion kuning from putih so that putih itu akan kembang dengan sangat cantiklah.. tiada halangan dari telur kuning.. itu jaa.. tak lebih dari itu.. hang rajin sangat hang asingkanlah.. aku tak berapa rajin :P

Sekian..



2 comments:

Amira Fadzil said...

aku ase ko patot tukar la name blog ko ni.. ko nmpk mcm pervert dow.

geli plak aku

cimon said...

aku rase kek pisang yg jual kat mydin tu lg sedap berbanding yg jual kat kedai bakery (^v^)