orang tengah stalk

Wednesday, May 2, 2012

Perangai segelintir individu yang boleh buat orang benci tahap klimaks kepada mereka..hakktuiii!!

Last Monday night, memandangkan esoknya labour day, aku dengan suami keluar pergi tengok wayang.. sepanjang sebelum kahwin kita orang tak pernah tengok wayang sama-sama ye.. tak tipu serious tak tipu sebab memang lebih baik guna duit untuk benda lain la kan..so macam agak kekok sikit..  ihihihi..
Sebelum Berani Punya Budak start pukul 9.20pm, kami jalan masuk dekat butik Padini ye.. beli-beli apa yang patut, pau suami apa yang patut.. :P
Time dekat kaunter nak bayar, belakang kami ada dua orang budak lelaki yang agak metrosexual berbincang dengan sungguh lantang vocalnya sampai aku boleh dengar.

Pondan A : Kau bayarlah pakai duit kau dulu, nanti aku bayarlah.
Pondan B : (Sambil Check wallet) Aku takde duit dow, serious haa takde. Kau bayar la.
Pondan A : Kau bayarlaa, nanti aku bayarlah kat kau.

Dan berlarutan la perbincangan itu sampai tetiba dua-dua macam diam.
Aku ni macam dah tak sabar nak keluar dari butik tu sebab dah tak sabar nak bergosip dangan suami aku pasal budak-budak tu.
Ternyata suami aku pun dengar juga, nampak sangat kuat sungguh suara mereka.

Macam ni lah, senang cerita, kalau aku berada di tempat PONDAN B, hari itu akan menjadi hari terakhir aku keluar dengan Si PONDAN A.
Aku betul-betul tak faham, macam mana kau nak pergi shopping baju tapi kau tak ambil duit dekat ATM.
Lepas tu terkebil-kebil minta kawan kau bayarkan dulu.. muka kawan kau tu macam berat je nak bayarkan dulu sebab memikirkan kau ni jenis muka liat je nak bayar hutang, macam senang-senang je buat-buat lupa hutang kau, macam manalah kau expect kawan kau nak keluarkan duit bayarkan dulu untuk kau. Meluat nak meninggal kot. Owh serious tak suka budaya "kau bayarkan dulu nanti aku bayar" ni..
Kalau kau deal dengan orang yang bertanggugjawab dengan hutang dia, then its ok, ni sampai dah 3456 kali hint diberikan tak reti-reti gak nak bayar, itu memang serious boleh undang kebencian orang terhadap kau.
Kau kena tahu, selalunya orang melayulah kan, memang menjaga hati, kalau hutang tak berbayar, dia orang suka ambil sikap berdiam diri dan mungkin akan bercerita belakang kepada rakan-rakan lain dan jika itu berlaku, tak ka nama kau busuk longkang?

Malaslah aku nak berleter panjang, nasihat kepada yang merasakan diri menjadi mangsa, sila jangan berkawan dengan orang-orang yang tidak suka bertanggungjawab membayar hutang tetapi menyuruh anda membayar dahulu sedangkan anda tidak suka berterus terang meminta duit anda daripada mereka demi menjaga persahabatan anda (haktuii.. sahabat apa lagu tu). Sila jangan berlembut dengan mereka jika anda masih mahu berkawan dengan mereka.

Sekian.


1 comment:

cimon said...

If btul2 susah takpe la kan? Boleyy halalkan. If yg mmg sengaja berhutang utk bermewah2an nie... ntah arr. Moga dpt hidayah dr Nya shj.