orang tengah stalk

Tuesday, September 17, 2013

You don't have to believe in God in order to go to heaven

Pagi ni berborak dengan my Buddha friend.

Aku beritahu dia, kita ni dah tua-tua, kena banyak beribadat.. Dekatkan diri dengan tuhan.

pastu tiba-tiba dia cakap

"you don't have to believe in God in order to go to heaven"

alamak aih.. dalam sungguh makna ayat nya tu.. tak paham den.

hmmmm.. tiba-tiba aku macam lost my words.. nak lawan takut.. sebab dia macam warak la juga dalam  beragama. Sebelum aku tersilap langkah, diam lagi baik.. sambung buat kerja atau pun tuntut ilmu lebih lagi..

Lepas tu dia cakap lagi, orang sekarang buat baik bukan datang dari hati tapi sebab nak balasan masuk syurga. His words memang betul-betul buat aku berfikir tapi tak sempat nak fikir jauh-jauh sebab kena masuk meeting pagi ni.. 

Tapi untuk waktu yang seketika, terlintas juga difikiran aku, aku ni jenis orang yang macam tu ke?

Lepas aku keguguran hari tu, terkadang jiwa aku boleh jadi sangat spoil. Tiba-tiba aku boleh terima kenyataan. Terkadang aku marah dengan nasib diri. Berbolak balik hati ini.

Jadi aku ambil keputusan untuk dekatkan diri dengan Allah. Hasilnya, aku tenang.. serious tenang.. bila aku terapkan rasa penuh kehambaan kepada Allah dalam diri, aku dapat rasakan semua yang aku ada sekarang amat sudah mencukupi, yang susah nampak mudah, yang sempit nampak lapang, yang hitam nampak putih, yang sedih jadi gembira. Mashaallah.. 

Dalam hidup kita ini, kita tidak punyai apa-apa melainkan dengan dengan izin Allah. Kebahagian, rezeki semua kepunyaan Allah. 

Mashaallah.. sangat indah perasaan tu.. 

Balasan syurga tu, itu bonus dari Allah la kan.. Ini ke yang dipanggil 'inner peace'? Orang Buddha pun percayakan 'inner peace'. Tapi aku islam dan akan kekal islam sampai hujung nyawa. :)

Jadi wajarkah perlu ada istilah "berlumba-lumba" dalam melakukan amal kebaikan? untuk apa "berlumba-lumba" itu? Macam stressful sangat perkataan "berlumba-lumba" tu pada aku.. slow and steady ok.. yang penting istiqamah :)

Please help me kepada sesiapa yang rasa-rasa ada pencerahan.. aku akan google tapi kejap-kejap lagi la..

kbye~


2 comments:

The Tea Drinker said...

berlumba2 yang kita lihat tu sebenarnya bergegas. jangan lengah2kan dalam hendak buat kebaikan. bila nak buat kebaikan nafsu melawan dan syaitan pun start bisik macam2. jadi kalau dilengah2kan, boleh jadi terus cancel.

istiqamah itu luas tempat gunanya,yang saya selalu baca dipesan janganlah kita biar hari ni sama macam semalam. biarlah sentiasa ada improvement. sebab kena ada juga istiqamah dalam memperbaiki dan memperelokkan diri.

Neon_95 said...

tp mmg ada dlm ayt alquran sruh kita blumba2 buat kbaikan.

Fastabiqul khairat
(al-baqarah 2:148)