Lunch time td bersama rakan sekerja..kami berbincang kalau lah gaji perempuan mcm aku ni naik jadi rm10k..bukan rm1ok dlm lagi 10 tahun tapi rm10k utk aku yg berumur 23+ ni..ade tak lelaki yg berani nk dekat dengan aku? ade tak yg berani nak buat aku jadi bini?
Bak kata Mr Hafiz my officemate, kalau gaji dia byk tu, mesti dia dah lama tak jadi manusia..hmm..sebab tu tuhan tak kasi kau gaji byk tu kot..dia nak kau jadi manusia yg berguna..hehehehe..
Aku tak tahu laa pendirian aku ni bijak atau tidak tapi sejujur dan seikhlas hati nya,
Aku tidak kisah langsung kalau seseorang lelaki itu kurang berpendidikan, berpangkat, berpendapatan rendah mahupun yang lebih muda dari aku..aku x kesah..sebenarnya, bukan aku tak kesah..AKU DAH TAK KESAH DAH..meaning to say, aku pernah kesah la dulu..
Bila aku fikir2 balik, apa hak kita untuk mengadili mereka apabila mereka bekerja dan menjawat sesuatu pekerjaan itu? siapa kita? Siapa kita nak mengadili orang jika mereka mempunyai level of education yg lebih rendah dari kita? Siapa kita nak mengadili institusi pengajian mereka? Siapa kita nak mengadili kenderaan apa yang mereka ada? dan yg paling penting, siapa kita untuk mengadili lelaki yg mencintai wanita yg lebih dominan darinya?
hmmm..mcm complicated..kenapa aku rasa tak kesah sebab, aku rasa yang paling penting ialah lelaki itu haruslah mempunyai rasa BERTANGGUNGJAWAB..seriously character ini kena ada dalam diri seseorang lelaki..bertanggungjawab dari segi membangunkan dan memajukan diri sendiri sekali gus bertanggungjawab dalam membina masa depan bersama wanita yang dicintai..
Bila rasa tanggungjawab itu ada, pada aku laa..apa jua kekurangan yg ada padanya dah tak nampak mcm kekurangan..mana tak nya..bila dia seorang yang bertanggungjawab, mestila dia akan berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki kekurangan itu kan..aku rasa bahagia gila kot hidup dengan orang yg mcm ni..terjamin masa depan aku dengan anak2 aku..
Aku tgk drama apa tah semalam kat TV3, isteri susah2 kerja, perah susu lembu, si suami duduk rumah, pemalas nak kerja, tunggu duit gaji isteri..siap rampas duit gaji isteri lagi..takut sangat..gila horror k situasi itu..mintak simpang laaa..ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB yeeeee..sila buang 'anu' anda jauh2..anda tak layak jadi lelaki pelindung wanita..apa laa perasaan isteri bila dia seorang ja yg bersusah payah membangun kan keluarga..x aci doww!
Wahai kaum hawa, anda fikir laa..yang kau sibuk2 serabut kan perut tgk lelaki tu kerja apa, byk duit ke tak tu buat apa? kalau lelaki itu ada rasa bertanggungjawab, ada ke dia nak ambil kesempatan ke atas anda, ada ke dia nak kikis duit anda? Ada ke die hanya membiarkan anda seorang sahaja yg membuat kerja rumah dan mencari rezeki? Ada ka dia nak kasi kita makan makanan haram? Ada ke dia nak mengedar dadah? Ada ke dia sesuka hati xnak g solat jumaat? Segala yang para wanita cakap2 pasal PRINCE CHARMING mahupun MR RIGHT mahupun SOULMATE atau JEJAKA IDAMAN..pada aku semuanya bermula dengan LELAKI YANG BERTANGGUNGJAWAB.. seriously aku rasa cm ni..
Jadi, dengan sempoi+ikhlas+jujur+putih bersih lagi sucinya, aku tidak kisah siapa kamu, pekerjaan kamu, asalmu..hanya memerlukan kamu yang penuh rasa BERTANGGUNGJAWAB dalam menjaga maruah kamu, keluarga kamu, maruah saya dan keluarga saya..Ya Allah, Kau yg lebih tahu.. please..please..aku tak nak banyak..nak yang mcm ni je.. :)
Sotong? hmmmm.. Hello Paul The Octopus.. Tak pasal2 kau popular kan World Cup tahun ni.. :)
Sekian :)
3 comments:
i like dis entry!!!for me i as long as i'm alwiz d ONE in his mind n heart its okay 4 me!!loyal to me is one of d important aspect which can make me respect to him..harta kekayaan bole di cari bersama kerana itu adalah tanggungjawab...:)
hahhhhhhhhhhhh..betol kann..susah senang same2..kan sweet cm tu..
Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini
Post a Comment