orang tengah stalk

Tuesday, September 17, 2013

You don't have to believe in God in order to go to heaven

Pagi ni berborak dengan my Buddha friend.

Aku beritahu dia, kita ni dah tua-tua, kena banyak beribadat.. Dekatkan diri dengan tuhan.

pastu tiba-tiba dia cakap

"you don't have to believe in God in order to go to heaven"

alamak aih.. dalam sungguh makna ayat nya tu.. tak paham den.

hmmmm.. tiba-tiba aku macam lost my words.. nak lawan takut.. sebab dia macam warak la juga dalam  beragama. Sebelum aku tersilap langkah, diam lagi baik.. sambung buat kerja atau pun tuntut ilmu lebih lagi..

Lepas tu dia cakap lagi, orang sekarang buat baik bukan datang dari hati tapi sebab nak balasan masuk syurga. His words memang betul-betul buat aku berfikir tapi tak sempat nak fikir jauh-jauh sebab kena masuk meeting pagi ni.. 

Tapi untuk waktu yang seketika, terlintas juga difikiran aku, aku ni jenis orang yang macam tu ke?

Lepas aku keguguran hari tu, terkadang jiwa aku boleh jadi sangat spoil. Tiba-tiba aku boleh terima kenyataan. Terkadang aku marah dengan nasib diri. Berbolak balik hati ini.

Jadi aku ambil keputusan untuk dekatkan diri dengan Allah. Hasilnya, aku tenang.. serious tenang.. bila aku terapkan rasa penuh kehambaan kepada Allah dalam diri, aku dapat rasakan semua yang aku ada sekarang amat sudah mencukupi, yang susah nampak mudah, yang sempit nampak lapang, yang hitam nampak putih, yang sedih jadi gembira. Mashaallah.. 

Dalam hidup kita ini, kita tidak punyai apa-apa melainkan dengan dengan izin Allah. Kebahagian, rezeki semua kepunyaan Allah. 

Mashaallah.. sangat indah perasaan tu.. 

Balasan syurga tu, itu bonus dari Allah la kan.. Ini ke yang dipanggil 'inner peace'? Orang Buddha pun percayakan 'inner peace'. Tapi aku islam dan akan kekal islam sampai hujung nyawa. :)

Jadi wajarkah perlu ada istilah "berlumba-lumba" dalam melakukan amal kebaikan? untuk apa "berlumba-lumba" itu? Macam stressful sangat perkataan "berlumba-lumba" tu pada aku.. slow and steady ok.. yang penting istiqamah :)

Please help me kepada sesiapa yang rasa-rasa ada pencerahan.. aku akan google tapi kejap-kejap lagi la..

kbye~


Tuesday, September 10, 2013

27

Alhamdullilah..

I turn 27 today.

Alhamdullilah..

Thursday, August 29, 2013

Soal Wanita : Masalah Keputihan & Cukuran

Ok, ini ialah satu info yang amat berguna untuk wanita yang mengalami masalah keputihan.

Keputihan memang masalah biasa bagi para wanita. So tak perlu explain panjang mengenai keputihan dalam entry ni. Kau orang boleh google juga untuk lebih detail.

Tapi aku just nak kongsi satu cara merawat keputihan yang aku baru tahu dari my gynecologist masa aku jumpa dia hari tu.

Kita selalu mencukur rambut alat kelamin kita kan? Haruslah.. for hygiene purposes kan..

Pada mulanya, aku ada mind set yang, ok, kita kena cukur sampai licin tanpa sehelai rambut pun. Barulah bersih. Pada mulanya aku rasa, kuman akan melekat pada rerambut di alat kelamin dan sebab itu akan merebak ke dalam miss V kita. 

Ternyata aku silap!!! Doktor geleng kepala.. haha!!

Sepatutnya, kita tak digalakkan untuk mencukur sehingga licin, sebaliknya hanya sekadar trim menggunakan gunting. Tinggalkan rerambut dalam keadaan pendek sahaja.

Mengapa??

Haaa.. cukuran yang bersih licin akan membuka liang-liang pori pada kulit vagina dan apabila keputihan kita keluar, ia akan menyelinap masuk ke dalam liang pori yang terbuka itu maka kuman dari keputihan akan tersimpan di situ. Makanya bila nak baik kan? sebab itu la kalau setengah wanita boleh perasan, selepas bercukur, akan tumbuh biji seakan-akan jerawat. Ini kerana liang pori di kawasan biji itu telah dijangkiti kuman.

Jadi, mulai hari ini, beli la gunting dan trim sahaja ye wahai wanita seluruh dunia.

Sayangilah miss v anda dan suami anda  :) 

kbye~

Monday, August 26, 2013

Apa dia ni?

Raya Aidilfitri yang lepas, aku pergi berziarah ke rumah kawan ayah aku di Perlis.

Sampai-sampai, perut memang tengah kosong, tuan rumah masak mee kuah dengan mihun goreng.

Menu biasa tetapi sedap tak terperi.

Sedang menjamu selera, parents aku sibuk  berborak dengan tuan rumah.

Berbagai-bagai topik mereka bincangkan. Aku, suami dan adik-adik buat tak tahu tetapi ada juga curi-curi dengar.

Topik perbualan mereka sampai kepada perihal anak sulung tuan rumah yang baru graduate. 

