orang tengah stalk

Friday, March 25, 2011

Wah.. sudah lama aku tak update new entry kan..?
Sebab aku memang tak dak idea nak update. So, memandangkan semua orang dekat office ni, yang jantan pergi solat jumaat, yang perempuan keluar pergi ke mana entah, yang aku pula tengah tunggu Cik Bulan meeting tak habis-habis untuk keluar lunch maka aku mengambil keputusan untuk post new entry yang bertajuk:

HAIWAN YANG PALING AKU GELI.

Aku akan menyenaraikan haiwan-haiwan terpilih itu mengikut level of kegelian yang semakin meningkat.

Yang pertama, kucing.. dulu time kecil-kecil aku boleh belah lagi dengan kucing ini, tapi semenjak depa pi kencing dekat kasut sekolah aku. time aku tingkatan satu, aku terus membenci species itu dan amat takut.. boleh melompat juga la kalau mereka lalu di sebelah aku..

Yang kedua, tikus dan sebarang jenis tikus, mungkin juga kerana mereka mempunyai bulu seperti kucing dan kerana wajah mereka juga dan ekor mereka juga membuatkan aku sangat geli dan takut.. arrghhhhhhhhhh.. the moment aku type ni pun aku dah boleh rasa geli..

Yang ketiga dengan darjah kegelian tertinggi, haiwan-haiwan dari species reptilia yang berupa paras seakan-akan cicak, yang berbadan kesat dan kelihatan lembap, berkaki bercabang. Sangat geli sampai boleh pitam ataupun boleh tersawan babi. Cukuplah dengan hanya melihat mereka di dalam majalah ataupun mana-mana medium media yang lain.. cukup memualkan dan boleh mengkejangkan otot-otot badan..

*Hai cicak, kamu buat apa tu?

Apa-apa pun, kegeliaan ini ada hikmahnya pada aku, at least aku tidak menyiksa kehidupan mereka kerana aku tidak berani mempunyai sebarang body contact dengan mereka.. cuma mereka yang menyeksa kehidupan aku kerana amat terseksa bila berasa geli..

p/s: Siapa geli kepada lipas memang pondanlah weii.. aku setakat lipas, aku siap boleh main tepok amai-amai, sep2 tom2 laa dengan dia orang..


2 comments:

cimon said...

aku geli dgn lipas jek...tp tak geli dgn binatang2 lain yg ko gelikan tuh. 1 vs 3 geli...sape yg pondan skrg?

hahaha (^v^)

creamzeyglazat said...

aku tak geli apa2 pun..even ulat latep dalam nasik tu pun aku rileks jarr.. uihhh ang letak gambaq cicak tokkek ..ang tau harga cicak cecah puluh2 ribu ..