orang tengah stalk

Saturday, October 30, 2010

BODOH

Dah pukul 1.30pm. Aku rasa aku dah lambat nak pergi meeting dengan customer.. meeting pula dekat Plaza IBM Bandar Utama nun.. so kalau meeting start pukul 3 pm, tak kan aku nak gerak pukul 2.55 pm pula kan?

Aku pun naiklah surau, nak solat zohor, sampai dekat surau, Aku pun terbau ayam goreng sedap, aku belum sampai dekat pintu surau lagi tapi aku dah boleh agak mesti ada ceramah dekat surau hari ini. Dan memang betul pun ada ceramah weh.. aku try buka pintu, dan agak berbunyi pintu itu lalu mengganggu konsentrasi peserta ceramah, semua tengok aku dekat pintu tu, aku tutup balik pintu.. aku naik office semula.. entahlah, memang takdak kesedaran aku nak masuk dengar sekali.. ish..ish..ish..

Memang ada ceramah once a week dekat surau office aku ini, ceramah pula mesti ramai yang datang, penuh sampai ke belakang surau, makan space sampai kawasan solat lelaki jadi kaum lelaki yang suka sangat solat on time, hari ini kenalah depa sembahyang lambat sikit..

Aku naik office, aku terus mengadu dekat officemate aku.. kenapa macam ini? Tak fikir ke orang lain yang ada kerja nak cepat sembahyang semua? At least dia orang itu, leave some spacelah untuk orang yang ada hal nak sembahyang, ini tak, duduk tahu nak menyandar ke dinding je.. tak sensitivelah dia orang ini! Officemate aku pula, apa sangatlah dia boleh buat, dia suruh aku sabar je la.. and dia suggestlah aku sembahyang dekat surau office aku ini, bukan official surau but sembahyang dalam store, bersih la tapi.. ramai jaa kakak-kakak office aku sembahyang dekat situ cuma aku sebagai orang baru, macam masih segan lagi nak sembahyang dekat situ.. macam lawan tokey pula.. so sanggup lagi aku naik surau official..

Aku duduk dekat kerusi, dan duduk diam, dan terus aku berfikir-fikir.. hmmm.. hey Anida, kenapa marah sangat ni kan? Engkau tak rasa ke engkau ada banyak gila solution to your problem sejak dari tadi engkau marah-marah? eh tu laa.. bila aku cuba bertenang, baru aku tahu yang ada banyak pilihan rupanya..

Time aku buka pintu surau tadi, kenapa aku tak teruskan jaa masuk dan cakaplah dengan wanita-wanita yang duduk area belakang surau, suruh dia orang ke depan sedikit so that aku boleh solat, aku dah lambat, mustahil meraka tidak boleh bertoleransi dengan kondisi aku ini kan..?

Lepas aku naik semula office, aku marah-marah, kenapa aku tak fikir yang, ada banyak jaa surau dekat bangunan ini.. contohnya store tadi? Masalah aku cuma aku segan nak minta solat dekat situ alasan takut lawan tokey.. kalau aku minta kebenaran, tak kan dia orang tidak boleh bertoleransi kan?

Ada moment aku jadi kurang bijak seketika di mana aku seolah-olah menggunakan sentimen agama untuk menunjukkan aku tidak salah.. Aku boleh pula terfikir, apa hukum dia kalau aku nak solat zohor, solat yang wajib itu, tapi ada ceramah dekat surau dan surau sempit, dan mereka tidak bagi space.. hey come on Anida!!! ENGKAU ADA MULUT, ENGKAU BOLEH MINTA RUANG UNTUK SOLAT OKAY!!!

Hmmm.. sekarang aku dah boleh nampak, kalau aku berani menyuarakan sesuatu dan sesuatu itu perkara biasa sahaja seperti di dalam kes aku tadi, mesti masalah dapat diselesaikan.. mesti aku dapat solat dekat surau official on time.. semuanya salah aku! kenapa aku sibuk-sibuk nak salahkan ceramah itu eh? bodohnya aku.. macam tak educated betul kepala hotak ni..

Yeah.. itulah dia, kadang-kadang sesuatu masalah itu tidak patut dikategorikan sebagai masalah kerana teramat remeh, cuma mentality yang telah diprovok telah membuatkan kita melihat ia sebagai satu masalah yang berat dan dapat menimbulkan kemarahanlah kononnya.. apada!!
Apa-apa pun, kalau dikaji selidik, memang salah sendiri okay.. serious aku cakap! Dan bila aku sedar yang salah aku sendiri, aku terus jadi tenang tak jadi nak marah.. serious okay!

Eh aku ada cerita lagi sebenarnya pasal salah seorang peserta ceramah tapi aku cerita dalam entry lainlah sebab macam dah lapar sangat dah aku ini.. huhu..

Sekian

3 comments:

warisan melayu said...

yg bestnya nida...

kita akan dapat berfikir pabila kita cepat2 bermusahabahkan diri dan tenangkan diri, istigfar byk2....insyaallah, Allah will show u da way...

cimon said...

hmm...

maybe kene teropong jauh2 sikit...cari ruang yg kosong utk solat

heheh (^v^)

p/s:solutions utk masalah tu sume btul, sila teruskan utk masa2 akan datang ek

dayat said...

hehehe....
biasa ar tuh. kene mengalah.