orang tengah stalk

Friday, December 14, 2012

Apa masalah kau ni??

Aku dan member lunch dekat Belamy tadi.. dalam pukul 12.30pm kami gerak, lapar sangat-sangat.. sampai belamy, order nasi goreng ayam dengan teh ais.. wahhh sedap sangat.. 

Lepak, borak-borak, azan berbunyi, senyap sekejap, sambung borak lagi..

Restoran dah lengang sebab most man dah pergi solat jumaat, bertambah-tambah best we all borak-borak kan..

Suddenly my friend bersuara, "eh diorg tak pergi solat ke weh??" referring to those guys yang tengah bermuka punggung duduk makan-makan and borak-borak lagi.. padahal orang dah lama start solat jumaat..

"alaaaaa.. biasalah, sekarang ni ada guys yang dah tak segan silu tak solat jumaat k.." aku pun jawab.. 

owh serious, ada ramai gak la yang tak solat dan masih berada di restoran itu, tak kurang juga ada yang baru nak masuk duduk makan, wehhh.. apa masalah kau ni??? malu mana malu??? kalau aku jadi kau, aku lepak sat dalam kereta.. dah pukul 2, aku keluar la.. konon-konon baru sudah solat.. yek!

Sampai office dalam 1.40pm, singgah kantin sekejap beli buah-buahan untuk kunyah time buat kerja, sampai entrance kantin, ada 3 orang mamat, lepak depan kedai, agaknya depa segan tengok aku dengan member aku lalu, konon buat tengok handphone.. geli siot tengok kau orang.. tolong la weh??!! apa masalah kau ni??
Member aku yang naik wheelchair pun pergi solat ok!

Aku bukan nak jadi stereotype kind of person but aku memang dah aim orang macam mamat-mamat ni, memang jenis tak solat.. yang wajib mahupun sunat apatah lagi.. sorry.. aku akan pegang theory ni.. unless suatu hari  aku ternampak orang jenis-jenis kau, muka ala-ala kau, pecahkan tradisi.. 

Serious sedih..

kla bye!

Thursday, December 13, 2012

Aku..

Aku tak suka makan western food.. tapi kalau orang belanja.. silakan..

Aku bukan jenis berfesyen ikut trend terkini.. aku pakai apa sahaja yang aku selesa.. tapi kadang-kadang aku demoralised gak sebab tak ikut trend, kdang-kadang aku rasa aku dah macam makcik-makcik.. tapi end up aku malas nak fikir, yang penting tak busuk dan dekat rumah haruslah cantik untuk hubby..

Aku cukup tak suka dengar orang bercakap panjang lebar sebab nanti aku akan hilang fokus, lost dan bosan.. end up nya aku akan tanya semula orang lain "eh, dia cakap macam alien, so i tak boleh catch up, u boleh explain kan sikit?" and most of the time, depa semua sangat baik hati, dan sudi explain sampai aku faham..

Aku sangat tak suka buat kerja updating-updating, reporting-reporting project progress to management, aku tak reti, and aku masih rasa ianya macam sampah.. may be sebab aku dah bertahun-tahun duduk dekat operation unit yang cool, best dan simple.. 

Aku nak pergi bercuti berdua-duaan dengan husband aku.. lagi sekali..

Aku rasa macam semakin hari semakin malas nak buat kerja-kerja rumah, namun aku gagahkan diri juga sebab wehhh.. haruslah setimpal dengan mas kawin dan hantaran yang dia dah bayar kat ayah aku kan??

Aku sangat benci bila hari-hari nak kena fikir nak pakai baju apa nak pergi kerja dan kena gosok tudung.. itu belum lagi part tak jumpa baju and tudung yang tak dak matched.. rasa nak ajak husband pergi downtown time tu juga nak pergi cari tudung.. haih..

Hari-hari balik kerja yang bosan, kena fikir nak kena naik tangga tingkat 4.. hari-hari paksa diri untuk positive.. bila lagi nak exercise?? dasar gemok!!!

Aku rasa bila kau hisap rokok dekat restoran, dan jarak meja kau dengan meja orang sebelah sangatlah dekat, kau hembus asap rokok, berkepul-kepul, kau ialah sangat kurang ajar.. kau ialah hodoh, kau ialah busuk.. nasib baik aku tak jerit "woi!!" semalam kat kau.. nasib baik aku dah habis makan.. so aku boleh terus balik..

Aku rasa kau sweet bila kau teman isteri kau yang pregnant jumpa doktor Jumaat hari tu, tapi kau memang good for nothing bila dah  nak dekat pukul 2, kau masih duduk dekat kerusi klinik sambil main ipad.. kalau aku jadi isteri kau, mesti aku dah paksa-paksa kau belah pergi solat jumaat.. tapi may be isteri dia dah suruh kot.. 

Aku dah penat.. penat sangat.. penat apa tah aku pun tak tau la.. aku nak makan lepas tu nak solat..

bye..

Monday, December 10, 2012

Sayang Awak..

Dipertengahan waktu lena, terkadang terjaga, lalu tatap wajah sekujur tubuh di sebelahku yang sedang enak diulit mimpi..

Sayang awak..

