orang tengah stalk

Friday, May 4, 2012

Bisikan Bilis (itu bukan typo tapi cuba menjadi sopan sikit).

Aku tak tahulah masalah ini aku je ka yang hadapi atau ramai lagi wanita di luar sana mengahadapnya juga.
Baru kahwin dan menukar packaging. Sebelum ni apa yang tutup badan aku, semua yang tak berapa nak senonoh sangat, ketat la, nampak dada luas laa.
Dulu kalau tunang marah, masih boleh buat tak tau ye.. sekarang ni sila taat kepada suami please.
Okaylah, my new packaging is as per my own initiatvies eh, not being forced or apa, aku yang rasa tenang ambil keputusan nak jadi macam ni. I love my husband la kot kan so kena la tutup-tutup. Sampai bila nak degil-degil??

Ok laa.. masalahnya sekarang ni, setiap hari nak pergi kerja mahupun mahu keluar berjogging di hujung minggu, aku buka almari dan aku mendapati bahawa, HOIIIIIIIIIIIIIIIIMANABAJUAKUSEMUAKENAPASEMUABURUKGILA!!!!!!!
KENAPAMESTIBAJUKETATANDNAMPAKPINGGUL??NAMPAKDADA??
BENCIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!
Ketiadaan baju yang sesuai untuk packaging terbaru aku sekarang ni menyebabkan aku terpaksalah pakai baju yang aku sendiri tak confident dibuatnya.. rasa macam makcik-makcik pun ada,. rasa macam dah tak hot macam dulu *tangandidadaanakmatakeatasjelirlidahsikit*
seriouslah weh..sekarang ni aku pun tak tau kenapa, aku tak suka dah nak pakai baju ketat-ketat and nampak muntut.. seluar jeans pun dah malas nak pakai sebab tak masuk angin.. ihihihi..macam tak selesa dah.. dulu ok jaa.. sekarang ni alang-alang tutup rambut, tutup la muntut kot kan.. tak comel la kalau tutup rambut tapi ketat-ketat..

So, tiap-tiap hari aku berasa down dan macam makcik-makcik, yang kerja human resourcespetang-petang turun cafe beli kuih sebab tak dak baju yang sesuai.. hari-hari ajak suami pergi downtown nak cari skirt labuh and baju sekarang yang labuh-labuh pakai dengan cardigan, memang sekarang aku gila cardigan weh!
Aku sampai nekad nak habiskan duit bonus aku beli baju jaa.. padan muka.. dulu pakai baju ketat-ketat kan.. sekarang padan la muka kau!!

Aku yakin, iblis memang hobi dia dok bisik-bisik dekat telinga aku ni, cakap aku macam tak cantik la, macam makcik-makciklaa.. saja je kau ni nak sesatkan aku kan!!! belah!! belah!! tak koser nak layan ko!! Gi la goda nora danish ke, rozita ke..

Tudung pun aku rasa dah macam satu malaysia aku jelajah, kira dah habis la tudung kat seluruh malaysia ni aku beli so that ada ala tudung setiap kali aku nak match kan dengan baju..
baju je aku tak reti nak beli hat lagu mana.. adehhh.. doakan la ye aku jumpa baju yang sesuai.. aku pening ni..

Bye!

2 comments:

cimon said...

makeover habis nie.

hik3

(^v^)

p/s: tahniah utk perubahan - harap2 boleyy kekalkan semangat nie hingga ke akhirnya (^_~)

zero said...

beb - cuba kau try tgk dress2 kat thepoplook.com
lagi satu kau pi surf My Beautiful Rania kat FB - okay2 gak