orang tengah stalk

Thursday, September 13, 2012

Marketing Strategy yang obviously kurang cerdik dan nampak benar pembohongnya

End of last year dalam bulan November kot, aku dengan husband beli kasut hush puppies nak letak dalam dulang hantaran, lepas tu aku macam tertarik nak jadi hush puppies member la kan.. signed up and dapat birthday vouchers from them. RM150 tuu!!! that moment, rasa macam " wahhhh.. sayang hush pupies.. nak jadi regular customer la lepas ni.." Vouchers ni kena guna time birthday month kau je.. so bulan 9 ni kan bulan kelahiran aku so bertambah-tambah excited aku dibuatnya.


On 9/9/12, pagi-pagi lagi aku ajak husband pergi mid valley, nak pergi butik hush puppies nak beli kasut sebab aku rasa macam aku takdak kasut.. dan memang rugilah tak guna vouchers RM150 tu kan.. from Hush Puppies kot weh!!! Kau jangan buat main.. Dalam keadaan excited aku baca dekat bahagian belakang vouchers tu..

Ada tulis "Vouchers can be redeemed with minimum spend of rm300 in a single receipt"
I do not know what you guys could translate from that but what i understood is that, if aku beli kasut harga RM 300, aku hanya perlu tambah RM150. okay? itu yang aku faham. Seronok kot beli kasut dekat Hush Puppies tapi bayar RM150 je weh!! sebab memang kasut depa semua harga tahap nak cecah rm300..
Ok fine, then husband aku cakap sama ja beli kasut time sale, cuma aku dapat beli kasut tu awal je dari orang-orang lain sebab aku ada vouchers tu.. eh takpa laa..  dari situ dah nampak macam tak cerdik sikit strategi perniagaan mereka.. ada pula nak limit-limit minimum 300 la apalah.. dekat Aeon takdak pun limit macam tu.. kau dapat vouchers RM150, kau belilah sampai RM150 tanpa perlu tambah sesen pun.. thats Aeon (dulu Jusco la nama dia)..

Sampai dekat butik HP, aku tunjuk vouchers tu dekat promoter, promoter tu dengan muka masam tak senyum tak apa, macam mana bos kau boleh hire kau duduk dekat depan kedai ,aku pun tak tau la, sepatutnya kau duduk jaga store kasut jaa.. dia bagitau,

 "You must spend minimum RM250 for every RM50 vouchers..means you still need to pay minimum RM200.."

Pulak dahhhhhhhhhhhh.. belakang terms & condition kata lain, dah si promoter masam ni kata lain..

Kau orang faham dak? sekarang ni aku ada 3 vouchers, so aku kena beli 3 kasut yang berharga minimum RM250 each baru aku boleh guna RM50 vouchers for each. So kalau aku calculate, kalau satu kasut dah RM250, lepas tu aku guna RM50 vouchers tu, means i still have to pay RM200 each. Kalau nak habiskan kupon tu, aku kena bayar RM600!!! Wahhhhhhhhhhh!!! kayap la aku!!!

Sungguh obvious tah apa-apakan?? husband aku dah buat muka sememeh dengan ketahapaapaan itu.. aku pun ikut buat muka sama.. kita orang terus "ok la.. takpa laa!!".. terus belah..

owh kecewanya, dah la promoter tak peramah, strategi pemasaran yang apa ke benda tah.. tahk menggembirakan hati aku langsung.. aku jenis kalau aku nak beli kasut, aku pergi mid valley, aku akan pasti kan aku akan bawa pulang kasut.

At last!!

 
Butik Charles & Keith memang favourite butik aku laa.. even handbags pun aku memang suka beli di C&K, thank you ye C&K.. kau penyelamat kedukaan.. tak la semahal HP but at least kalau C&K ada sales, takdak la over semenggah menipunya macam strategi birthday voucher tu!! 



Setakat pelanggan miskin macam aku ni tak effect apa-apa la kot eh kat HP, gaya promoter HP tu serve aku pun, macamlah aku ni takdak duit nak beli kasut hang.. tak hadap laa!! Kalau aku jadi bos kau, memang aku tak bagi commission kat kau..

Ok..ok.. jangan marah-marah.. sekarang ni aku dah dapat kasut baru..and macam dah kena tumpang kawasan rak kasut husband.. kahkahkah!!

Kbye!