orang tengah stalk

Tuesday, September 28, 2010

Beri Saya Masa..


Okay, sekarang ini aku nak letakkan diri aku sendiri dalam situasi begini,

Ada seorang jejaka nak mengayat aku, gentle habis, caring habis.. dan jika aku ialah seorang yang gemar mengeluarkan kata-kata seperti "BERI SAYA MASA", aku sebenarnya bermaksud;

1) Aku memang tak nak langsung buka hati aku dekat lelaki itu, boleh tahan menyampah jugalah.. cuma sebab dah terlanjur terbagi dia harapan dan terbuat dia feeling dekat aku, aku macam kesian gila babi nak kecewakan dia.. tak sampai hati nak tengok dia merana kerana ditolak cintanya olehku.. orang macam aku ini ialah orang dari kategori wanita yang suka melayan mana-mana sahaja lelaki yang cuba merapatiku.. may be macam aku bosanlah kalau hidup tiada peminat-peminat yang berduyun-duyun.. kenalah recruit fans banyak-banyakkan.. baru nampak hot chick sikit.. kan sekarang aku rasakan..bila mamat itu dah sangkut dekat aku, mana mau lari hahhh?? Bila mamat yang kita tak suka itu acting manja-manja, sure geli siott!! Dah itu engkau pergi gatal layan buat apa hoh??!!

2) Aku memang betul suka gila dekat mamat itu.. memang dah jatuh cinta pandang pertama dan ibarat bulan jatuh ke riba bila aku tahu yang dia juga menyukaiku.. macam nak berlari-lari anak dari ruang tamu ke dapur tanpa henti weh!! excited gila ni weh!! Okay lepas itu dia pula, sama naik.. nak jadi boyfriend aku pula..aduhhhh.. gugur jantung wehhh!! Okay.. relax..relax.. perempuan mesti jual mahal.. kalau dia betul-betul suka aku and sayang aku mesti dia boleh terima bila aku cakap macam ini..

"hmmmmm.. I rasa kita baru kenal kan? Berilah I masa untuk kenal you betul-betul dan tak naklah terburu-buru.. I tak nak terjebak dalam relationship sia-sia..kita mesti saling kenal antara satu sama lain dulu dan kemudiannya baru boleh buat keputusan untuk jadi serious.."

huh! poyo la hang!! padahal..

"arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. bodohnya.. siapa tak nak jadi awek engkau??!! Mestilah aku nak!!! Engkau dah la cute gila!! tolonglah jadi boyfriend aku cepat!!"

Secara jujurnya, aku merasakan diri aku ini ialah seorang yang sombong, dan kurang suka bersosial, tak mudah ramah, dan mama aku sendiri cakap aku tak reti nak flirt dengan orang dan dia kata macam mana aku nak jumpa jodoh yang sesuai kalau tidak cari? Aduiii mama ini.. jadi tidak mungkin aku dari golongan yang pertama tadikan?? Aku, kalau aku rasa mamat itu macam dah start-start nak mengayat aku dan aku rasa macam tidak berkenan, terus-terang aku cakap, AKU TOLAK TERUS, AKU TAK LAYAN TERUS, AKU SENYAP TERUS.. malas aku nak layan kot.. terukkan aku ini.. tak baik sebenarnya.. negative sokmo.. tapi aku memang tak minat nak melayan-layan ini.. macam penat jee.. lebih baik aku buat puding roti bersos.. hey, kalau engkau nak cakap aku perempuan perasan hot pun engkau punya pasallah.. aku peduli apa.. hati dan perasaan tak boleh dipaksa-paksa okay!! Dan jangan engkau sekali-kali jebakkan diri engkau dalam memberi harapan palsu kepada orang lain..

ENGKAU SAKITKAN ORANG SEKARANG, ESOK LUSA, ORANG LAIN SAKITKAN ENGKAU SEMULA..

Sekian..



6 comments:

cimon said...

Perghh...gilerr pedass ayat yg last skali tuh...ko nak sound sape nie ek?

Hehehe (^v^)

p/s:harapan palsu?time pilihanraya nie ramai lerr yg akan terjebak

Anonymous said...

There is always hope..love it!. Remember our hopes r not always realized, but we always hope. Hope dies last. =)

Menyusur Akar Secara Senyap said...

cimon: hahahhahhaa.. time pilihan raya tu dah selalu dah aku nampak.. tp tak tau la.. tak minat la nak sibuk hal2 pilihan raya ni.. yg penting aku dah daftar jd pengundi.. excited nak p mengundi..kuikui..

fakhrul:yes u r rite somehow.. boleh nak letak hope but never too much laa.. always expect for the worst to happen within any kind of matter so that nanti kite xdok la kecewa sgt smpai menonggeng2.. :)

BULAN said...

haha!!betul, kalau dah taknak tolak teros!!pakai berus pon xpe...
jangan bagi harapan kat orang..

warisan melayu said...

hmmmm

creep said...

ermmm.. nak membebel skit.. mmg kita ada hak nak tolak atau nak pilih.. tapi kdg2 org yg kita x suka tu la jodoh kita yg kekal smpi mati.. ada baiknya memilih org yg benar2 mencintai kita dari kita mengejar cinta seseorang yg belum tentu mencintai kita.. peace.. :)