orang tengah stalk

Friday, November 5, 2010

Nak Kena Penyepak?

Aku tak kisah kalau aku ditakdirkan jatuh cinta dan bersuamikan seorang perokok malah kadang-kadang aku rasa lelaki merokok ditambah pula dengan wajah mereka yang cute dan kacak gila, ianya agak comel untuk dilihat.. namun ini tidak bermakna aku suka akan asap rokok itu yee anak-anak sekalian..

Ada satu tabiat perokok yang aku amat tidak boleh terima dan mereka deserve untuk diberikan penyepak dimuka pada kelajuan tinggi..

Golongan ini ialah golongan ibubapa yang merokok depan anak-anak mereka.. paling menyayat hati kalau anak-anak dia orang itu kecil lagi, baru nak dapat kaki, masih innocent.. pernah aku nampak, seorang bapak siap dengan selamba badaknya petik lighter, rokok dekat bibir, anak dekat depan dia, tengah tengok bapak dia nak 'bunuh' dia.. lepas itu, rokok dekat jari sebelah tangan kiri, tangan kanan pimpin anak.. sedih sangatlah aku rasa.. tak tahulah kenapa..

Esok kalau anak engkau jadi perokok janganlah engkau menggelabah nak pergi cari rotan nak rotan buntut anak engkau sebab engkau pun sama kan, dan engkau pun tahu macam mana rasa 'nikmat' menjadi seorang perokok.. aku sepak muka engkau laju-laju baru engkau tahu..!

Nak merokok, carilah tempat dan masa yang sesuai.. pleaselah.. kesian dekat budak-budak kecil tu..dan, jangan merokok depan aku juga walaupun aku bukan budak-budak..

Sekian..

3 comments:

cimon said...

opismate aku da berenti merokok start bulan Ramadhan ari tuh...

perghh...kental!! maka dia terselamat dari serangan kaki tanpa bayang kami d opis. (^v^)

p/s: jgn (X) merokok depan anak2 - sendiri boleyy pikir why kan?

p/s/s: ape maksud "...baru nak dpt kaki" ?? (@_@)

Menyusur Akar Secara Senyap said...

'baru dpt kaki' means br boleh berjln laa.. :)

Apa lak maksud serangan kaki tanpa byg di opis?

cimon said...

serangan kaki tanpa bayang = sila rujuk komik2 hongkong yg nipis2 tuh. Terima kasih.

heheh (^v^)