orang tengah stalk

Wednesday, March 13, 2013

Berita Keguguran Saya_Part 2

Entry ini akan lebih berkisar kepada pengalaman aku di wad di hukm dan pengalamam semasa DnC.

So, as per agreed, aku, hubby and nenek aku pun seawal pagi lagi dah pergi hukm. Konon kalu pergi awal, boleh cuci cepat and balik cepat. 

Sampai je hukm, tunggu sampai 2 jam lebih baru dapat jumpa doktor.. kemudian doktor arrangekan aku masuk wad.. and hanya waktu melawat je boleh jumpa family..aduiii.. kena warded juga ok.. benda yang paling aku taknak ialah tidur sorang-sorang tanpa hubby di sisi.. serious benci.. tapi nak buat macam mana kan.. aku just nak cuci cepat and belah dari hospital ni cepat-cepat.. trauma! tak suka hospital..!

Masa nama aku nurse panggil untuk kemasukan ke wad, aku, hubby and nenek pun bangun la untuk ke wad.. nurse tu tanya mana satu nurul anida, sebab dia pelik takdak sorg pun yang nak duduk dekat wheelchair yang dia bawa tu.. rupanya pesakit nak masuk wad akan kena tolak dengan wheelchair.. apa ni weh!! aku tak suka betul la tolak-tolak wheelchair ni.. aku boleh jalan sendiri.. serious meluat.. tapi aku takmo la bagi nurse tu mkn gaji buta maka aku pun duduk la.. bapak laju nurse tu tolak aku.. tak terkejar dek hubby and nenek aku... sampai dekat lif, nurse tu cakap dekat nenek aku 

"makcik, makcik jalan la slow-slow, tak perlu ikut saya, saya tolak laju.. " 
"awak sepatutnya tolak nenek saya bukan saya" aku pun reply la balik.. lepas tu kitrg gelak-gelak dalam lif..

Sampai dekat katil, doctor dtg drip tangan aku, sakit tak terkata, 4 kali ok ambil darah aku.. alasan darah aku xnak keluar.. menangis aku dibuatnya.. husband just pandang and gelak kan aku.. amboiiii.. gelak ehh.. tapi better dia gelakkan, at least ego & kental sikit hati aku nak tunjuk dekat dia yang aku ni bukan lembik.. huhu..

Aku kena puasa sebab lagi 2 jam nak masuk OT dah.. nervous tuhan sahaja yang tau.. tapi sebelum tu doctor dtg masukkan ubat dalam vagina sebab nak kasi bukak pintu rahim aku sikit.. dia kata aku akan rasa macam senggugut sikit.. aduiii.. serious tak berkenan betol laa sakit senggugut ni..  tapi tunggu punya tunggu tak sakit-sakit juga.. cuma discharge sahaja keluar banyak sangat tak terkata.. bleeding langsung takdak..

Tak berapa lama, nurse datang suruh aku tukar baju nak masuk OT. Sakitnya nak tukar baju bila tangan ber'drip'.. sakit yang amat.. first time kena drip la kata kan.. masa tengah bersiap-siap ni dah habis waktu melawat dah tapi nenek and hubby x balik, depa tunggu dekat luar.. kesian diorg.. masa ni rindu sangat dekat hubby and nenek.. kesian kat nenek sebab kena tunggu, dia bukan nya larat sangat..

Nurse pun tolak katil aku ke OT, nenek datang cium aku.. tapi hubby aku time tu p mana tah aku pun x tau la.. hahaha.. terlalu nervous nak masuk OT.. first time..

Sampai dekat OT, perghh!! serious trauma.. sebijik macam dalam drama.. lampu besar-besar.. bunyi alatan-alatan besi.. serious benciiiiieeyyy..

