orang tengah stalk

Wednesday, August 29, 2012

Sepetang bersama Kak Ijan dan Ecah

Tak ingat the exact time and date but i was with them, time lunch kot dekat cafe dan aku tanya Kak Ijan macam mana dia uruskan rumah tangga dia, pada masa yang sama dia seorang wanita bekerjaya, seorang manager pleaseee..

So dia pun bercerita dengan sungguh detail, dekat office kerja macam biasa, balik rumah, masuk je garaj rumah, first thing, sapu halaman rumah, second angkat baju, lepas angkat baju dekat ampaian, susun hanger elok-elok dekat ampaian tu (ok yg ni aku memang dah terikut jejak kak ijan, sebab after angkat baju, aku memang sakit mata tengok hanger terjongket-jongket dekat ampaian).. lepas tu dia masak.. lipat baju.. kemas-kemas dapur.. teman anak dia buat homework.. omg Kak Ijan.. serious aku yang penat nak terima rutin  dia.. sangat penat..

Pada aku, balik kerja, aku nak lepak jap, mandi, dinner lepas tu lepak tengok tv dengan husband.. tu je.. :P

Ok, to be frank, selama ni, selepas kahwin, kalau weekdays, aku balik kerja aku akan singgah rumah mama ambil nasi, nenek masakkan.. sangat spoil bukan?? huahuahuaha.. until mama tanya nenek sampai bila nak masak untuk aku? alamak!!! sentap hati mak nak.. aku kena buat sesuatu.. kalau wanita lain boleh, kenapa bukan aku..

Aku tanya rakan-rakan wanita yang baru kahwin dekat office, kebanyakan masak sendiri untuk hubby.. kelam kelibut 5.30pm kemas meja sebab nak balik masak.. Aku rilex jaa nenek masak kan..

So, inspired by Kak Ijan, isnin lepas, for the very first time in my life, aku decided untuk masak for dinner. keluar office, singgah carrefour and pukul 7pm baru sampai rumah, husband tak balik lagi, dia memang akan selalunya lebih lambat sampai daripada aku.. so boleh la masak.. tak suka dia tengok aku masak.. nanti aku panik.. :P

Ok fine... aku cuba menenangkan diri, cuba buat slow-slow, masak nasi dulu, lepas tu baru work out untuk lauk.. ok aku berjaya tenang.. first time kot weh! Tiba-tiba panik menyerang setelah kedengaran enjin kereta husband.. omggggggggggggg!! he's back!!! panic attack!!! terus rasa tak pandai masak.. hahahaha!! tapi akhirnya aku berjaya tenang kan diri..

And at last!!!! pukul 7.15pm started memasak, pukul 8.15pm siap semua (^_^)v

tadaaaa..!! sup sayur +daging goreng kunyit....


Ok je secara keseluruhannya.. boleh ja aku masak sendiri even hari bekerja pun.. masak yang simple-simple la kan.. hmmmm.. 

Kbye..

1 comment:

cimon said...

memang ade panic attack mcm nie ke?

kelakar larr pulak membacanya. hik3 (^v^)

p/s: memasak utk husband dpt banyakkkkk pahala tau. masaklah sikit walaupun penat.