orang tengah stalk

Wednesday, August 11, 2010

Biarkan Lembu Itu Pergi Dulu..


Situasi ini akan hampir setiap hari aku alami kerana hampir setiap hari aku memandu kereta. Situasi di mana aku hendak menukar lorong..tak kiralah dari lorong laju ke perlahan atau sebaliknya..kira macam dah bosan duduk lorong yang ini, aku pi lorong sinun..ataupun kereta depan aku bawak macam siput kena penyakit kayap, aku tukarlah ke lorong yang laju sikit..

Aku kadang-kadang agak kesal dengan perangai pemandu-pemandu malaysia apabila mereka perlu 'handle' pemandu lain yang nak cuba tukar lorong..dari pemerhatian aku, ada yang busuk hati, dia dah nampak kita bagi signal light, dan dah ekor-ekor ke lorong itu, dia lagi nak lajukan kereta dia..padahal aku dah habis laju dah so that dia tak perlu brake la bila aku nak masuk lorong dia..aduiiii..kenapalah engkau macam tu macha/minachi dey??!!

Selalunya, dari pemerhatian aku lagi, perangai busuk hati dan selfish akan muncul dengan rakusnya dalam pemandu Malaysia bila trafik tengah sesak..time-time orang semua penat nak balik kerja dan sesak pula jalan..time inilah kalau aku nak tukar lorong, memang kadang-kadang boleh termencarut tahap neraka jahannam dekat dia orang yang busuk hati itu..kadang-kadang aku terfikir..aku ke yang tak reti tukar lorong? atau engkau yang memang tak nak bagi aku chance? Okay..okaylaa..aku yang sengal.. :(

Kadang tu, dia boleh buat muka tak dak perasaan je bila tak bagi aku tukar lorong..annoying gila okay..tak kiralah engkau itu pangkat mamat handsome ke, awek cun ke, mak orang ke, engkau mengandung ke, nenek tua ke..aku still rasa annoying..kalau iya pun tak boleh buat muka manis sikit? errghh!!

Dekat plaza tol lagi satu..kalau time aku tersilap masuk lorong..atau aku terlupa yang touch n go aku dah habis, aku panik dan akan tukar lorong lain, memang nampak macam nak buat jahat tapi lagi jahat kalau tiada seorang manusia pun yang nak mengalah dan bagi aku laluan..malu tau tak..muka sorang-sorang macam jamban tak nak bagi aku jalan..

Bukan nak cakap aku baik, kalau aku berada dalam situasi orang lain mahu menukar lorong, atau dari simpang dan mahu masuk lorong atau situasi di plaza tol tadi, aku akan bertolak-ansur, aku akan bagilah kereta tu belah dulu, tapi setakat sebuah ke 2 buah je laa..kalau sampai semua nak bagi laluan, memang tak lah aku nak buat macam itu..aku pun pengguna jalan raya gak..aku rasa gembira dapat melepaskan mereka keluar simpang, rasa gembira tidak terkata kerana mereka mesti rasa lega sebab lepas..aku faham perasaan orang nak keluar simpang atau tukar lane, perasaan bercampur-baur memikirkan pemandu itu bagi ke aku tukar lane? Kenapa dia tak stop kan kereta? Dah lama tunggu ni, tak kan tak nak bagi chance aku nak keluar? Kesian kan..dan sebab tu aku bertolak-ansur..aku faham kerana aku pun melaluinya..

Lagi dari pemerhatian aku, tabiat sesetengah pemandu yang tak bagi pemandu lain tukar lane inilah yang akan menyumbang kepada kesesakan jalan raya..jalan raya dah memang sesak, orang ramai dah ramai yang selfish sibuk-sibuk nak tukar lane, jangan la kita turut sama buat perangai, bagi je depa yang sengal tukar lane..

Aku ni kadang-kadang, nak tukar lane, aku rasa aku dah tahap polite gila, tapi orang tak kasi juga ataupun orang selfish nak potong Q, i will tell myself, "takpalaa..bagi lembu itu pi dulu, lembu busuk".. kan senang, kalau aku sibuk-sibuk sondol-sondol kereta aku, konon nak tunjuk keras kepala aku, apa aku dapat, seekor lembu tambah seekor lembu jadilah dua ekor lembu so bertambah sesak lah jalan raya..no..no..no..biar lembu itu pi dulu..

Dan tidak semena-mena juga, aku harus terima kenyataan dan tidak boleh kecil hati kalau aku pun jadi lembu juga kerana aku pun pemandu di Malaysia yang hampir setiap hari bergelumang dengan kesesakan jalan raya dan aku juga ialah seorang yang mudah marah jika aku kepenatan atau nak cepat tapi aku lembut hati..most of the time, aku akan bertolak-ansur..
muahahahahah!! :D

Sekian..

P/S: Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak..Jangan ponteng puasa okayy!! Tak cool!! Aku reject orang yang saja-saja tak puasa..lembu jugalah tu..mmuuuuuuuuuuwww..

3 comments:

cimon said...

nasib baik aku naik LRT ke opis... maka tak msuk kategori lembu2 secakerawala nie!!

hehehe (^v^)

p/s: Selamat menikmati kenikmatan ibadah d bulan Ramadhan yg berkat ini!!

p/s/s: Jgn lupe berbuka pose dgn ns briyani lauk daging lembu msak kurma!! lembu lg... Hehehe (^v^)

Menyusur Akar Secara Senyap said...

hmmm..dah 2 hari aku bkk pose mkn nasik beriani lauk ayam..lauk daging beli gak tp aku ratah daging tu..mmg feveret aku daging lembu kot..huhu..

warisan melayu said...

byk2 bersabar ye dik...sabar kan separuh daripada iman...(ayat ni selalu akhma ckp kat aku)..:)