orang tengah stalk

Monday, April 22, 2013

Kuali

Sangat annoying bila kau beli kuali macam di bawah ini, itu bukan kuali aku, aku dapat dari google image. Tapi lebih kurang kuali baru aku juga la..


Apa yang cuba aku sampai kan di sini?

Cuba korang perhatikan, kebanyakan kuali di pasaran, tak semua tetapi kebanyakan je ok, depa suka hati pergi tampal sticker company dekat tengah-tengah atau dekat bahagian dalam kuali. Sticker tu pula melekat kuat dekat permukaan kuali tu. Sampai rosak kuku mak bila terpaksa kuis-kuis sticker tu. Tak kan mak nak goreng ikan dengan sticker itu terendam dalam minyak panas kan.. kesian suami mak nanti makan ikan goreng sticker.

Sebagai wanita bekerjaya pada isnin-jumaat dan suri rumah sepenuh masa pada hujung minggu, aku sangat tidak boleh tolerate dengan perkara sebegini dimana masa aku dihabiskan dengan mengkuis-kuis sticker itu sampai tertanggal bersih tanpa sebarang kesan pada kuali.. ternyata sekeras mana usaha mengkuis, memang sticker boleh tertanggal namun kesannya masih tampak kelihatan.. sangat geli untuk menggoreng ikan di atas kuali itu..

Lalu aku pun mengadu dekat husband dengan sangat kronik juga memek muka aku akibat terlalu tertekan dengan approach pengusaha kilang melekatkan stickernya di kuali itu..

Aku : blanblabalnalkbalablabnabla#@$#%#$ 
Anas : Laaa ye ke... cuba tuang sikit minyak masak yang dah pakai.
Aku : boleh ke?

Aku pun try.. and what a surprise man!! memang tertanggal bersih tanpa sebarang kesan sticker.
Macam ni, korang tuang sedikit minyak masak yang korang buat goreng ikan tu kan, lepas tu sapu perlahan-lahan dulu selama 30 saat, lepas tu ambil sponge dawai, sental la.. tak perlu sental ganas-ganas pun, lembut-lembut ja terus keluar.. lepas tu bilas dengan sabun cuci pinggan.. haaa.. berkilat tau kuali i senahhh!!

Cuba la kalau tak percaya!

kbye~



1 comment:

Hadramawt Kingdom said...

such a brilliant husband u have!haha. itula perempuan..kecoh saja!:D