orang tengah stalk

Thursday, December 16, 2010

Jual Ikan

Semalam aku dah susahkan banyak orang..

Semalam hari last bayar saman PDRM kalau engkau orang nak dapatkan diskaun 50%, so aku pun sms papa, minta papa bayarkan dulu.. alangkah happy gila aku bila papa reply 'K'.. means dia willing to pay first la later aku bayarlah balik.. dalam waktu lunch, papa call, suara agak termengah-mengah, dia kata ramai gila orang dekat pos office, beratur, kaunter bayar lain, kaunter fotostat lain, aku imagine adalah dah macam konsert Jom Heboh dah post office tu semalam, last day payment la katakan, mestilah semua orang menggelabah..

Papa kata, dia kena balik dulu sebab dia ada hal, dah lama sangat dia dekat post office tu.. lagipun aku belum black-list lagi, aku ada satu je kot saman, RM300 je.. tapi 50% less jadi RM150.. banyak beza tu!! Tapi takpalah.. kesian dekat papa, dia dah tunggu lama.. nanti-nantilah aku bayar..

Seriously serious, aku sentap gila, rasa bersalah gila dengan papa, aku tak sangkalah pula papa akan keluar nak bayar, aku ingat papa akan simply bayar guna MYEG je.. serious aku rasa guilty gila.. aku dah menyusahkan orang lain sedangkan aku bergelak ketawa dengan kawan-kawan, lunch ayam goreng berempah.. Argghhhhhhhhhhhhhh!! so selfishlah aku!!

Orang kedua ialah nenek aku, aku dah inform nenek aku nak dinner dekat rumah malam semalam, end upnya aku balik rumah lambat sebab teman orang pergi klinik, demam nak check darah, balik agak lambat, bodoh bangangnya aku, aku tak call pun nenek cakap aku balik lambat, kalau aku call taklah nenek masak peha ayam besar gajah dan lauk sayur kobis.. agak banyak lauk aku tengok dekat dapur semalam.. nenek takut mama cakap apa je masak-masak tapi cucu dia tak makan.. aku tak call nenek tu kenapa? So selfish again!!

Cik bulan, sepatutnya kami paksa sekeras-kerasnya awak dinner bersama kami dan bukan biarkan awak seorang diri terus naik rumah awak.. I tengok muka you semalam, kalau I paksa you lagi, you akan ikut kami keluar kot, sebab you macam seorang diri ja semalam.. dah la bersusah-payah teman we all pergi klinik, tak fahamlah aku dengan Cik Bulan ni, siap nak bagi pinjam duit dulu tu.. Cik Bulan, anda betul-betul buat saya terharu.. awak tahu tak itu?? Tapi saya selfish, boleh ja kita keluar dinner semalam.. aku selfish lagi..!!

Kepada papa, nenek and Cik Bulan, sorry sangat-sangat.. :(
Amat terharu dengan anda-anda bertiga!!

Pleaselah ada orang berdiri depan aku dan sepak muka aku laju-laju, aku tak kesah..

Sekian..


5 comments:

BULAN said...

hey dear..i'm okey la..at dat time dah lewat la..u nak blik jauh..family u kt rumah dah tunggu, then u kena hantar orang demam balik..no worries ok..i ikhlas..

Amira Fadzil said...

weh! aku nak sgt jd tukang sepak tu! ko tungguu!!

cimon said...

Myeg tu asyik 'hang' je...kitorang da test online dari last week tuh!!

p/s:member aku g balai polis kot membayar saman diskaun tuh (@_@)

p/s/s:siann pada makanan tuh... habis tak?

Hati Kering Yang Menyayangi Pisang Sepi said...

icik: aku dah agak dah ko akan nk tampar aku..

cimon: akhirnya aku mkn gak buat bukak pose.. xde la bazir kan.. :)

Amira Fadzil said...

eh..ble mase plak aku ckp nak tampar? kan ko nak org sepak muke ko laju2..tu yg aku nak tu..smpai2 pusing2 kepale ko mcm dlm cte exorcist.