orang tengah stalk

Saturday, March 26, 2011


INI IALAH WAJAH SAYA KETIKA TAHAP KELAPARAN MEMUNCAK DAN TIADA SEBARANG MAKE UP..

Tengoklah, macam muka orang tak mandikan?? Sangat tertekan.. Sebab tu aku tak confident kalau pergi ke mana-mana tanpa make-up tapi light make-up jeee..

Sila lihat ayam kampung goreng di hadapan saya itu, lokasi makan tengahari adalah di Awan Besar, RnR dekat dengan Bukit Jalil..

Bye!!


Friday, March 25, 2011

Wah.. sudah lama aku tak update new entry kan..?
Sebab aku memang tak dak idea nak update. So, memandangkan semua orang dekat office ni, yang jantan pergi solat jumaat, yang perempuan keluar pergi ke mana entah, yang aku pula tengah tunggu Cik Bulan meeting tak habis-habis untuk keluar lunch maka aku mengambil keputusan untuk post new entry yang bertajuk:

HAIWAN YANG PALING AKU GELI.

Aku akan menyenaraikan haiwan-haiwan terpilih itu mengikut level of kegelian yang semakin meningkat.

Yang pertama, kucing.. dulu time kecil-kecil aku boleh belah lagi dengan kucing ini, tapi semenjak depa pi kencing dekat kasut sekolah aku. time aku tingkatan satu, aku terus membenci species itu dan amat takut.. boleh melompat juga la kalau mereka lalu di sebelah aku..

Yang kedua, tikus dan sebarang jenis tikus, mungkin juga kerana mereka mempunyai bulu seperti kucing dan kerana wajah mereka juga dan ekor mereka juga membuatkan aku sangat geli dan takut.. arrghhhhhhhhhh.. the moment aku type ni pun aku dah boleh rasa geli..

Yang ketiga dengan darjah kegelian tertinggi, haiwan-haiwan dari species reptilia yang berupa paras seakan-akan cicak, yang berbadan kesat dan kelihatan lembap, berkaki bercabang. Sangat geli sampai boleh pitam ataupun boleh tersawan babi. Cukuplah dengan hanya melihat mereka di dalam majalah ataupun mana-mana medium media yang lain.. cukup memualkan dan boleh mengkejangkan otot-otot badan..

*Hai cicak, kamu buat apa tu?

Apa-apa pun, kegeliaan ini ada hikmahnya pada aku, at least aku tidak menyiksa kehidupan mereka kerana aku tidak berani mempunyai sebarang body contact dengan mereka.. cuma mereka yang menyeksa kehidupan aku kerana amat terseksa bila berasa geli..

p/s: Siapa geli kepada lipas memang pondanlah weii.. aku setakat lipas, aku siap boleh main tepok amai-amai, sep2 tom2 laa dengan dia orang..


Sunday, March 13, 2011

Aku lihat dan analisis, marah betul segelintir masyarakat kepada lawak yang tidak berapa nak lawak Encik Fizz Fairuz mempertikaikan kehilangan superhero-superhero Jepun dikala Tsunami melanda Jepun..

Tidak kurang juga, aku lihat keratan akhbar, Berita Harian yang telahpun memohon maaf diatas karikatur mengenai Tsunami, yang mana, karikatur itu kalau aku boleh letakkan di bawah:


Dan aku rasa entry aku ini juga akan mengundang kemarahan segelintir pembacanya juga kerana saja jaa aku nak cakap..

Kau orang jangan sentap sangat boleh tak??!!! Gelabah sangatlah kau orang ni..

Selama ini kau orang tengok tak cerita superhero-superhero Jepun.. ? Depa buat cerita-cerita itu semua, kalau kau orang amati betul-betullah kan, datanglah malapetaka macam mana sekali pun, datanglah raksasa hodoh sehodohnya makhluk pun.. superhero-superhero depa pasti akan dapat settlekan semuanya.. seakan-akan tidak ada kuasa dapat menghalang..

First time aku baca ayat Encik Fiz Fairuz tu, aku rasa apa yang beliau cuba maksudkan ialah tidak ada kuasa yang dapat melawan kuasa Allah Taala.. kau kamekaze macam mana pun, kalau Allah kata engkau mati time Tsunami tu, engkau akan mati.. eh come onlah!! Kau orang lebih sentap marahkan benda remeh ni berbanding untuk bersedih mengenangkan nasib mangsa-mangsa tsunami ke macam mana? Bawa bertenang yaa anda-anda semua..

Cuma ye lah.. artis kan.. once kau jadi artis, kau kenalah hipokrit, kena jadi malaikat, salah cakap sikit, kau kena banned.. kesian artis..

Doa aku, agar Allah permudahkan segala-galanya urusan saudara kita yang ditimpa musibah di Jepun.. takut juga, ramai juga kawan-kawan aku dekat sana.. Allah, please lindungi mereka yang tidak berdosa dan yang beriman kepadaMu..

