orang tengah stalk

Tuesday, October 4, 2011

Lagi Benda Meluat Tetapi Speechless Sebab Kalau Kita Bersuara Kita Terkadang Boleh Sounds Sangat Bodoh..

Meluat betul aku dengan statement orang:

"Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah dicari.."

ada lagi..

"Time susah kau cari aku, time senang kau lari tinggal aku.. harkkk tuih!"

hoi...!!!

Siapa suruh time kau susah kau tak cari aku!! tuihhh kat muka kau balik!!! tuih! tuihtuih!! Dan percayalah, bila kita susah, kita tend untuk menjadi emo yee.. kawan buat muka pelik sikit dah kata kawan tak mau tolong.. mintalah tolong elok-elok, slow talk.. kalau berkesempatan, confirm boleh tolong wehh.. aduiiii..

Bye..


Monday, October 3, 2011

Antara Perkara Remeh Yang Boleh Trigger Kemarahan Aku..

1) Getah urat dekat atas lantai atau di mana sahaja asalkan dia tidak layak berada di situ.

Alah, getah urat, getah yang orang guna nak bungkus nasi lemak tu.. aku memang pantang tengok dia duduk dekat atas lantai ke atas meja ke... memang aku ambil dan buang dalam tong sampah terus! Annoying sangat but aku memang susah sangat nak explain kenapa.. getah urat sangkut dekat tombol pintu or tombol drawer pun aku pantang gak tengok.. memang aku ambil, aku buang!! Bagi aku, sangat-sangat mencacatkan pemandangan kot..

2) Pintu jamban tak bertutup.

Kalau kau masuk dapur, lepas tu kau sedang menikmati hidangan ayam goreng peha yang amat sedap dan rangup tiba-tiba kau terpandang mangkuk jamban.. amacam? So, sila pastikan pintu jamban anda sentiasa bertutup dengan sangat rapat yee..

3) Pintu bilik tidur yang tak bertutup dengan rapat.

Pintu bilik aku, kalau terkuak setengah inci pun aku dah tak boleh terima.. tambah-tambah kalau aku tengah tidur, dan terpaksa dikejutkan kemudian orang yang kejut aku tu, turun bawah tanpa menutup pintu dengan rapat, maka aku akan menjadi sangat marah lalu aku bangun dan..................menutup pintu.. dan sambung tidur.. tak boleh dengar pergerakan udara dari luar.. hahahah!!

4) Bunyi isi air dalam bekas kosong.

Macam nak toreh-toreh pokok getah bila dengar bunyi air yang memenuhi bekas kosong. Dulu, dekat office, aku pernah duduk sebelah water cooler. Orang lalu lalang isi air dekat sebelah aku, so kau orang boleh bayangkan tak tekanan aku dengar bunyi tu?? Kau orang tak faham kot..

5) Kereta tak ber'service'.

Ini memang boleh effect mood aku gila-gila punya.. kesian dekat kereta.. kalau dah sampai masa aku kena pergi service kereta dan aku tak pergi atas sebab-sebab tertentu, maka aku memang senang rasa nak marah.. pape je la.. pada aku, biar pokai service kereta jangan pokai nak repair kereta akibat tak pernah pi sevice kereta..


Eh.. banyak lagi nak type ni.. tapi cukup la.. malas dah.. hihihi..

Bye!




Thursday, September 29, 2011

Benda Yang Memang Tengah Buat Aku Rasa Fucked Up Sangat Semenjak Dua Menjak ini....

Tak tahulah kau orang setuju dengan aku ke tidak kan, tapi aku rasa masa yang bergerak memang dah banyak merubah segala macam perkara dalam hidup kita ni.. sedari kita dilahirkan dan selari dengan perjalanan hidup kita melalui fasa-fasa kehidupan, tanpa kita sedari, setiap fasa yang kita lalui itu, kita akan mendapat dan pada masa yang sama akan kehilangan sesuatu yang mungkin kita suka dan kita tidak suka.. haaaaaa... complicatedkan ayat aku.. lantak kau orang.. hehe..

Klasifikasi terhadap fasa-fasa kehidupan ni agak subjektif.. sebagai contoh, aku ambil fasa-fasa kehidupan yang berubah-ubah dari segi umur yee.. masa berumur 20 tahun, budak-budak, single mingle lagi, so lepak-lepak, huhahuha dengan kawan-kawan, dengan scandal, dah nama pun single kan, setiap masa nak keluar lepak dengan depa.. memang BFF laa.. apa-apa jaa share sama-sama.. setiap masa ada untuk dia, dan dia ada untuk kita..

umur 22, habis belajar, masuk kerja, kenal kawan baru.. hari-hari keluar makan sama-sama, share macam-macam.. fasa baru ni.. kawan lama yang kurang kental, sentap, cakap kita dah tak ingat dekat dia.. aduiii.. lagu mana nak buat ni..

