orang tengah stalk

Saturday, August 21, 2010

Ustaz Tanya Je..Aku Sebak..


Hari itu, aku dengan nenek pergi terawikh di masjid dekat rumah kami ini..

Lepas empat rakaat terawikh, ada selingan tazkirah..secara jujurnya, aku rasa malasnyalah nak dengar tazkirah sebab ada juga tajuk tazkirah yang aku tak berminat nak dengar walaupun aku cuba untuk fokus point-point penting dalam tazkirah itu tapi kalau isu yang dikupas tidak menarik perhatian aku, aku boleh jadi senang sangat hilang focus..

Aku lihat ramai juga ibu-ibu dan mak cik-mak cik yang mungkin berasa bosan juga dengan tazkirah itu lalu ada juga yang mengambil inisiatif membaca Al-Quran, menyusukan anak (yang ini tak boleh belah betul okay..) dan berbual-bual.. yang kanak-kanak pula, ada yang bawa homework ada yang main kejar-kejar di kala tazkirah itu berlangsung.. aku? Aku hanya duduk dan termenung dan buat-buat focus padahal apa yang aku absorb aku pun tak tahu.. :P

Tapi, ada satu tazkirah ini, betul-betul buat aku focus, cara penyampaian ustaz itu pun bagus, ada unsur-unsur humor dan ramai juga yang ketawa..

Ustaz itu tanya, kita ini pergi terawikh sebab nak melakukan ibadat atau kerana adat? Adakah kerana kita mahu mendapat keredhaan Allah atau pun sebab kita malu kalau tidak pergi nanti kalau orang tanya, malu pula nak jawab tak pergi terawikh? Kira terpaksa lah..macam itu ke?

Ustaz itu kata, adat masyarakat kita sekarang ini, bulan puasa, awal-awal puasa, berpusu-pusu orang ke masjid atau surau untuk terawikh, dah nak raya, semakin hari semakin sikit orang terawikh, semuanya sibuk melakukan persiapan raya, ada yang dah balik kampung (yang ini okay laa..may be boleh terawikh dekat kampung)..itu adat la tu..kira aku boleh simpulkan di sini, segelintir orang beribadat ikut adat..terikat dengan adat..kalau tidak ikut adat seolah-olah akan tertinggal di belakang..kalau tidak beli baju raya awal-awal nanti tidak dapat saiz..pakailah engkau baju macam sarung guni..macam itu laa..

Ustaz itu kata lagi, dia ada dengar orang complaint, kenapalah pergi letak tazkirah dekat tengah-tengah solat terawikh 8 rakaat? Kenapa tidak harung terus ja sampai 8 terus, tak la buang masa, orang lain pun ada komitmen lain juga..tazkirah pula sampai sejam pun ada..excited gila nak deliver tazkirah..mula-mula, aku sokong juga dengan complaint orang ramai ini, sebab aku pun duduk lama-lama, aku ngantuk, kaki jadi semut-semut..tak sabar nak balik, nak gayut.. :P

Tapi ustaz itu cakap, tak mengapalah, lama sikit kita duduk dalam rumah Allah.. bila aku fikir balik, dan aku relatekan dengan diri aku, aku jadi sebak, kalau tidak di sebabkan bulan ramadhan dan terawikh, takdak nya aku nak start kereta aku dan masuk rumah Allah sembahyang berjemaah di sana, dengar tazkirah hari-hari di masjid? Takdak punya aku akan buat, mesti aku rasa penat sebab baru balik kerja..lebih baik aku solat dekat rumah sahaja..lepas solat tengok TV.

Kenapa aku harus complaint kalau tazkirah ini terlalu lama? Kenapa aku tidak boleh luangkan sedikit masa menikmati ketenangan berada di dalam rumah Allah, sedangkan aku sanggup keluar habiskan masa berjam-jam keluar dating, keluar shopping, keluar tengok wayang?? kenapa Anida? Kenapa? Allah sudah beri aku berbagai-bagai bentuk kesenangan dan kegembiraan dalam hidup aku..tuhan beri aku orang tersayang dan aku disayangi, pendidikan serta kerjaya, apa sahaja aku minta Dia beri..namun diminta luangkan sedikit masa di rumahNya menceduk sedikit ilmu..ustaz berucap lama sikit, aku mengomel??? Apa berat sangatkah permintaan itu? Astaghfirullah.. serious aku sebak.. sebak sangat-sangat.. sedikit saja kalau hendak di bandingkan dengan apa yang Allah sudah bagi dekat aku.. (-__-).. hina gila aku ini..

Semua yang Allah kasi dekat aku itu Dia yang punya wehhh..Aku pinjam jaa rupanya wehh.. Dia boleh ambil semula SEMUA bila-bila Dia nak wehhh..takut sangat wehh..

Terima kasih ustaz, tazkirah anda benar-banar menyentuh hati saya..kan best kalau hari-hari saya di situ, ustaz ada memberi tazkirah, ustaz kelakar okay.. :D

Sekian dan selamat berpuasa :)

opss..opsss.. antara kuih raya tersedap di dunia dan favourite aku.. sahur tadi aku makan 2 bijik, mama aku beli.. macam nak pengsan sedap sangat.. :D

P/S: Ada juga tazkirah tidak menarik dimana dia berunsur politik.. hentam sana.. hentam sini.. sangat tidak suka.. tazkirah ke itu? malas aku nak dengar!!

2 comments:

cimon said...

aku slalu jek time tazkirah g sambung sendiri solat terawikh & witir kat saf belakang...then teruss balik rumah...coz mcm leteyy jek nak ddk lame2...(T_T)

anyway...bagus nasihat nie...hopefully sy dpt follow

thanks (^v^)

p/s:sedapp tart nenas gulung tuh

Anonymous said...

Nice entry.