orang tengah stalk

Monday, December 13, 2010

Okaylaa Fine!! Aku Mengakulah..!! Aku Dengki!!

Tatkala statistik kanak-kanak dan remaja-remaja memakai blackberry ( tidak kiralah model mana pun), iphone (samalah juga, tak kira model apa pun) semakin meningkat.. mana-mana aku pergi, gadjet-gadjet itu berada di tapak tangan mereka dengan pelbagai casing-casing yang sentap dan menarik..

Aku..


Depan..


Belakang, aku beli 'blink-blink' ni dan aku lekatkan je dekat belakang mobile phone aku sebab aku dah tak tahu nak lekat dekat mana lagi dah.. papa amat tertekan dan telah mempersoalkan tindakan aku melekatkan benda alah ini di belakang mobile phone aku.. dah la aku tampal senget-benget.. tah hape-hape.. :P

Aku amat tertekan sekali-sekala melihat mereka yang telah memakai gadjet-gadjet yang canggih dan aku masih memakai si kenit ini tambah-tambah yang pakai tu pula lebih muda dari aku.. tapi aku sedap kanlah hati aku, at least aku beli insan kenit ni pakai duit gaji aku, kau orang pakai duit parents.. so aku tak jadilah nak dengki sangat.. tak semua, may be segelintir laa.. i mean, come on, engkau sekolah menengah dah pakai iphone? terang lagi bersuluh bukan engkau yang beli.. (si pendengki nak sedapkan hati lagi nampaknya)..

Ada satu hari, aku pergi meeting, aku boleh bercakap-cakap dengan seorang mamat dalam meeting room itu sambil memusing-musingkan tangan aku sambil memegang insan kenit ini, mamat tu pandang je phone aku, aku peduli apa!! Sila meeting dengan serious yee.. malu gak but pergi mati.. huhu..

Bila dah semakin lama dalam bidang aku ini, orang dah semakin kenal aku, email-email panas, aku mula mempertimbangkan hasrat untuk memiliki sebuah gadjet yang membolehkan aku email meng'email' walau di mana sahaja aku berada.. amat penting pada aku sekarang ini.. mungkinkah aku akan tidak menjadi pendengki lagi selepas ini kerana aku bakal memiliki satu?

Apa-apa pun.. aku cuba suka apa yang aku miliki.. dan aku akan memiliki sesuatu yang aku kehendaki itu hanya jika aku mampu memilikinya dengan wang aku sendiri.. aku takkan harap wang orang lain.. aku sedar, keluarga aku bukan orang senang-senang sangat, aku kena pandai-pandai dan tidak mahu menyusahkan mereka..aku dah besar!!

Sekian..




4 comments:

BULAN said...

hahahahahahahaha...i nak ketawa je..itu je komen i!!huahuahuahua...

Amira Fadzil said...

"remaja-remaja memakai...iphone (samalah juga, tak kira model apa pun).." - hahahaha..rupenye ko jeles dgn aku! :P

asal tibe2 ko pakai spec tu?? ehem3

Menyusur Akar Secara Senyap said...

xjeles la ngan ko.. aku x suke la touched screen ni.. and spek tu aku jumpe.. aku pkai la..

cimon said...

nasibb aku xpernah angkat phone time meeting...coz hanset aku pon same era dinasour dgn hanset ko.

hahaha(^v^)

p/s:diorang beli hanset pakai instalment...boleyy arr...kita beli cash...lg powerz...(^_~)hihihi