orang tengah stalk

Tuesday, December 28, 2010

Muka Anda Deserves Middle Finger

* Cubaan tudung Dato' Siti tapi aku pakai yang anak tudung dalam tu la.. baik tak yah pakai tudung kalau nak pakai yang luar tu ja, sikit-sikit terlucut.. maklumlah, rambut licin.. tekananlah..! *


Bila aku tanya member aku, hari ini nak lunch dekat mana, dia jawab, hari ini makan dekat tet..tet..teett.. (tempat dirahsiakan)..

Terus aku akan jawab macam ini, " tak naklah, banyak mata keranjang dekat situ!!"..

Engkau tahu, setiap kali aku pergi lunch dekat situ, aku rasa aku ini dah macam, anak rusa yang kecil datang nak minum air kerana kering tekak dekat kolam yang banyak gila buaya tembaga yang memang tengah lapar macam 5 tahun tak makan, lepas tu pula, pandang anak rusa dengan pandangan yang penuh bernafsu serakah lapar tunggu nak baham je.. ye la 5 tahun tak makan kot..!

Serious aku tak selesa and come on lah, engkau orang, tak kira lelaki atau perempuan, kalau engkau jalan dan melalui sekumpulan lawan jantina yang sedang lepak-lepak, as a normal person, engkau orang mesti akan rasa tak selesa punya, cubalah nak react as cool as possible pun, engkau orang akan still rasa semacam punya.. normal laa.. wanita dan lelaki tulen.. :P

Lagi tak selesa kalau lalu sebelah kumpulan lawan jantina itu, tetiba mereka gelak besar, bunyi-bunyi cencurut, pandang dengan pandangan manusia pervert (aku rasa lelaki yang selalu macam ini, sebab aku perempuan, aku come out lah dengan statement ini..).. langkah kaki terus jadi tak betul, pakai flip-flop pun silap-silap boleh terkehel gak.. haishh!!

Dan situasi seperti ini , membuatkan aku rasa seperti mahu mengangkat middle finger betul-betul depan muka mereka yang memperlakukan aku sedemikian.. kalau lawan jantina yang muda lagi ganteng, okay la lagi kan.. cuba kalau dapat yang tua ganyut tak sedar diri?? Tidakkah anda rasa mereka harus dipersembahkan dengan sebijik middle finger?

Bak kata officemate aku " biarlah, dia ada mata..dia pandanglah.."..
Okay.. okay.. ada betulnya wehh.. tapi cara nak pandang orang itu janganlah sampai muka engkau tu dah jadi macam muka jantan lapar perempuan.. atau perempuan dahaga kasih sayang.. pandanglah lawan jantina secara berkhemah ye anda-anda semua..

Tapi, aku perasan juga kadang-kadang diri aku suka juga mengusha orang, tapi mungkin cara aku mengusha adalah dengan cara berkhemah.. pandang sekejap-sekejap je suda, tapi pandang banyak kali.. janganlah pandang lepas itu tersengih-sengih macam kerang busuk je tiba-tiba.. macam gelilah..

Entry ini, lantak engkau oranglah nak cakap aku perempuan perasan ke tak, yang penting pandanglah lawan jantina dengan raut wajah yang sewajarnya, barulah best nak hidup..

Sekian..

1 comment:

cimon said...

pandang2 pon kene pandai cover jgak kan?kalo ade bran...mintak no.

hehehe (^v^)

p/s: ur perumpamaan ttg buaya tuh tak boleyy blah!! (^_~)hihihi