orang tengah stalk

Sunday, June 20, 2010

Masjid India..Tak Pakai Tudung Tak Boleh Masuk..


Tengahari tadi aku pergi Masjid India (seperti rajah di atas) dengan keluarga mak cik aku..shopping barang2 hari raya..


Lepas shopping kami singgah masjid jamek untuk solat zohor and nak guna toilet sekali.


Masuk je main gate masjid, ada guard india pegang tongkat, tahan aku, makcik aku ngan nenek aku..dia tak benarkan aku masuk sebab aku tak pakai tudung..


Dia kata sambil senyum kat aku,


" Minta maaf dik, kena pakai tudung, tak pakai tak boleh masuk"


Aku pun terfikir laa..eh ye laa..masjid kan zon tutup aurat..makcik aku pun terpinga2..nak tutup pkai apa la kepala anak buah dia ni..nasib baik telekung nenek ada..aku pun tutup la pakai telekung tu..


Aku siap boleh tanya pak guard tu lagi..


"Cantik x?"


Dia senyum dan cakap,


" Cantik..."


Lepas tu aku terus masuk dalam masjid tu..solat dan kencing dengan puas..hehe..


Aku secara jujur nya agak segan gak laa dengan pakcik guard tu..dan segan jugak la dengan org2 sekeliling yang terdengar aku kena tegur dengan pak guard tu..padan ngan muka aku..


Akan tetapi, aku respect sangat2 dengan cara pak guard tu tegur aku, very soft spoken, senyum lagi..


Aku terima teguran dia sama la macam kalau mat saleh nak masuk rumah orang melayu, diorang kena lah bukak kasut kan..kita nak masuk rumah Allah kena lah tutup aurat..


Situasi tadi mengingatkan aku akan satu peristiwa beberapa tahun dahulu, aku masuk masjid dengan seorang hamba Allah ni..time tu, aku bernasib baik aku bawa selendang, aku pun pakai la selendang akan tetapi hamba Allah ni hanya tutup kepala pakai kain sembahyang je..


Setibanya kitorang di tempat solat muslimah, aku dah nampak sorg makcik ni lengkap bertelekung dari jauh usha tajam nye kat kitorang..mcm ade sumthing yang dia x puas hati..perlahan2 dia berjalan ke arah kitorang dan tetibe je dia wat muka mcm singa lapar sambil menuding jari telunjuknya kpd kami lalu dia cakap macam ni,


"hey..hey..ni mak cik nak kasi amaran ni eh, ni masjid, tutup aurat eh..awk jgn nak buat suka hati awk je.."


Dia siap jeling lagi uuuwwww..mengancam tau jelingan mak cik..


Hamba Allah dan aku buat toya dan terima je la amaran dia tu dan terus kan sembahyang.. thanks la mak cik..anda mmg baik..


Pada aku, mak cik tu mmg mencabar anak2 muda mcm aku untuk jadi lagi jahat..dia patut belajar macam mana nk menegur remaja2 yg berdarah muda macam kitorang..Dia patut mengkaji semula bagaimana cara Rasulullah S.A.W berdakwah..aku x rasa baginda menggunakan amaran untuk berdakwah..x silap aku baginda berdakwah dngan lembut jee.. biasa la manusia kan..lagi dimarah, lagi keras hati..


Aku bukan nak menggunakan sentimen agama untuk menunjukkan aku betul..aku sendiri pun sangat laa tidak perfect nye..cuma aku rasa segelintir orang2 kita suka sangat nak cari salah orang dan selalu nak tunjuk hanya mereka je bagus..mak cik tu..kalau dia tegur lembut2..confirm aku touching and aku dapat terima dengan tenang dan aku x buat lagi..ini boleh tak aku rase macam nak buat lagi bila aku jumpa makcik tu in the future..remaja ni senang rasa tercabar la mak cik..


Apa2 pun terima kasih makcik..dan sila lah contohi pak cik india di Masjid India itu.. :)


Sekian.. :)




8 comments:

Amira Fadzil said...

fuhhh ~

Menyusur Akar Secara Senyap said...

ape yg ko fuhh kan nye..?

hehe..

warisan melayu said...

Anida...

hmmm, good posting...

aku rasa mungkin ada hikmah disebalik apa yg telah terjadi. mungkin dah sampai seruNya...:)

ambil yg baik dari teguran yg membina tu...

betul juga tu nida, kekadang cara kita berdakwah byk yg xbetulnya. terlalu kasar, xde sopan santun, xde peribahasa, xde etika...tu yg jiwa2 muda seperti kita ni x beberapa ngam dgn situasi camtu...

aku dulu time kat u, byk juga la didekati oleh glgn2 pendakwah, apa nama panggilan tu aku lupa la...ajak berdakwah, tp aku x join sbb aku x bbrp suka dgn cara dan pendekatan yg digunakan..memilih org dlm mendakwah. knp perlu memilih?? adakah kerana bulu xsama, mentaliti dan ideologi berlainan kita xle mendekati org2 yg berbeza pendapat dgn kita..? ouh no, xle terima babe...

Menyusur Akar Secara Senyap said...

hai rais..lantak la golongan itu..yg penting kita tak kacau dia dan dia x kacau kita dan tak de sape2 yg tercedera..kita pun sbg khalifah di muk abumi ni mmg kne saling igt mengingatkan pun kan..chewahhhh..ckp kencang aku ni..tp betol la kan? :)

Menyusur Akar Secara Senyap said...
This comment has been removed by the author.
warisan melayu said...

betul tu nida....

mmg aku lantak dgn mereka2 ni, bg aku, aku lebih berminat dan tertarik dgn cara dan pendekatan hati ke hati... terus mendampingi mereka2 yg hanyut di alam fana ini...

BULAN said...

cik hati kering....saye senyum je la...hehe

eikha said...

tengah cari2 website tudung then suddenly terserempak dengan ur blog. and mmg betul. sebab even me, kalau org tegur mcm tu, lagi rasa nak campak tudung tu. tapi kalau di tegur baik2, hati tu jadi lembut untuk niat nak pakai someday =)