Masuk umur 23, dah ada boypren pula dah.. sayang bukan main dekat dia.. commit tak hengat punya.. dah sekarang ni fasa baru la ni pada aku okay.. dah kena bahagi mana nak keluar dengan BFF, mana nak keluar dengan boypren pula.. aduiii.. keluar dengan boypren teringat dekat BFF, dia dok makan apa la kan? selama ni dok makan dengan kita.. keluar dengan BFF teringat boypren.. rindu boypren so much pula dah.. BFF pula, kalau dapat yang tak berapa nak faham, confirm tuduh kita lupa ke dia.. lagi worst kalau boypren cakap kita dok busy keluar dengan BFF pula.. aduiiii.. pening.. pening..

Aku nampak, semakin kita tua dan perlahan-lahan dimamah waktu, janganlah kita tidak pernah untuk expect sesuatu itu untuk tidak berubah langsung kerana itu akan amat-amat mengecewakan hati sanubari.. sedangkan dari hari ke hari muara sungai boleh terhakis dan membentuk bentuk muka bumi baru, inikan hati manusia..

So macam inilah, sekarang ini, aku sayang semua orang yang sayang dekat aku.. aku tak boleh hidup tanpa kawan-kawan dan juga tanpa lelaki yang bertakhta di hati.. aku sayang dua-dua.. sayang gila babi okay.. tolonglah percaya..

Bye semua..

Sunday, September 25, 2011

Silakan Muntah Hijau..

Cepatlah sikit kahwin weh!! Penatlah nak duduk jauh-jauh, rindu-rindu.. tak boleh peluk-peluk, duduk kena renggang-renggang.. asal rindu jaa dah nak kena pakai cantik-cantik, masuk dalam kereta, tekan pedal minyak pergi fetch pasangan yang duduk sangatlah jauh dari rumah kita.. lepas dah pergi jalan-jalan, dah nak kena hantar anak orang tu dekat rumah semula.. kalau malas nak jumpa, tahan je la rindu.. makan rindu sumbat-sumbat dalam mulut lepas tu telan tak yah kunyah-kunyah dah.. selagi tak nikah, haa lagu tu laa hidup kita kepada kita-kita yang memilih untuk hidup sebegini.. kesian sungguhlah keadaan sebegini.. macam kesian sangat kepada mereka-mereka yang terpaksa menghadapi situasi sebegini espacially kepada pihak yang harus mengambil dan menghantar anak orang itu.. penat tau!! semoga kita dan pasangan sentiasa menjaga kesucian perhubungan dan akan sayang-sayang antara satu sama lain sampai forever and ever la yee.. barulah berbaloi kepenatan kita ini.. :)

Macam dah nak termuntah hijau ke hape entry aku ni kan??? hahahhahha!!!

Bye!

Sunday, September 11, 2011

Dilarang Mencarut-carut Secara Obvious...


Aku ni kan geli dan betul-betul dengan seikhlas hati geli dengan budak-budak yang bercinta lepas tu guna kata ganti diri 'papa' and 'mama'.. nak muntah darahlah aku rasa.. tolong!!

Tapi aku suka juga nak annoy diri aku sendiri dengan membaca status budak-budak kecil tu.. haishhh..

Hey budak!

Comel kan haiwan di atas? :)


25 Tahun Dah Ke???!!!!! Ish!!

10/9/2011, genap umur aku 25 tahun.. rasa macam tua dan nombor itu sangat kejam.. jiwa aku masih berumur 22 tahun.. kejap gila weh dah 25 tahun!! Apa yang aku dah lakukan sepanjang umur aku nak boleh sampai ke 25 tahun tu eh? Macam tak buat apa-apa jaa.. hmmm...

Dekat facebook orang wish aku, banyak sangat, ada wishes yang sweet, ada yang kelakar, tersengih-sengih macam kerang busuk aku baca, tak sangka aku ada banyak kawan-kawan yang sweet dan adorable.. sesetengah orang akan cakap, "eleh, kalo tak dak birthday's reminder dekat FB tu mampuih kau orang tak wish kan?" tapi kan pada aku, itu semua tak penting, effort seseorang nak type birthday wishes tu yang buat anda-anda dan aku (yang bergantung kepada b'day reminder itu juga.. :P) sebagai seorang yang sangat sweet. Sayang kau orang okay.. (^_^)v

Yang sms pun ada.. many thanks to all.. tak terucap dan tertype laa.. kira you guys know who you are la kan.. :)

Bye..

Wednesday, September 7, 2011

BARU SEMALAM AKU P TREATMENT RAMBUT SAMPAI BERRATUS-RATUS RINGGIT, HARI NI DAH BUAT HAL SEMULA DAH RAMBUT NI!!!

Serious rasa macam nak mencarut-carut.. tapi macam tak manis ye tuan-tuan dan puan-puan... .
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
..
.
.
.

bodoh! bodoh!! vavi!!! (vavi macam comel sikit.. )