orang tengah stalk

Tuesday, March 29, 2011

Rindu ke?


Budak di atas itu namanya ialah Akmal Firdaus. Umur beliau ialah 12 nak masuk 13 tahun bulan November ini. Beliau seorang yang bermulut laser, suka membebel dengan ton suara yang kuat dan annoying. Beliau pernah di rotan oleh papa saya akibat suka mengacau abang kandungnya. Saya tidak tahu mengapa dia suka mengacau abang kandungnya. Mungkin abang kandungnya tidak menunjukkan sebarang perasaan teruja lalu membuatkan lagi beliau bersemangat untuk menganggunya.

Disebalik kelaseran mulut beliau, beliau sebenarnya seorang pelajar yang cerdik. Beliau telah di terima belajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, di Raub iaitu sekolah lama kakak kandungnya lebih kurang 4-5 tahun yang lepas. Beliau pergi ke Raub pagi-pagi buta tadi dan tuhan sahaja yang tahu perasaan saya pada ketika itu.. saya tidak ikut kerana saya pergi training. Saya tidak faham perasaan saya pada ketika itu, yang saya tahu saya sedih tahap gila!!

Bagaimanakah beliau mahu menyesuaikan diri di sana? Bagaimanakah beliau ingin makan? Bagaimanakah beliau ingin tidur? Bagaimanakah beliau mahu bangun pagi-pagi buta? bagaimanakah beliau mahu mencuci seluar dalam beliau sendiri? owhhhhhhhhhh bagaimanakah??!!!! Beliau terlalu kerdil dan kementot untuk itu-itu semua!!

Lepas ini, saya sudah tidak boleh cium pipi beliau ganas-ganas bila saya pulang dari kerja yang memenatkan.. lepas ini dah susah nak kesat air liur dekat kaklong dan kak long kesat air liur kat akmal pula.. lepas ni dah susah nak cari moment kak long yang seberat 49 kg ni, duduk atas akmal yang seberat 18kg dan akmal jerit-jerit lepas tu kau cubit kecik semut api kat aku baru aku bangun.. huahuahauah!! dah susah dah!!

Belajar rajin-rajin ye akmal.. pandai-pandai cari kawan.. kawan dengan manusia jangan kawan dengan lembu yee..


Bye!!


2 comments:

Amira Fadzil said...

euuuwww..tlg la.. baru nak felling2 bace entry ni tibe2 ko nk jgak sebut berat latest ko..bajet gile!! nak jgak tu bgtaw. mentang2 da turun berat.. yekkk

cimon said...

lepas balik dr asrama nanti...jd budak dewasa laa dia...da tak boleyy ko duduk2kan or cium ganaz2 lagi!

hehehe (^v^)