orang tengah stalk

Saturday, January 28, 2012

Aku sedang berkecil hati ni.. so?

Ada jenis manusia yang mendampingi aku ialah daripada jenis yang berkeyakinan tinggi terhadap apa yang dimilikinya tak kiralah harta benda mahupun pasangan hidup mereka.. siang malam menjaja cerita kebahagiaan hidup mereka samaada menerusi perbualan bersama rakan-rakan mahupun mengupdate status di media massa.. sekali dua mungkin boleh diterima tekak.. terlalu kerap dilakukan, mampu mengundang rasa mual..

Ok, memandangkan ini blog aku, aku nak berkeyakinan tinggi juga laa dengan mengatakan yang aku ni memang boleh menjadi seorang pendengar yang baik dan mampu memberi respond terhadap penceritaan orang jenis ini.. walaupun mungkin pasangan kau tu tidak menepati langsung citarasa aku tapi aku tahu kau orang tengah deeply madly in love kann.. so faham lah.. bak kata papa aku, time bercinta, taik gigi rasa coklat.. wek!! serious aku tak rasa pun macam tu time tengah bercinta.. taik gigi will remain as busuk as taik gigi.. wek! Okay, tapi tu la.. aku nak cakap yang aku ni sangat-sangat baik hati dan mampu menerima cerita orang sebegini dengan redha.. haha!!

Ok.. aku ni dah la baik hati dengar cerita orang macam ni.. puaslah aku buat muka berminat walaupun ada masa aku tidak berminat.. kau nak tau apa yang buat aku sedih, it is when aku tak dapat apa yang aku bagi dekat dia in return.. bila turn aku nak cerita pasal aku pula, orang jenis ni nak tak nak jaa layan cerita aku.. dah la nak tak nak jaa layan, boleh lagi nak tambah-tambah cerita dia kira macam hidup dia lebih bagus dari aku.. okay.. bila aku dah rasa dia dah macam nak tak nak jaa layan aku, better aku stop bercerita and sebab tu aku tak suka nak jaja cerita aku sangat.. hmmm.. sedih laaa dengan orang macam ni..

Masalah dengan diri aku juga, aku memang kena sentiasa ingatkan diri aku, memberilah tanpa mengharapkan balasan.. sebab bila kita mengaharapkan balasan but then tiada balasan, memanglah sedih weh.. jangan letak apa-apa harapan terlalu tinggi kepada sesiapa pun..betul tak? Buat jaa dengan seikhlas hati di bawah lembayung pencerahan agung wajah berseri bercahaya..

Fine! Lepas ni malas dah aku nak tahu pasal orang macam ni lebih-lebih sangat sebab kau tu perfect sangatlah.. sentiasa inginkan kelainan dalam setiap apa yang kau lakukan.. aku ni typical jaa.. duit pun tak banyak.. gaji kecik jaa.. miskin tapi peduli hapa aku, aku nak kahwin juga.. Aku dah malas nak berpura-pura aku berminat dengan cerita-cerita kau.. sebab aku memang tak berminat.. aku tak berminat faham!

p/s : Aku tak berhati perut dan bf kau tak handsome langsung.. owh ye.. jangan terlalu yakin dengan apa yang kau ada dengan menjaja cerita kau sebab kita tak tahu future kita..dan mungkin ada hati-hati yang boleh terguris dengan cerita kau yang kau sendiri tak sedar.. just be thankful to Allah for whatever He gives you.. kbye!


2 comments:

cimon said...

"Buat jaa dengan seikhlas hati di bawah lembayung pencerahan agung wajah berseri bercahaya.." - LikeX100

(^v^)

p/s: sorang lagi kawan UMku kawen ari nie - tak lama lg sume msuk PIB(-G). Huhh.

Anonymous said...

org mcm ni cume nk perhatian je. kalu ko xcarik die, die yg carik ko. pasni wt dek je la. saket ati sndri je. g tgk movie lgi best :D