orang tengah stalk

Wednesday, September 1, 2010

Padan Muka Hang!!


Aku langgar kereta orang pagi tadi.. bumper kereta dia sahaja.. fortunately kereta aku tidak ada apa-apa pun.. Cayalah kereta beta.. tidak sia-sia beta memiliki mika..

Aku nak ikut pak cik itu pergi repair dan aku bayar..tak dak masalah keluarkan duit walaupun gaji aku ciput, aku adalah simpan duit sikit-sikit.. tukar bumper bak kata orang-orang, tak lah mahal mana.. sabar je laa..

Aku ingin mengucapkan tahniah kepada diri aku.. dan juga padan muka kepada diri aku.. ini baru balasan tuhan di dunia.. ini baru aku langgar kereta orang, itu pun langgar buntut dia sikit jaa.. duit aku melayang.. may be duit yang melayang itu duit hasil daripada aku curi tulang time kerja.. update blog time kerja..bergosip time kerja.. lunch lebih masa..

Padan muka juga kerana aku merasakan diri aku ni, semenjak 2 menjak ini macam jahat sangat, agak pentingkan diri sendiri, suka berfikiran negatif, berlagak, perasan bagus dan tahniah sekali lagi di atas keme'layang'ngan duit aku itu.. tahniah!

Sekarang engkau dah nampak kan Allah boleh tarik nikmat Dia bagi bila-bila masa dia nak?? Engkau nampak kan?? Ini baru yang simple-simple je..

Semoga aku lebih berhati-hati memandu kereta selepas ini.. DAN AKU MEMANG PHOBIA DAH PUNNNNNNNNNNNNNNNNNN.. arghhhhh!!

Alhamdullilah.. ujian ini masih boleh aku tempuh dan Allah tak kan beri ujian yang hamba dia tak kan boleh hadapi.. Alhamdullilah..

Sekian :)

P/S: Malas gila aku nak pergi mengadap muka tuan empunya kereta yang aku langgar tu sabtu ini.. rasa dia nak ambil kesempatan kat duit aku pun ada.. engkau tipu engkau siap!

3 comments:

Anonymous said...

laa accident ke?? neway..its good when u think it in a positive way. nanti bwk la sape2 yg arif sket psl keta, jes in case elak dikencing.

Menyusur Akar Secara Senyap said...

ye encik fakhrul but Alhamdullilah its only a minor one.. kalo x, pokai habis i.. :P

cimon said...

musti ko berangan time bwak kete td nie kan...aaa...kantoi!

hehehe (^v^)

p/s:"berhati2 d jalan raya, ingatlah orang yg tersayang: pesanan khidmat masyarakat...bla2" dlm radio