Sampai satu tahap dalam hari-hari aku, aku tak nak bercakap dengan orang atau aku malas nak berbual-bual dengan orang, tak nak start any conversation tambah-tambahan dengan orang yang aku tak berapa rapat atau apabila aku merasakan orang itu lebih tinggi jawatannya dari aku atau pun orang itu lebih tua dari aku.. kerana mulut dan otak aku memang nak berehat..sampai satu tahap masa, aku malas nak fikir, point-point klise apa yang aku nak borakkan dengan dia orang ini supaya takda la bunyi cengkerik je yang kedengaran..malas laa..sebab kami tidak close to each other..kalau close macam aku dengan rakan-rakan rapat aku, memang berair-air mata, setiap hari ada je point, tak pernah kering idea..kadang-kadang, bila kami cerita semula cerita yang dah 20 kali kami share, kami boleh tergelak lagi..haduiii..tapi itu kawan rapat..
Dalam culture bekerja aku sekarang ini, ada masa aku kena bekerja dengan orang yang aku tidak kenal, baru kenal dan memang malas nak berkenalan..hmmm..huhu..thats why kadang-kadang otak aku penat..
Aku tak tahu la ini perangai aku seorang je yang buat atau kau orang pun buat, tapi ada ketika, aku seboleh-bolehnya nak avoid diri aku dari terserampak dengan someone yang aku kenal atau pernah terserempak sebelum ini, sebab aku malas nak fikir, apakah respon sewajarnya yang harus aku berikan kepada dia..boleh tak? Aku sanggup ambil lif lain dari duduk satu lif dengan dia..pura-pura nak pergi toilet dulu kaa..haaaa..
Tambah-tambah lagi kalau orang yang engkau terserempak tu, kau orang pernah ada kes dengan dia, macam kau orang pernah di job interview dengan dia dulu, tapi engkau gagal and sampai sekarang engkau jobless @ tak dapat kerja yang best, engkau nak ke tengok muka dia lagi? kalau aku, aku tak nak.. kalau kau tu professional lain laa..tapi hipokrit je tu semua..
Kalau jamm kat jalan raya, and kereta dia ada kat sebelah kereta aku, aku lebih rela pura-pura tak nampak daripada aku dok sibuk-sibuk nak tunggu dia pandang aku and kami saling bersenyuman..errrghhh!! Macam tak dak jalan lain ke yang hang nak lalu..malas aku nak senyum..rasa macam nak tinted cermin kereta 100%..aku nak berehat..huhuhu..aku bercakap ni, untuk someone yang aku tak berapa rapat..kalau membe rapat, aku tak kesah..
haishhh..kadang-kadang aku rasa aku nak bersendirian je..atau pun nak hidup dalam kumpulan masyarakat yang tak pernah kenal aku dan aku tak kenal mereka..baru lah rasa hidup ini privacy gilaaa!! kan..kan.. (bukan perasan popular okayy!)
Sekian :)
5 comments:
huhuhu...privacy mmg penting tapi nnt org cakap xreti nk hidup bermasyarakat...;p
hahahah..sbb tu kene kadang2 je buat perangai mcm tu..jgn selalu nanti org meluat..
Sometimes mmg kita perlukan masa dan ruang untuk diri kita sndiri je. time tula biasanye br kite leh bpikir/muhasabah diri.
lambat-laun bertemu juga... nak watcamne... bumi nie kan bulat?
hehe (^v^)
yeee..makin hujung hayat dunia ni..makin kecik dunia ni i rasa..
Post a Comment