Amin..

Wednesday, March 9, 2011

Mata aku ialah kegemaran aku, aku merasakan diri aku tidak perlu tempek bedak tebal-tebal macam pelakon opera cina, aku merasakan aku hanya perlu letak eyeliner dan maskara dekat mata, lip bum dan lip gloss yang berwarna natural di bibir dan sedikit blusher di pipi kasi terjojol sikit pipi tu..!! Barulah membuatkan aku berasa yakin untuk berdepan dengan orang-orang sekeliling. Aku tak over makeup kan?

Sekarang ini aku nak share maskara and eyeliner yang aku baru beli yang aku dah guna dalam hampir sebulan dan ternyata aku berpuas hati.


Untuk lebih info tentang maskara dan eyeliner pilihan aku ini, sila klik link ini:

Eyeliner kegemaran aku.
Maskara kegemaran aku.

Kau orang tahu kenapa aku suka? Sebab utamanya ialah, everytime aku nak solat, eyeliner dan maskara ini, senang gila babi nak ditanggalkan ketika aku berwuduk.. tak perlu pakai sabun bagai nak hilangkan.. tak percaya cubalah.. aku pun pelik, kata water proof tapi senang nak dihilangkan dan tidak akan mencomotkan muka kau.. ish, suka betullah aku dengan benda dua ketul ini.. :)

Monday, March 7, 2011

Autopay machine walau dimana sahaja ia berada akan selamanya menjadi satu teknologi yang amat menjengkelkan aku..
Bila memandu dan masuk ke parking tidak kira ke basement mahupun ke roof top, jika aku harus memicit butang keluaran tiket dan Touch N Go tidak mahu berfungsi, maka aku amatlah boleh menjadi berang sekali..
Memang malas sangat-sanagt bila kau penat-penat membeli-belah atau apa-apa saja, lepas itu time nak balik kau kena pergi cari autopay machine untuk bayar, kalau tak rosak okaylaa.. kalau rosak mahu kena menunggu.. tidakkah itu amat annoying?
Dan-danlah time nak bayar, kita takdak duit kecil, kena bayar RM5 tapi aku ada RM50, dah kena patah balik pergi jusco beli Kek kopi gulung kegemaran adik aku nak pecah duit punya pasal..what the hey??!!
Tak pun, kalau hal tak jumpa autopay machine, kenalah pi ambil kereta dulu melilau-lilau cari machine itu, dah jumpa, parking dekat tepi, terhegeh-hegeh turun bayar.. kau orang bayangkan betapa bosannya buat kerja itu.. errghhh!!
Aku preferlah kalau ada orang jaga kaunter tiket macam kalau kau orang pergi parking kereta dekat Mid Valley Zon U, time keluar bagi kad dekat kaunter dan terus bayar dekat orang itu.. kan senang!!
Ish, tertekanlah autopay machine!! Anda memang teknologi yang annoying!!
Penambahan yee.. kalau kau dah bayar parking, lepas tu nak keluar, dan-dan itulah jamm macam haram, dah la dekat kad tu tulis tak boleh lebih 15-30 minit untuk keluar, kalau tak , ambil kau, charge baru, stuck dalam jamm mahu lebih sejam memandangkan situasi trafik Kuala Lumpur yang sawan itu kan.. Memamg entah apa-apalah Autopay machine.. troublesome jaa..

Saturday, March 5, 2011

Sebelum ini aku pernah beria-ria nak tunjukkan gambar-gambar aku pergi Singapore dan lawatan aku ke Universal Studiokan? So aku pun dah berjaya mendesak my cousin untuk memberikan foto-foto tersebut.. so sekarang bersedialah untuk entry yang terpaling terbanyak tergambar terdan tertanpa tercaption terini tersebab teraku teramat termalas teruntuk termenulis.. kau tengok dan buatlah andaian sendiri, aku happy ke tak during that time yaa, tak kesah la kau orang nak cakap apa, kau orang ada otak kau orang fikir sendiri.. tak faham sila tanya, aku rajin, aku jawab..








Dari pagi buta sampai ke malam baru balik Malaysia. Macam kodok penatnya weh..
Okay bye!

Wednesday, March 2, 2011

Kegilaan aku kepada 2 benda alah ini iaitu soccer table dan hockey table, sampai aku rasa bila aku dah kahwin dan dah ada rumah sendiri, aku nak letak 2 benda alah tu dalam rumah aku, baru meriah sikit aktiviti aku dengan husband aku.

Soccer table

Hockey table

Okaylah, dekat rumah family aku pun aku nak letaklah satu.. aku pilih hockey table.. perghh!! time balik rumah family, confirm menjerit-jerit main hockey tablekan.. kan.. best dow!