orang tengah stalk

Wednesday, July 14, 2010

Entry Tak Dak Tajuk


Bila aku rasa sangat kecewa dengan kulit kaki aku yang kering serta penyakit Eczema di kaki kadang2 sampai sakit nak berjalan (aku dapat penyakit ni dari aku form 4 lagi)..

Allah tak nak kasi aku pakai seluar pendek atau skirt pendek bila aku keluar..malu kot kalau orang tengok kaki kering aku kat betis ni..dah macam kulit ikan duyung pun ada..

Bila aku rasa down gila dengan lengan aku yang besar dan bergegar2..

Allah nak suruh aku pakai lengan panjang je bila keluar dan selalu senaman untuk kecilkan nya..senaman kan baik untuk kesihatan.. :)

Bila aku rasa orang lain nak berkawan dengan aku dan macam nak ambil kesempatan ke atas aku, selalu menyusahkan aku tanpa segan dan tidak kira masa, selalu sedihkan aku, selalu buang masa aku dan pelbagai lagi benda yang mampu menjengkelkan hati..

Allah nak ajar aku bersabar dan berani berkata 'NO' untuk benda yang aku tak mampu nak buat..sabar ialah separuh dari iman..selagi tak cakap 'NO' selagi itu manusia yang tak reti segan atau tak faham bahasa akan memburu kita..jadi elakkan cakap belakang, terus terang sahaja
( which aku rasa ni yang paling aku lemah tenaga zahir dan batin untuk melakukan nya)..

Bila aku rasa aku tak suka dengan rambut aku yang kering dan lambat panjang..kdg2 sgt benci tengak rambut awek2 lain boleh jadi sgt panjang dan cantik dan sgt stylo..

Allah nak suruh aku tutup rambut aku, bukan setakat itu, may be aku kena rajin pergi saloon, buat treatment..:)

Bila aku rasa jodoh aku yang tidak sampai2, sampai sedih dan tension sbb tgk hari demi hari org dah kahwin..

hmmmm..lebih baik tunggu dari kau jadi isteri lelaki tidak bertangggungjawab!
dia dah ada dah..cuma tak datang jeee..

Bila orang sekeliling aku argue2, point2 of argument yang sangat la tidak educatednya dan aku kecewa dengan argument mereka tapi aku tidak mampu untuk mencampuri..

Sayangilah mereka, ambil yang baik dari mereka, yang tidak baik dari mereka, kita buang jauh2..jangan contohi..kita ada akal, boleh bezakan..Orang macam ini lah yang akan membuatkan aku menjadi insan yang lebih baik dengan memberi tahu aku supaya jangan menjadi seperti mereka..aku tak nak jadi macam mereka..Terima kasih kerana bergaduh depan aku :)

Lepas ni aku nak jadi manusia yang garang sikit lah!!

Sekian..

7 comments:

Meera Fadzil said...

sabar tu SEBAHAGIAN drpd iman la..bkn separuh..kalau separuh, xkan bahagian iman tinggal separuh je..iman kan ade byk cabang lg..

Fakhrul said...

Sayangilah mereka, ambil yang baik dari mereka, yang tidak baik dari mereka, kita buang jauh2..jangan contohi..kita ada akal, boleh bezakan..

*credit 2 this*

"sabar ialah separuh dari iman"
-apa yang disampaikan actually tak penting, apa yang diterima drpd penyampaian tu sebenarnya paling penting :)

Hati Kering said...

meera: ye laaa..sebahagian la maksud aku..heheh..semangat sgt nk menulis td..smpai terkhilaf..:P

Yeah Jamal said...

amazing... i am impressed...

Hati Kering said...

thanks Jamal :)

BULAN said...

sentiasa bersyukur dengan apa yang ada..Tuhan menguji takkan berhenti..:)

Meera Fadzil said...

"Tuhan menguji takkan berhenti.." --> cam lagu ct utk dato K je ni :P