Ada gambar graduation di dinding. Gambar terima scroll.

Anak tuan rumah terima scroll dan bertudung manakala menberi scroll ialah wanita educated yang tua dan free hair. Level professor la kot. Penaung atau penasihat akademik Universiti ke.. VIP la yang penting.

"owhhh tu la gambaq anak hangpa time graduate hari tu?"

Parents aku tanya.

"Haaa laa.. tengok la yang hat dok bagi scroll tu (wanita VIP), belajar pandai tapi tak pakai tudung" 

Tuan rumah pula jawab balik.

Dalam hati aku dah macam, apa makcik ni? belajar pandai kena pakai tudung ke? pandai akademik tak semestinya dia tu pandai agama makcik wehhh.. aduiii..

ceyyyyy padahal aku cam sentap sikit, sebab time aku receive scroll dulu pun aku tak pakai tudung.. siap perm rambut bagai.. haruslah stylekan rambut dihari bahagia.. 3 pointer je aku.. pandai akademik la tu.. agama je level jahilliah sikit.. 

Aku dah penat nak betulkan mentality orang-orang tua.. dah give up kadang-kadang.. maka diam, telan dan layankan je la.. terima sahaja kenyataan yang era kita berbeza..

hmmm..

p/s: Alhamdullilah, I am a better person now and Alhamdulliah, Allah bagi aku masa dan peluang untuk berubah ke arah lebih baik. Bonus for me sebab setengah orang tak sempat bertaubat dah ada yang mati accident la, mati terjun bangunan sebab putus cinta la, ada yang mati dalam tidur la.. macam-macam cara mati la..

Tuesday, August 20, 2013

Tipu #1

Aku baru lepas tipu officemate aku.
Dia tanya aku tak call bos dia ke untuk confirmkan sesuatu.
Aku kata aku dah call tapi tak angkat.
Tak angkat sebab aku call meja bos dia. 
Bos dia cuti.
Handphone bos dia aku tak call pun.
Lepas aku tipu, baru aku call handphone bos dia.
Takda masalah pun kalau aku tak tipu cuma dah terbiasa menipu maka laju je mulut aku ni menipu.
Tipu ke tu?
Padahal soalan dia bertanyakan "you tak telefon dia" itu amat general.
Telefon meja pun boleh jadi.
Aku rasa aku tipu sebab aku tau la dia maksudkan handphone bos dia masa dia tanya soalan tu.

Kbye~

Tipu

Aku ambil keputusan, setiap kali aku tidak bercakap benar aku akan post satu entry dekat blog ni.

Bye!

Tuesday, July 16, 2013

Itik Bakar

Aku terima email mengenai tawaran iftar di Menara KL dengan company's staff rate.

Aku ingat nak belanja Anas berbuka puasa dekat Menara KL bila-bila masa dalam bulan Ramadhan ni.

Sekali-sekala belanja suami. Apa salahnyakan.

Aku pun ceritalah dekat Anas perihal Iftar promotion tu.

Actually, aku dengan Anas bukan jenis suka berbuka di luar.

Kami lebih suka ke bazaar ramadhan dan sangat suka lepak dan berbuka di dalam rumah sahaja.

Lebih relaxing dan boleh sesuka hati je nak menonjolkan gaya makan yang kita mahu.

Maka terjadilah perbualan antara kami dalam kereta dalam perjalanan ke bazaar ramadhan.

Aku : Awak, saya dapat email iftar dekat Menara KL. Staff rate agak murah jugalah. Rasa nak belanja awak. Nak tak? Jom la..

Anas : Tak nak la.. saya lagi suka awak belanja saya itik bakar dekat bazaar ramadhan.

Aku terfikir sejenak, hari tu ke bazaar, memang kami ada lalu depan kedai itik bakar tu. Anas suka itik bakar tapi harganya agak mahal. Mahal like serious mahal ok! Jadi Anas tak beli. Maka kami pun berlalu pergi dari kedai itik bakar tu. Aku memang tak makan itik ok. Bau pun aku dah pening.

Aku terfikir lagi, kesian sungguh Anas, kadang-kadang terpaksa berkira untuk makanan sendiri sebab mungkin dia kena berjimat nak bagi aku makan. Apa yang aku nak dekat bazaar, dia bagi je aku ambil. Nasib baik dapat bini macam aku ni, makan simple-simple je.. hihi..

Rupanya dia teringin itik bakar tu.. kesian dia..

Macam mana nak cakap eh, aku tak reti nak buat ayat.. huhu..

Kadang-kadang, kita begitu yakin dengan memberikan sesuatu hadiah yang mahal untuk pasangan akan membuatkan pasangan kita gembira dan bahagia. Sedangkan kita patut pertimbangkan apa yang pasangan kita suka dan perlu. Siapa yang tak bahagia bila dapat benda yang kita mahu dan suka kan?

Dalam kes ini, Anas jenis tak suka berbuka di luar. Dia teringin itik bakar. Maka aku..

Aku : ok laa.. ok laaa.. nanti saya belanja awak itik bakar ok :)

Anas diam.. tanda excited terlebih dalam hati la kot :P

Macam aku juga, aku prefer kau orang belanja aku makan roti canai + teh ais dekat mapley dari bawa aku makan sushi king.

Ok bye~