orang tengah stalk

Friday, September 21, 2012

Walimatulurus yang diberkati

My dad memang dari dulu kalau ada event apa-apa, dia memang suka nak ajak aku sekali, aku ni kan anak yang baik dan tidak suka mengecewakan, kalau aku malas pun, aku gagahkan diri teman kan dia.
Dulu anak dara tak kahwin lagi, ok fine ja nak pergi berdua dengan my dad, so sekarang dah kahwin, my husband pun aku angkut sekali.. haruslah pergi mana-mana sahaja dengan husband ok.. i am attached to him kot!!!

Dalam bulan september ni juga.. oooo yaa.. the same day aku beli kasut C&K after faktab dengan HP punya stupid birthday vouchers tu kan, before that aku, husband and my dad pergi kenduri kahwin dekat Gombak. Aku semangat temankan papa sebab aku memang suka pergi kenduri and suka makan lauk kenduri. yes.. kami bertiga.. 2 laki-laki, seorang wanita cantik.. kahkah!

Ok.. kami naik kereta asing-asing sebab after kenduri, aku and husband ade komitmen lain.. so papa naik kereta dia..

Aku kalau pergi kenduri, aku memang akan kosong kan perut supaya aku dapat makan dengan gembiranya di kenduri itu nanti,  dewan kenduri tu dalam kawasan masjid.. aku pernah pergi tempat kenduri ni, the same dewan yang kawan aku buat kenduri 2 tahun lepas kot.. cari parking.. dan turun dengan perasaan lapar dan dahaga..

Time kami sampai, time tu kedengaran jemaah sedang menunaikan solat zohor dekat masjid.. shahdu sungguh.. aku, husband and papa jalan menuju entrance dewan..

Pengalaman yang tiada definisi bermula di entrance dewan, lorong muslimin dan muslimat diasingkan.. i was like.. ok fineeeeeeeeeeee!!! for sure dekat dalam pun nanti akan asing juga kan.. macam mana dengan diriku??? aku seorang je ni.. damn!!! damn!! ok, lagi satu, penyambut tetamu majoriti bertudung labuh, berpurdah, yang muslimin, berjubah, berketayap, berserban.. ala-ala ustaz akhil hayy..damn!... aku serious rasa down.. rasa macam i did not belong to this place..

I knew it!! memang dekat dalam kawasan makan, area makan muslimin & muslimat diasingkan.. lepas tu kawasan makan muslimat penuh.. mana mau duduk ni.. aku nak duduk dengan papa & husband pleaseee.. :(
tak kan la aku makan sorang dekat kawasan muslimat sambil tengok papa & anas berdua makan bersama.. sedih siot!! menyesal gila aku agree nak teman papa.. aku serious rasa nak lepak dalam masjid, selera makan aku hilang.. terus aku tak lapar langsung walaupun perut aku kosong..

ok fine, aku ambil makanan dan duduk sekali.. tau tak sebab apa? sebab ada ja muslimat yang duduk sekali dengan husband dia sebab depa ada nak kecik, so macam sukar nak makan, kena gilir-gilir jaga.. aku pun confident ja duduk semeja dengan papa and husband.. tapi serious jangggal, sebab aku ja muslimat meja situ.. aku makan pun laju-laju.. sebab macam segan la kan.. tapi lagi segan kalau aku duduk makan sorang-sorang kan..

Dah habis makan, tengah jamah pencuci mulut, jemaah yang solat zohor masuk dewan dan MC dewan pun memulakan bicara.. dengan berdiri di atas pentas, menghalakan mulut ke microphone..

"Ok, kita baru sahaja menunaikan solat zohor berjemaah, dan ingin saya beritahu disini, di dewan ini, kita telah asingkan kawasan makan muslimin & muslimat, ini ialah undang-undang kecil yang telah kami tetapkan bagi menjamin keberkatan majlis dimana muslimin & muslimat tidak harus bercampur.. ye sila patuhi ye"

Damnnnnnnnnnnnnn.. aku serious dah agak MC ni mesti akan cakap pasal benda ni.. nasib baik aku dah sudah makan.. kau tau, semua orang  pandang aku.. pandang yang macam " haaa!! padan muka kau.. sapa suruh duduk sini??"

Aku buat tak tau ja.. haruslah buat tak tau je kan.. tak kan aku nak poyo-poyo angkat beg tukar tempat duduk.. tapi serious aku rasa macam sakit hati sangat sebab aku telah dimalukan.. mestilah malukan.. terang-terang kau duduk dekat meja yang salah..

Aku pun ajak husband blah.. sebab dah meluat sangat-sangat.. dan sejak dari peristiwa itu, aku terus macam fobia nak pergi mana-mana walimatulurus.. setiap kali nak pergi kenduri lepas hari tu, aku bitau husband

"awak, kalau kita kena duduk asing-asing, kita smpai, kita salam-salam, lepas tu balik.. tak yah makan"

And husband aku ok je.. hahahah!!

Hmmmm.. boleh tak lepas ni kalau nak asingkan tempat makan tu, asingkan laa.. tak salah... tapi boleh tak kalau husband & wife tu nak duduk sekali?? kalau yang jenis tak kenal orang & datang berdua, what do you expect?? nak makan asing-asing?

Lepas tu pula, MC tu boleh la kot, datang personally cakap dekat aku dulu, cakap la ini kawasan makan lelaki... sila blah ke sana.. at least aku boleh la jawab , kami dah kahwin dan itu ialah ayah saya.. perlukah saya blah juga? ni dok pi cakap kuat-kuat dekat mic tu pasaipa?? malu aku tau..

Oklaa.. padan muka aku juga.. aku degil.. sepatutnya, kalau aku datang kenduri orang, aku kena obeyla dengan depa punya rules kan.. kalau tak nak obey, face je la apa-apa sahaja yang bakal berlaku.. haish..Sorry sangat-sangat kalau aku telah terbuat maksiat dan mengurangkan keberkatan majlis walimah kau sebab aku duduk bercampur dengan laki-laki.. sorry ye.. my bad..

Kau orang tau, last-last, aku bagitau papa aku nak blah dulu.. tinggal la papa dengan member-member dia dekat situ..

Petang tu, papa story, pengantin dia bukan calang-calang, hat perempuan, nampak mata ja.. yang lain semua bertutup rapi.. perfect!

Owhhh, and i was like.. no wonder la depa mementingkan sangat keberkatan dari Allah..


sampai lupa manusia lain juga ada hati dan perasaan.. :(

 

Kfine bye!!


2 comments:

kawamashi ninja said...

Owhhh, and i was like.. no wonder la depa mementingkan sangat keberkatan dari Allah..


sampai lupa manusia lain juga ada hati dan perasaan.. :(

(jangan kene panah petir sudah)

Khadijah said...

Assalamualaikum. cuba bergaul dengan orang yang tak kenal sbb kita wanita sesama islam bersaudara :-) Ada sebab kenapa kenduri perlu diasingkan dan memang pada zaman Rasulullah, lelaki dan wanita akan duduk di tempat yg asing jika ada kenduri.