orang tengah stalk

Thursday, September 16, 2010

Puding Roti Bersos Saya

Owh.. sudah lama tidak menulis entry berunsurkan penelitian, pemikiran dan perspektif aku terhadap sesuatu perkara.. ingat senang ke?

Semalam aku buat puding roti, memandangkan ada orang-orang dan rakan-rakan aku nak datang beraya rumah, aku pun gunakanlah kesempatan ini untuk mengasah bakat memasak aku..

Sedang aku bersiap sedia untuk memasak, ada seorang orang kegemaran aku telefonlah aku..

Orang kegemaran: Haahhh!! Tidur ehhhhh??

Aku: Eh tak lah.. I tengah nak masak ni..

Orang kegemaran: errr.. eh.. pandai masak ke? ( cett.. ragu-ragu lak dia ni..)

Aku: Heyyyyyyyyyyyyyyyy.. tengok tangan la okay..

Selepas berborak sepatah dua patah lagi, lalu kami babai la each other..

Aku pun dengan tabahnya sambung memasak puding roti bersos..

Inilah hasilnya..

Esok paginya, aku sibuk pula buat sos kastard puding ini.. maklumlah, first timerkan, semua sukatan aku tak sure, main campak jee.. sesuka benak hati aku jee..

Bak kata untie aku semenjak aku mula memasak puding roti ini,

" Yang yaya ni, tak habis-habis dengan puding rotinya dari semalam" <-- agak lawak okay statement ini.. gelak aku.. hehe.. Mama aku pula mencelah, " Ye laa.. orang sepuluh tahun sekali masak.. " <-- okay, mama memang gemar keluarkan statement hiperbola.. padahal aku masak jee sebelum ini.. Dan yang paling aku terharu, rakan office aku yang bagi aku recipe puding roti ini, siap call aku tanya update puding aku.. haaaaaa.. terharu okay.. gila concerned.. :) Secara keseluruhannya, puding roti aku ini, tidak lah menjadi mana pun, keras sikit (kurang susu kottt..) tapi pada aku, sos kastardnya agak bombastik.. huhu..

Ada beberapa points penting yang aku telah belajar dari otai-otai memasak puding:

1) Time masak sos itu, kacau sehingga mendidih, kalau tidak, akan terasa tepung jagungnya mentah..

2) Tidak semestinya guna susu UHT je.. susu Ideal pun boleh dan susu pekat manis pun boleh..

3) Tepung jagung boleh ganti tepung kastard yee.. tak dak masalah.. :)

Haaaaaaa.. best memasak ini sebenarnya.. terima kasih kepada yang membantu.. puding roti bersos ini tak kan terjadi jika hanya aku seorang sahaja yang berusaha..

Sekian..

P/S: Ramai orang-orang yang ambil puding roti aku, tak perasan kewujudan sos dia yang best itu.. memang bertambah keras la jawabnya.. huhu..





5 comments:

BULAN said...

u!!!i nak rasa puding roti u!!huhu

Menyusur Akar Secara Senyap said...

hahahahahah..later i buat n kasi u tau.. :)

JeR@Ns said...

hahaha...best2 puding roti 2...
leh thn la....

Anonymous said...

Mcm best jek puding tu..neway slmt kembali bkerja cik anida :)

cimon said...

puding roti? hmm....(mak aku suke larr...) hmm....