orang tengah stalk

Tuesday, September 7, 2010

Aku Tangguhkan Dulu Hasratku..

Aku seringkali dikecewakan oleh situasi.. situasi di mana aku sedang berjalan-jalan di shopping mall dan aku ternampak benda yang aku rasa aku betul-betul nak, betul-betul cantik, betul-betul sudah lama aku inginkan, betul-betul aku impikan kerana selama ini aku hanya mampu tengok jaa orang lain memilikinya.. then I have to say NO of having them mine.. sangat sedih.. :(

Aku bukan nak merintih nasib aku macam orang tak tahu bersyukur.. tapi kadang-kadang terkeluar juga di benak fikiran aku, kenapalah aku tidak kaya, gaji aku kecillah.. atau kenapalah ayah aku bukan seorang bussinessman yang berpendapatan ratusan ribu ringgit sebulan? Yang memang type tidur atas duit, berak pun sapu pakai duit.. senang aku pow duit dia..ish..ish..ish..

Okay perenggan second aku itu memang macam siot..

Aku ini, macam itu lah, selalunya aku akan berfikiran seperti seekor evil dahulu sebelum aku boleh berfikir dengan betul-betul rasional dan matang.. mana boleh terus-terus berfikiran jauh dan positif tentang sesuatu perkara.. tak best laa.. kena la jadi negative dulu.. mestilah kena curiga dulu..

Hari itu, aku ke IKEA and THE CURVE dengan adik aku and her boypren.. aku ade terjumpa sebuah sling bag dan aku memang dah jatuh hati gila dengan sling bag itu.. harga dia RM50.. tapi sebelum itu, aku dah belanja macam-macam dekat IKEA.. aku memang dah bajed nak belanja RM150 sahaja hari itu.. tak nak lebih.. nak jimat.. kena betul-betul berjimat.. cuba bayangkan kalau aku orang kaya, gaji besar, mesti aku dengan selambanya keluarkan lagi RM50 aku dan terus bayar dan bag itu milik aku.. tapi, kenyataannya banyak benda aku kena consider.. gaji aku tidak lah besar mana, aku pakai kereta, hutang kereta, bil telefon, minyak lagi, tol lagi..plus, aku bukan jenis minta duit dari mama and papa aku.. dah lama tak minta sejak dari zaman belajar dekat U lagi dah segan-segan dah.. tiba-tiba time dah kerja tak dak duit, segan gila nak minta kan?? So aku kena consider itu semua..

Banyak laa benda yanga aku terpaksa tangguh.. aku nak pakai baju cantik-cantik, aku kena tangguh, nak beli kasut dan bag baru aku kena tangguh, kira hasrat nak beli barang-barang nak glamorkan diri kena simpan dulu lah sebab aku kena consider banyak benda yang lebih penting..

Mula-mula jaa rasa tekanan tak dapat beli.. tekanan sebab orang lain dah dapat benda itu.. tapi lama-lama, penting sangat kah benda alah itu semua kepada aku? Aku perlukan sangatkah.. nak beli handbag? Handbag aku sebelum ini dah kena gigit dengan anjing sampai terkoyak ke? Perlu sangat ke kasut baru sebab yang lama ini okay lagi malah menjadi favourite rakan-rakan office aku lagi.. tak penting sangat pun..

Aku lagi happy, walaupun aku tak dak duit sangat tapi aku masih boleh ikhlas buka dompet aku dan hulurkan la sedikit wang kepada adik-adik aku yang meningkat remaja itu.. rasa puas sangat.. puas dapat happykan orang lain.. tak dapat handbag pun tak pa lah..

Aku lagi happy bila fikir, lantaklah tak dapat beli barang-barang itu pun, asal hutang bulan-bulan berbayar..

Aku lagi happy bila aku decide untuk allocate beberapa ringgit duit gaji untuk membeli satu persatu benda alah ini, setiap bulan, macam gaji bulan ini, aku nak beli backpack, okay dah! Tunggu gaji bulan depan pula baru beli benda alah lain.. bersabar dan terus bersabar menanti.. barulah aku rasa aku belajar menghargai benda yang aku miliki itu, barulah aku belajar hidup sederhana.. kesederhanaan itu perlu yaa.. kita orang Islam yaa.. bukan hanya sebab aku Islam, tapi sebab bertapa bestnya jadi sederhana.. :)

Di bawah ini aku attachkan foto-foto benda alah yang aku dah lama aim.. tak sabar nak beli sahaja.. dan tunggu kewangan yang stable jaa.. tiap-tiap bulan nak cuba dapatkan satu demi satu tapi dengan syarat, settle hutang gua dulu!!!






Macam biasa, terkadang berfikiran seperti syaitan, tetapi, jauh di sudut hati aku, aku rasa aku sudah cukup bertuah dengan apa yang aku miliki sekarang ini.. Alhamdullilah.. :)

Perlahan-lahan kayuh adalah lagi bagus dari menggunakan motor berkuasa tinggi dan memecut laju kerana kalau terlanggar tembok, adalah amat besar impact pelanggarannya pada halaju tinggi.. ini kerana,

p= mv

Kesan momentum (p) adalah berkadar langsung dengan halaju (v) sesutu objek.. Do not ignore Physic in our daily life..

Sekian..

P/S: Rindu gila babi kat ko!! Lond distance BODOH!!








3 comments:

Anonymous said...

Slmt ari raye anida.

Menyusur Akar Secara Senyap said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri to you too :)

cimon said...

bagus2...keep the spirit & pricipals !!

hehe (^v^)

p/s: SeLaMaT HaRi RaYa, MaAf ZaHiR & BaTiN

0-0 ek