Doctor bius separuh dan diorg start cuci.. tak sampai 15 minit dah siap.. sekejap je cucinya.. tapi nak tunggu bukan main lama.. haduiii.. lepas cuci depa tak terus hantar aku ke wad tapi diorg letak aku dekat luar OT untuk monitor aku selama setengah jam.. lega sangat dah selesai.. tak lega jugak sebab kebas dari perut ke bawah tak hilang lg.. rasa x best sgt.. 

dah stable semua, nurse tolak ke wad.. masa tu nampak nenek and hubby.. yeayyyy.. sayang uolzzz.. kesian diorg tunggu lama.. masa tu dah pukul 5pm kot..  so diorg dah boleh masuk dalam wad teman kan aku..

lega sangat.. dapat tgk muka hubby and nenek.. pukul 7 mama and papa sampai.. sebab diorg kerja hari ni.. pukul 7.30pm waktu melawat pun habis.. mama, papa and nenek dah balik dl.. tinggal hubby and me.. tepat 7.30pm, pengunguman suruh pelawat keluar.. sedih bila hubby nak balik.. rindu gilaaaaaaa.. first time bermalam kat wad sorg2.. (T_T)..

Malam tu, sejam sekali hubby mesti call.. tanya aku tak tido lagi ke?? wahhhh,, terasa macam zaman-zaman sebelum kahwin.. sikit-sikit call.. huhu.. malam tu juga, bila ubat bius habis sepenuhnya, mula aku rasa sakit macam sengugut, tapi tak teruk pun, tak teruk pun tapi tak boleh tidur juga dibuatnya.. sebab tak selesa dengan kesakitan tu.. bak kata doktor, ubat bius tu akan bertahan dlm badan selama 6 jam.. selama 6 jam tu.. memang lumpuh tp slowly akan back to normal la.. lega bila dapat bangun sendiri and bangun pergi toilet sendiri..

Malam tu juga, beberapa org kawan wanita, msg aku tanya khabar.. wuuuu.. terharu.. at least hilang juga kebosanan..

Esoknya.. at 1pm, hubby and nenek datang ambil aku.. yeayyy nak balik.. tak sabar nak balik sangat..

cuba teka.. kos yg perlu aku and hubby tangung:

2 hari warded + cuci  = RM500

ok la kot.. so apa lagi.. kami pun share la duit.. sharing is caring right.. baru loving.. aku pun tahu, suami aku bukan bergaji besar pun.. maka kami dahulukan duit kami dan aku akan claim dekat pmcare nnti.. forsure!

so balik rumah, pantang macam biasa.. tak mkn benda sejuk and tak byk bergerak.. tp sekali sekala tak tahan, minta izin hubby nk minum air sejuk sikitttttttttttttttttttttttt je.. fuhhh.. lega..

I love you hubby.. i love you nenek.. i love you my family and friends...

Owh.. 6/3/13 aku balik rumah and 8/3/13 tak sabar nak pergi jalan-jalan bersama hubby.. oooo.. i is so tak sedar diri kan.. tak reti-reti nk berehat.. huhuhu..

next entry aku akan cerita mengenai destinasi bulan madu kami sempena our 1st year wedding anniversary  :) 


2 comments:

ezamy said...

salam ..saya nak tanya..hukm ade dua kan..kerajaan dan swasta...awak amik treatment kat yang mane satu yek?? saya seriau jugak ni sebab minggu depan nak kene wat dnc huhuh

Menyusur Akar Secara Senyap said...

Hi Ezamy,

I am not sure about that tapi what i know, ini apa yang nurse sana inform me la, hukm is semi gov.

And on the treatment, my friend yang ada akak ipar as the MO there, inform that, hukm ada ward biasa yang macam i and ada gak yang private wings.

Private wings ni macam VIP ward la, ur hubby and family boleh teman you overnight and mahal sikit. Tapi u kena ada GL la and bak kata nurse tu lagi kena booking awal.. derhhh!! i pun x phm apa maksud die kena booking awal, sebab mana kita nak tau kita saket bila kan??? mental je!

Dont worry Ezamy, DnC to tak sakit pn.. bius kan.. huhu.. tp lepas operate tu ada la saket2 skit... dependent on how many months your pregnancy is la.. kalo dah berbulan2 lagi la sakit kot..

Doa banyak2 k.. :)