orang tengah stalk

Sunday, May 30, 2010

Kerana Hutang, Engkau Lebih Teruk Dari Keldai Tua

Aku ada seorang kawan yang lembut sangat hati dia.. pantang membe nak pinjam duit sikit lantas diberi nya..walaupun dia tahu makhluk asing yang meminjam duit tu memang dari jenis species yang liat nak mampus bayar hutang atau bukan tahap liat dah..tahap macam duit tu dah macam bapak dia punya..

Menurut penceritaan kawan aku tu, masa makhluk tu nak meminjam, bukan main manis lagi janji-janji manis ditabur nya, kira macam sedap+sejuk jaa hati si yang nak kasi pinjam tu mendengar nya..lalu kawan aku ni pun kasi la pinjam..yang si makhluk asing ni pula, pinjam bukannya rm 2-3 tapi sampai makan ratus laa kann..manalaa kawan aku tu tidak hangin satu badan jika engkau tidak membayar hutang nya??!!! Bahalol la luu makhluk asing!!

Kawan aku ni aku kenal laaa..dia ni bukan laa orang senang..tapi lembut sangat hati dia..aduiii..aku yang lebih2 tension ni..haha! Time dia senang, kawan dia memang datang la pinjam duit..dah pinjam, dan bila dah tiba masa nk bayar hutang, si bahalol ni buat senyap jee..Contact tak jawab..alasan prepaid habis yeee.. hey keldai, kalau kau berhutang dan orang dah cari kau untuk bayar hutang tapi engkau lari, alasan prepaid habis, tak boleh ke kau pinjam kredit mak or bapak or adik beradik kau or kawan kau yang lain untuk explain your situation..kau tau tak kalau kau senyap, kau tu tak ubah macam keldai tua lepas tu air liur meleleh2 jatuh atas tanah??!!

Bila aku suruh kawan aku ni marah, kawan aku ni macam malas je nak terhegeh2 dengan bahalol liat bayar hutang tu..tapi aku tau kawan aku ni pun tengah sesak..kesian dia..Aku nak tolong pun, aku pun sesak..hehe..

Tak kisah laa kalau kau tak da duit nak bayar hutang kau semula..tapi jangan la lari bila kawan aku ni cari kau..kalau tak da duit, expain laa..kawan aku paham..dia baik..tak pun kau bayar laa ansuran..biar nampak la sikit yang kau tu seorang hamba Allah yang bertanggung jawab terhadap hutang yang telah kau buat..

Ingat..buat baik dibalas baik.. :)

Di sini aku dah google and carikan doa supaya kita senang bayar hutang..untuk kita semua..






No comments: