orang tengah stalk

Friday, July 23, 2010

Nak Cium Ke Tak Nak?


Kaum keluarga aku, dah jadi budaya hidup kami untuk bersalam-salaman apabila kita pergi rumah seseorang, atau seseorang datang ke rumah atau berjumpa dengan sesiapa sahaja yang kami kenal yang kami terjumpa di mana2..kami telah di latih macam ini sejak kecil..di latih menjadi seorang orang melayu yang bersopan dan menghormati orang tua..dan aku boleh berbangga la dengan level ketabahan dan kehipokritan aku bila aku berdepan dengan orang tua..bukan tak jadi diri sendiri..jadi je..cuma aku rasa aku boleh laa adapt dengan orang lebih berumur dari aku..aku rasa laa..confident ni..hehe..

Tapi, aku ada satu masalah yang agak sukar hendak di selesaikan..

Kalau kita perasan, ada sesetengah orang yang bila kita salam dia dan selalunya kalau orang itu lebih sangat berumur dari kita laa.. dia akan tarik cepat2 tangan dia supaya kita tak dapat cium tangan dia..aku yakin semua tahu tentang itu..bila tiba masa aku nak bersalam dengan seseorang, aku akan terfikir, mesti terfikir punya lah..nak cium ke tak nak? nak ke tak nak? nak ke? tah yah laa..macam dia tak suka je..eh mesti cium tangan ni...macam2 laaa..haishhh!!

Rimas and malas nak bersalam kadang2 aku rasa..tapi macam rude la pula kan kalau kita tidak bersalam dengan orang lebih berumur..tambah2 kalau kita terserempak dan berborak2 sakan pula..

Tapi..aku rasa orang yang cepat2 tarik tu lagi 5 juta kali ganda lagi rude ok!!! Dia tak fikir ke..kalau ramai orang kat situ tengok dia tarik laju2 tangan dia time kita nak salam dia..dia dah malukan kita..malu nyaaa!!! malu sangat!!

ENGKAU MEMANG MANUSIA PALING RUDE DAN AKU BENCI ENGKAU!! ENGKAU FAHAM??!!! ENGKAU LAGI BUSUK DARI AIR LONGKANG HITAM!!

Hmmmm..macam mana eh nak jadikan masalah ini a win-win situation? Macam mana nak buat supaya kita tak cium tangan dia dan dia tak malukan kita? Ke kita salam je tapi tok sah cium?? Tapi ada jugak sesetengah orang yang sangat particular bab2 cium2 tangan ni..bersalam mesti cium..rude kalau tak cium..pulak dahhh..macam mana yaa..aku masih tercari-cari solution kepada permasalahan ini..esok-esok nak jumpe bakal mak mertua, nak kena cium ke tak?

Aku suka budak2 salam aku and aku rasa adorable bila diorang cium tangan aku..tapi sejujurnya aku kurang gemar kalau depa pi cium tangan aku dengan bibir depa tau2 ada air liur sikit bertempek kat tangan aku..geli la kan..aku suka, tapi kalau boleh aku prefer diorg ambil tangan aku dan letak kat dahi or hidung diorang sahaja..macam aku kalau bersalam dengan orang yang lebih tua, aku akan tunduk dan kasi dahi..

Tapi..tapi..kalau orang tu dah salam tangan aku dan nak cium dengan bibir dia..aku let go kan je..AKU TAK AKAN TARIK LAJU2 ok..sumpah aku cakap aku tak kan tarik..aku tak kan malukan mereka seperti mana aku pernah di malukan..aku biar jelaa air liur mereka bertempek sikit dekat tangan aku ni..boleh je lap dekat baju orang sebelah..hahahahaha.. :D

Dulu time aku sekolah dulu, ada sesi bersalam dengan cikgu ni, sebab dia dah nak pindah ke apa ntah..aku lupa..tapi dia terus terang cakap dekat kitorang satu kelas..

"Kalau nak salam saya, please jangan cium tangan yee."

Jujur kan? Well then kami salam dan tak cium tangan dia dan aku respect request dia tu..at least we know..tapi dalam case yg lain, tak kan laa orang tu nak kena cakap "jangan cium tangan aku" setiap kali orang lain nak salam dia pula kan? Haishhhh!! Macam mana ini..?

Ntah laa..lantak laa..Baca Adab bertemu.doc ini..aku rasa sangat berguna untuk kita semua.. :)

Sekian..

2 comments:

Amira Fadzil said...

haha...alah..biase2 kan la salam dr siku weh..konfem dpt cium kann..

Menyusur Akar Secara Senyap said...

haaaaaaaaaaaaaa..
betul tu..salam pastu genggam tgn org tu kuat n cium cpat2..huahua!