orang tengah stalk

Monday, August 16, 2010

Raimy Ishak, Pasha Sandah dan Rosnah Mat Deris


Raimy Ishak sedang tidur di atas sofa di rumahnya yang sangat empuk..al-maklumlah, bulan puasa mestilah letihkan..bangun sembahyang kejap lepas tu dia sambung tidur semula dekat sofa itu..dia letih memandu dan pergi ke bazaar membeli juadah may be..bulan puasa memang lah letih..

Lalu Pasha Sandah datang menyapa;

"Ish..tau nak tidur je..orang lain, bulan Ramadhan ni, duduk baca Al-Quran"

Raimy Ishak hanya terus memejamkan mata tanpa mempedulikan Pasha Sandah.

Sekali-sekala Raimy Ishak bergerak-gerak, bunyi bising di sekelilingnya mungkin..Pasha Sandah lagi sekali bersuara..

"Tidur jee..pergi la baca Al-Quran ke.."

Namun, tiada apa-apa respon dari Raimy Ishak..dia hanya terus memejamkan mata dan berehat..seakan-akan malas gila nak melayan bebelan Pasha Sandah..

Kelihatan Rosnah Mat Deris, lalu hati Rosnah berkata;

"Hey Pasha Sandah, kenapa engkau sibuk-sibuk nak suruh Si Raimy baca Al-Quran lah apa lah..apa kata engkau je yang baca Al-Quran? Apa kata??!! Sakit hati dan telinga aku dengar engkau tak habis-habis perli-perli Si Raimy Ishak tu.. engkau buruk-burukkan Raimy Ishak depan aku tu elok sangat kah??"

OOOOOOOOOO..I see..Rosnah Mat Deris ni pun macam aku jugalah..tidak boleh kena perli..panas hati..huhu..

Pada akulah, kalau kita nak orang sekeliling kita berbuat kebaikan, kita ni, diri kita sendiri harus terlebih dahulu mencuba berbuat kebaikan itu..kenapa kita nak menharapkan orang lain berubah kalau kita sendiri tiada keinginan untuk berubah??!!! Sibuk cakap orang ni salah, orang ni tak perfect..Ya Allah..Engkau tunjukkanlah jalan yang benar kepada Pasha Sandah..beritahu dia yang bukan orang lain pun tak bagus, dia juga tak bagus..Kita sama-sama kena berubah dan kita diri sendirilah bertanggungjawab kepada diri masing-masing sebelum menyalahkan orang lain..apa tah aku merepek ni? Aduiiiii...

Aku harap Encik Raimy Ishak tabah dan tak usah dilayan karenah Si Pasha Sandah tu.. sebab dia pun sama.. 2x5.. ishhh.. sedih sebab Rosnah Mat Deris tidak boleh hendak berbuat apa-apa kerana dia hanya pemerhati yang mungkin boleh dimarahi jika dia bersuara..

Sekian..


p/s: Aku nak tengok laut jauh-jauh..nak bercuti, jauh dari semua-semua yang serabutkan aku..bercuti bersama orang yang best!

7 comments:

BULAN said...

hoh!!!nk bercuti la sangat...tolong realisasikan impian u utk bercuti dgn i..hahahaa

Anonymous said...

Tp kan setuju x klu org bijak pandai ckp kita jgn pandang pada siapa org tu, yg penting kita amik point2 bagus dari ape org tu ckp. Mslh nye mgkin ssh kita nk amalkan dlm daily life kita kn.

Menyusur Akar Secara Senyap said...

ok macam ni..mmg ade situasi kite jgn judge org yg kasi nasihat tu..tapi kalau dah selalu sgt die pressure org lain, tapi die sendiri tak tunjuk contoh yang baik, kite sbg manusia biasa, xkan la x terbit lgsg rasa meluat??

mmg 'bulan ramadhan elok sgt baca al-quran', mmg betul ape yg pasha sandha ckp..tp kenapa die sibuk2 suruh org buat sedang kan die x buat..? die kne tau, orang lain ada matlamat masing2..dan x perlu la die sibuk sgt..pressure kot rasa bl idup di kelilingi org mcm pasha sandah..sibuk sikit2 sudah laa..dah macam ketam ajar anak berjalan pulak kan?

Menyusur Akar Secara Senyap said...

cik bulan yg cantik, akan i bukti kan i akan pergi bercuti juge okay..huhuh..

Anonymous said...

stuju..dats y pndgn org bijak pndai tu ssh kita nk amalkn in reality. byk bnda yg kita akn relatekan nanti; persekitaran, latar belakang org tu, cara dia menegur..sume tu mesti akn efek penerimaan kita pada teguran org tu.

warisan melayu said...

eh kes apa ni cik nida???

cimon said...

pendeknye cerekarama nie...xcukup time tu...musti banyak iklan nih!

hehehe (^v^)

p/s:kalo nak mengajak orang berbuat kebaikan, diri sendiri perlu telah atau ingin mengerjakan sedirian/bersama kebaikan tersebut

*Renung2kan & selamat beramal*

Cehh...hehehe(^v^)