Sambung tidur semula..

(-_-)zzzZZZZzzzzzZZZZ..

Saturday's breakfast for the two of us :)


Wednesday, November 28, 2012

Over Independent Could Be Harmful To Woman

Aku tau aku boleh buat semuanya sendiri-sendiri, aku memang lain dari perempuan lain, aku tak suka harapkan siapa-siapa pun sebenarnya.. sejak dari dulu aku rasa benda yang aku nak buat, aku akan boleh buat sendiri tanpa perlu mengharapkan sesiapa pun.. aku sangat kuat dan independent.. i am a woman with career and almost everything.. 

Namun, keburukan yang nyata aku nampak dari 'over independent' aku ni, orang lain tend to ambil kesempatan ke atas aku.. i used to 'terkena' before just because I am too dependent on myself!! Just because aku memang tak suka sesuatu benda di lengah-lengahkan.. just because aku tak suka sesuatu yang kalau aku rasa aku nak buat, aku boleh buat sendiri, aku malas nak get anybody involved in my business sebab akan melembap kan perjalanan hidup aku.. 

So sekarang, i have to remind myself, i am a woman, a woman shall depend on a man.. jangan jadi terlalu over independent kerana kelak orang akan ambil kesempatan.. serious.. kadang-kadang kena jadi manusia tak guna juga.. biar semua orang tau dan sedar tanggungjawab masing-masing. Aku percaya, sangat percaya, sebaik-baik mana orang tu, kalau hari-hari berdepan dengan orang yang terlalu baik, dia orang akan ambil kesempatan juga.. ok!!

Sebagai contoh, aku nak makan coklet, aku suruh husband aku belikan, aku tak boleh beli sendiri kaa? boleh je weh!! aku ada kereta, ada duit, boleh start enjin kereta and pergi kedai and beli coklet, tak payah tunggu husband aku balik kerja pi belikan coklet, tapi aku nak juga tunggu husband aku beli kan.. kalau dia lupa, aku akan remind la dia untuk beli kan.. kalau lupa, aku remind lagi, aku tak kan nak pergi beli sendiri.. sebab tanggungjawab dia kena kasi aku makan kan.. kalau dia lupa lagi, aku tunggu je la sampai dia ingat.. kalau dia ingat, itu rezeki aku la kan.. ini aku sekarang.. kalau dulu mungkin aku akan beli sendiri sebab nak tunggu dibelikan macam lama je lagi kan..coklet siap beli lebih lagi untuk di hadiahkan kepada semua.. so, si polan akan fikir, "owh takpe la, tak yah beli, nak take for granted la ngan permintaan minah ni.. sebab mesti si minah ni akan beli gak akhirnya..".. see!!!


Hari ni nak buat hal.. nak buat tak tau tentang apa sahaja yang bukan masalah aku .. bye!






Monday, November 12, 2012

Johnny's Style

Operasi menghabiskan daging korban bekalan ibu mertua..
 Aku hiris daging nipis-nipis, perap dengan bawang putih, bawang merah dan halia, perap lama-lama lagi sedap wehh.. lepas tu bakar dlm non-stick pan.. aku tak sure pan aku ni non-stick ke apa, but daging tak sticked pun, cuma bawang-bawang hangit je yang lekat.. tapi time nak basuh pan ni tak dak la masalah sangat.. nasib baik senang tanggal..




Wah.. terasa seperti makan di Johnny's restaurant pula..


Kbye!

Malam Semalam

Semalam, sebelum pejamkan mata untuk tidur, aku tiba-tiba menangis, rindu yang mendalam kepada papa, mama, adik-adik, nenek, rindukan my good old days.. aku menangis perlahan-lahan, sedut hingus srott sreet srott sreet perlahan-lahan, takut kantoi dengan husband dekat sebelah yang aku menangis. Entah kan bila, tau-tau aku sudah terlelap..

Sedang tidur, mimpi pula yang tidak enak. Aku mimpi husband keluar jalan-jalan tak bawak aku.. :(
Bila aku tanya dia nak pergi mana, dia tak nak bagitau.. sedih sangat.. dia terus tinggal aku terbaring atas katil seorang diri.. tiba-tiba, aku pun tersedar, fuhhh... raba-raba tilam, still ada lagi husband dekat sebelah.. siot je mimpi..

Terlelap kembali, mimpi dan-dan la bersambung, sakit hati betul rasa.. kali ni aku mimpi, aku sambung lagi tanya suami aku, "awak pergi maneeeeeeeee tadiiii?".. dia tak mau jawab jugak.. sedih sangat!! sedih okayyy kena tinggal.. aku buat-buat merajuk, dia tak nak pujuk pun.. owh serious pedih hati sebab tak kena pujuk..

Tersedar dek kerana alarm telefon berbunyi, jam pukul 6am.. macam biasa, tidur sekejap sampai alarm husband aku bunyi plak.. hahaha..  huahhhh.. husband aku tak pergi mana-mana pun.. ada ja tidur sebelah aku semalaman.. :)

hmmmm.. best sangat alam realiti bersama suami.. mimpi tak best!!

bangun mandi, prepare breakfast and chow pergi kerja.. 

:)