orang tengah stalk

Monday, July 1, 2013

Kita sebenarnya insan yang kuat!

Tarikh hari ini, dalam sejarah, setahun yang lepas, ialah hari pertama aku menjejakkan kaki ke office baru. Semuanya serba baru. Suasana kerja baru, pejabat baru, management baru, rakan sekerja baru dan cara kerja baru. Semuanya BARU! Aku mengaku aku agak mengalami kejutan budaya kerana perubahan suasana yang mendadak di tempat kerja pada hari itu.

Di saat aku mula untuk membiasakan diri dengan suasana seakan-akan henjutan paradigma di pejabat baru, saat itu juga pekerjaan suamiku pada ketika ini memerlukan dia pergi outstation banyak kali. Boleh kata dalam sebulan, 10 hari je la kot duduk rumah. Melampaukan? tapi benar! 

Aku memang manja, memang mengada-ngada. Aku tak boleh jauh dengan suami. Tetapi apa boleh buat. Bila dia pergi outstation, setiap hari-hari tanpa suami, aku gagahkan jua diri, bangun pagi, bersiap-siap ke tempat kerja. Dalam hati sesungguhnya kerinduan yang menebal. Terlalu melampau aku katakan, sampai lemah kepala lutut aku sebab rindukan suami. Duduk buat kerja dekat office pun merindu.

Hari ini dalam sejarah juga, aku sangat tertekan dengan cara AGM dan manager aku mengemudi unit kami. Sungguh kurang bijak pada aku. Aku tak tahu apa yang berada dalam fikiran mereka. Adakah mereka merasakan yang apabila mereka merumitkan sesuatu keadaan yang mana akan melibatkan kerahan kerja yang banyak maka adakah itu melambangkan mereka rajin bekerja dan layak digelar pekerja cemerlang? Ya.. itu lah mereka di sini pada ketika itu!

Pada ketika ini, aku sungguh tertekan dengan AGM, manager dan juga suami yang sentiasa jauh. Aku tahu aku mengada-ngada. Pernah juga aku mengalami insomnia kerana terlalu memikirkan tahap kemerepekan ini. Perasaan ingin menjadi suri rumah juga membuak-buak.

Hampir setahun aku menahan.. ceh tak sampai setahun. Akhirnya suamiku berjaya bertukar ke tempat kerja yang lebih dekat dan tak perlu pergi oustation. Allah sahaja yang dapat merasakan betapa lega dan bersyukurnya aku kerana sudah tidak berjauhan lagi dengan suami selepas ini.
Rezeki suamiku. Bersyukur sangat-sangat.

Hampir setahun mengharungi cabaran melayan karenah management yang suka bermain dengan complexity when there was simplicity, maka pencen juga AGM tua itu. Maka mendapatlah kami AGM baru yang muda dan sangat-sangat tidak suka orang masuk meeting lambat dan tidak suka meeting lama-lama dan tidak suka staff dia buat kerja tidak berfaedah. Satu lagi perkara yang aku patut bersyukur. Seriously bersyukur. Sejak dari itu, aku mempunyai banyak masa untuk mendalami apa sahaja ilmu tanpa diganggu manusia complex! Lebih banyak masa aku dapat gunakan untuk meleraikan apa yang aku tak faham mengenai produk-produk syarikat selama hampir setahun aku buntu dek complexity. Aku bersyukur.

Keguguran pada March'13 hari itu, jiwa tertekan. Namun aku bersyukur. Banyak pengajaran dari pengalaman keguguran itu. Teramat banyak! Terkadang, dalam jiwa yang spoilt, ada terselit perasaan bangga sebab aku boleh mengharungi perasaan sedih ini. Bukan semua orang dapat rasa. I am the chosen one!

Selamat pindah rumah baru, rumah atas tanah. Sudah tidak perlu menaiki tangga. Aku bersyukur.

Hari ini, 1/7/13, aku masih di office, genap setahun aku berkhidmat di unit ini. New AGM, new direction that worth working out for.

Aku survive! Aku sebenarnya manusia mengada-ngada yang kuat! Sungguh tak ku sangka! Apa lagi yang aku nak? Allah dah memberi terlalu banyak! 


Now i got it! apa yang patut aku pinta ialah KEKUATAN untuk menghadapi segala ujian dari Allah. Nampaknya Allah bagi kekuatan tu. Aku rasa lah.. aku survive kot!

Kbye~


1 comment:

cimon said...

Chayo'x2!! (^_^)